SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 4 Januari 2018

Saya Lakukan Tips ini Untuk Mencapai Impian 2018 - Part 2

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Disebabkan terlalu panjang untuk diteruskan penulisan di entri "Saya lakukan tips ini untuk mencapai impian 2018 - Part 1", jadi... saya sambung 5 tips mencapai impian 2018 di entri ini. Berikut adalah 5 lagi tips mencapai impian :

Tips Mencapai Impian 2018 - Part 2 - Sofinah Lamudin


Tips Mencapai Impian 2018

Kekalkan momentum/konsisten
Selepas fokus, kita perlulah konsisten dalam usaha mencapai impian. Saya berikan korang satu contoh dalam persaingan perniagaan. Korang menjual satu produk berlainan jenama tetapi sama fungsi dengan produk orang lain. Korang akan tetap menang jika korang kekalkan momentum teknik marketing korang dan teruskan strategi berniaga korang walaupun ada persaingan sengit. Konsisten akan mengalahkan sesiapa sahaja termasuklah diri sendiri yang dulunya selalu gagal sebab kurang konsisten. Saya berikan korang satu contoh mengenai DSV sekali lagi. Beliau berniaga Pamoga dan Qu Puteh sangat konsisten. Tidak pernah berhenti marketing. Sehingga ada yang berkata dah naik muak dan bosan tengok iklan dia. Wahahaha.... itu tandanya apa? Branding DSV sudah ditahap yang dikenali dan sukar untuk dilupakan. Saya berikan satu lagi contoh, Disebabkan konsisten membuat posting resipi, Mat Gebu dikenali pada hari ini. Berapa ramai yang sudah mencuba resipi beliau melalui blog beliau? Itu semua tercapai kerana konsisten.

Mulakan yang susah dahulu
Mulakan kerja yang sudah dahulu adalah subjektif. Ada individu yang suka membuat kerja yang senang dahulu. Tetapi bagi saya, memulakan kerja yang susah dahulu lebih bagus dari memulakan yang senang. Contohnya, saya mahu mengurangkan berat badan tahun ini. Perkara yang paling susah nak dimulakan adalah senaman berbanding membeli produk kurus dan jaga makan. Semua orang pun tahu, senaman akan membantu kita lebih sihat, cergas dan bertenaga. Berbanding kita hanya memakan produk kurus. Mungkin ia berkesan tetapi kita kurang sihat dan kurang cergas. Dengan memulakan sesuatu yang susah dulu akan lebih memudahkan kita melakukan perkara yang lebih senang.

Apabila kita membuat kerja yang senang dahulu, setelah selesai kerja senang tadi, adakah kita akan terus melakukan kerja yang susah pula? Saya jamin, tidak. Mesti akan terus ditangguhkan ke hari esok. Wahaha... Alangkah bagus memulakan yang susah dahulu kerana ia mengelakkan penangguhan yang berterusan kerana kita tahu melakukannya perlukan masa yang lama. Jadi, kalau pada awal pagi kita sudah melakukan kerja yang susah dahulu, pada tengahari kita akan berasa lega kerana ia sudah settle. Boleh berehat sebentar dan mulakan pula kerja yang mudah.

Bermonolog pada diri sendiri
Bermonolog pada diri sendiri bermaksud kita bercakap dengan diri sendiri. Uitss.. bukan bercakap sendiri sendiri ok. Wahaha... Monolog dalam hati cukup. Apa kaitan pula bermonolog dalam hati untuk mencapai impian? Tehee. OK, maksud saya di sini adalah kita berbisik dengan diri kita bahawa kita boleh. Sentiasalah bercakap dengan diri sendiri tentang motivasi. Contohnya, "Saya boleh!" , "Saya suka duit, duit pun suka saya" , "Saya seorang yang cantik" , atau "Semua orang suka saya.." . Bermonolog boleh membantu kita untuk sentiasa yakin dan positif dengan diri sendiri. Tapi, pastikan monolog tersebut bukanlah sejenis rungutan dan negatif. Contoh, "Haish!! Susah la buat semua ni..." atau "Bodoh la aku ni..". Ia tidak akan membantu korang untuk lebih berkeyakinan tapi akan membantu korang untuk lebih lemah. Puji laa diri sendiri.. tak payah malu sebab monolog tak akan ada sesiapa dengar. Wehehe... Kalau korang buat salah dalam mengejar impian, jangan sesekali kutuk diri "Bodohlaa saya ni..." , tapi maafkan laa diri sendiri dengan berkata, "Lepas ni saya akan perbetulkan.. Janji tak akan buat lagi kesilapan yang sama". Sayangi diri korang, In Shaa Allah, positifnya kita dari dalaman akan menarik lagi banyak perkara positif di luar.

Berdoa
Usaha tanpa doa tidak akan pernah lengkap. Berdoalah kepada Tuhan untuk menjadi kuat dalam berusaha mencapai impian. Berdoalah agar Tuhan berikan kekuatan ketika penat dalam mengejar impian dunia akhirat. Dengan berdoa begini, kita akan terus melangkah dan bangkit dan terus mengejar impian. Jika kita berdoa seperti ini, "Ya Allah, tahun ni saya nak kereta, berikan saya kereta". Saya jamin korang tak akan dapat. Sebab Tuhan tak akan turun kan kereta dari langit letak depan rumah korang. Wahahahaha.... Dan, doa tersebut berbunyi agak goyang kaki, risau ayat tersebut akan membuatkan korang menunggu. Bukan berusaha. Nanti tiba tiba kata Tuhan tak nak bagi kereta pula. Wehehe...

Kadang kadang kita terlupa.. kita banyak berdoa tapi usahanya tak ada atau kurang. Dalam berdoa perlu disertakan usaha. Tuhan kan suka lihat pada usaha berbanding pada result. Keep fighting. Tak dapat tahun ni, In Shaa Allah Tuhan bagi next time. Just don't give up. Kadang korang tak dapat kereta sebab korang belum ada lesen memandu. Wahahaha... just kidding.

Bertenang
Dalam berusaha mencapai impian, hati kena tenang dan berlapang dada. Mesti gembira dan bahagia dengan apa yang ada. Walau pun kita sedang berusaha nak mencapai impian, tapi tidak wajar kalau kita tidak bersyukur apa yang ada depan mata. Kalau kita membenci dan tidak bersyukur apa yang sedia ada, macam mana Tuhan nak tolong kita capai impian baru? Sebab yang ada tidak dihargai. Bagaimana kalau impian baru tercapai kelak? Kita akan buat benda sama pula kan? Jadi, bertenang lah. Kalau kita berusaha, kejayaan akan tetap milik kita. In Shaa Allah.

Semoga entri ini memberi manfaat dan berguna untuk kita semua. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Mrs Pip berkata...

setuju dengan "mulakan yang susah dahulu" .... selalu nak short cut saja buat yg senang, bila masuk part yg susah, terus hilang semangat .. so better buat yg susah dahulu, dan fokus fokus dan fokus ....hehe.

Sofinah Lamudin berkata...

kann kak pip.. biasa awal2 pagi tenaga dan semangat tu fresh. Sebab tu la bila buat yg susah dulu akan jadi lebih mudah dan berbaloi.