Selepas mengetahui jenis jenis gangguan segera dan gangguan kecemasan atau urgent di entri "Nak fokus tapi gangguan yang sering saya terima - part 1", sekarang kita nak ketahui pula apa itu gangguan bukan segera/bukan urgent dan gangguan tidak dapat dielakkan.
JENIS JENIS GANGGUAN FOKUS
Seperti yang dibincangan sebelum ini, jenis jenis gangguan fokus mempunyai 4 dan setiap jenis itu akan terbahagi kepada dua iaitu penting atau tidak penting.
Terdapat 4 jenis gangguan fokus. Iaitu :
1. Gangguan segera
2. Gangguan kecemasan/urgent
3. Gangguan bukan segera/bukan urgent
4. Gangguan tidak dapat dielakkan
Gangguan bukan segera/bukan urgent
Gangguan bukan segera/bukan urgent biasanya adalah yang melibatkan tarikh tertentu di masa depan. Contohnya, kita di rumah sedang sibuk membuat kerja online, seperti menulis blog, buat promosi online dan sebagainya yang berkaitan internet tiba tiba kita dihubungi oleh seorang kawan lama dan mengajak lepak pada tarikh tertentu. Kita memang tahu, kita sedang sibuk dengan kerja blog dan internet. Walaupun jadual adalah jadual buatan sendiri (tiada bos dan jadual spesifik) tapi kita perlu fokus dengan due date penulisan kita apatah lagi penulisan yang berbayar oleh client. So, apa yang perlu di buat dengan kawan lama kita?
Disebabkan ini adalah jenis gangguan bukan segera atau urgent, kita boleh menentukan sama ada kita pergi lepak atau tidak. Atau kita boleh menukar tarikh yang sesuai dengan kita jika kawan lama tadi ok. Tehee.. Berjumpa dengan kawan lama adalah penting untuk silaturrahim dan persahabatan kita cuma yang tidak pentingnya adalah lepak dan borak kosong. Terpulang dengan sejauh mana kepentingan situasi ini kepada kita. Ini lah gangguan bukan segera di mana kita boleh menentukan sama ada mahu atau tidak. Dan melibatkan tarikh tertentu yang jauh ke depan dari tarih semasa.
Contoh gangguan bukan segera atau urgent yang lain adalah:
Gangguan Bukan Segera/Urgent Penting
1. Sahabat lama menghubungi dan rindu nak jumpa.
2. Majlis perkahwinan kawan dan sanak saudara.
3. Majlis hari lahir.
4. Keluar jalan jalan dengan ahli keluarga.
Gangguan Bukan Segera/Urgent Tidak Penting
1. Melayan hobi
2. Pergi shopping bukan makanan atau keperluan
Itulah beberapa contoh gangguan bukan segera/urgent. Sekarang kita ketahui pula gangguan tidak dapat dielakkan.
Gangguan Tidak Dapat Dielakkan
Baru baru ni, saya sedang kusyuk menaip entri blog saya. Tiba tiba gelap! Hhaaah! SESB buat hal lagi.. Blackout seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. So, lantaran dah blackout, komputer saya pun termati. Uhrmm...Tak boleh laa nak buat apa sebab dah blackout kan. Lagipun, rumah kitorang tak ada backup seperti generator atau apa apa sahaja laa jenis backup. Jadi bersabar laa menunggu ada elektrik semula..
Gangguan tidak dapat dielakkan ni adalah jenis ujian yang kita memang tak dapat nak elak dah. Tehee... Caranya bertenang dan bersabar sahaja. Ada dua jenis juga, iaitu penting dan tak penting. Yang penting maksudnya, kena buat sesuatu tak kisah lambat atau cepat atau ia mengikut situasi. Yang tak penting adalah sesuatu yang berlaku tak dijangka tapi tak penting. Antara contoh gangguan tidak dapat dielakkan adalah seperti berikut :
Gangguan Tidak dapat Dielakkan Penting
1. Kereta rosak dan tidak boleh dibaiki
2. Komputer rosak dan tidak boleh dibaiki
3. Dompet tak ada cash semasa kad tak dapat membuat pembayaran
Gangguan Tidak dapat dielakkan tidak penting
1. Blackout salah satunya.
2. Sedang pasang api tepi pantai untuk BBQ, tiba tiba hujan.
3. Tak ada kopi semasa nak buat kerja
4. Tak ada musik semasa nak fokus buat kerja.
Setiap jenis jenis gangguan fokus yang tertulis tidak semesti sama untuk semua orang. Bergantung dengan jenis pekerjaan dan individu. Urutan kepentingan dan keutamaan juga adalah mengikut sukatan individu itu sendiri.
Dalam usaha untuk fokus, memang kita semua tidak akan boleh lari dari pelbagai gangguan atau ujian. Yang penting, cara kita menangani gangguan dan ujian tersebut. Ia akan menentukan sejauh mana kematangan individu itu sendiri. Selain daripada menangani situasi, kita juga perlu bersiap sedia apa pun gangguan yang bakal muncul. Apabila kita bersiap sedia, jadi, kita tidak laa rasa stress sangat kalau ia berlaku. Lagipun, semua tu kan normal.
Selepas ini, saya akan kongsikan pula tips untuk fokus dalam mencapai impian, target atau matlamat tidak kira dalam masa jangka masa pendek atau panjang.
Semoga entri jenis jenis gangguan fokus ini memberi manfaat dan berguna untuk kita semua agar boleh menentukan perkara penting dan utama dan tidak penting langsung. VvaawaahhHHHH!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan