Isnin, 15 Januari 2018

Pengiraan Personaliti Berdasarkan Nama - Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)

Assalammualaikum Bloggers dan readers,

Korang mesti selalu dengar berkenaan pengiraan metafizik tarikh lahir. kann? Tapi kali ini, saya nak menulis berkenaan pengiraan personaliti berdasarkan nama metafizik sains pernomboran (numerologi). Walau pun nama kita dalam bentuk huruf huruf, kita tetap boleh mengiranya melalui sistem atau format sains pernomboran (numerologi). Jika korang nak tahu apa itu pernomboran (numerologi), boleh lah baca di entri saya bertajuk "Pengiraan metafizik tarikh lahir sebenarnya dipanggil numerologi" kerana saya ada menulis apa itu pernomboran (numerologi) secara ringkas. Pada entri kali ini, saya hanya ingin fokus kan kepada Pengiraan Personaliti Berdasarkan Nama - Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi).


Pengiraan Personaliti Berdasarkan Nama - Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) mempunyai format. Formatnya ada di dalam jadual di bawah :

Pengiraan Personaliti Berdasarkan Nama - Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Sofinah Lamudin

Berdasarkan jadual di atas, bolehlah kita mengira metafizik sains pernomboran nama kita. Sebagai contohnya, saya gunakan nama saya :

S = 1, O = 6, F = 6, I = 9, N = 5, A = 1, H = 8
L = 3, A = 1, M = 4, U = 3, D = 4, I = 9, N = 5

1 + 6 + 6 + 9 + 5 + 1 + 8 + 3 + 1 + 4 + 3 + 4 + 9 + 5
= 65
6 + 5
= 11
1 + 1
= 2#

Sama juga dengan cara kita mengira personaliti metafizik pernomboran melalui tarikh lahir. Nombor yang wujud hanyalah nombor 1 hingga 9. Jadi, jika pengiraan kita berjumpa belasan atau pulahan, mesti dikecilkan lagi jumlahnya sehingga menjadi hanya 1 digit sahaja. Sebab itulah kiraan nama saya berjumlah 65 menjadi 11, dan 11 pula dikecilkan lagi menjadi 2. Di sini bermaksud, nama saya bernilai 2. Dan nombor ini dipanggil sebagai "Destiny Number" atau "Expression Number" melalui nama kita. Dalam bahasa Malaysia, Nombor Takdir. Uhrmmm... macam creepy je bunyinya. Tehee... Maksud bagi Expression Number pula adalah Nombor Ekspresi.

Walau bagaimanapun, nombor belasan dan puluhan yang kita temui dalam pengiraan personaliti berdasarkan nama - Metafizik sains pernomboran ini juga mempunyai maksudnya. Ia dipanggil sebagai "Master Number" atau Nombor Induk/Utama. Berdasarkan pengiraan nama saya, nombor induk saya adalah 11. Dalam metafizik pernomboran (numerologi), terdapat dua nombor induk/utama iaitu 11 dan 22.

Mari kita ketahui lebih lanjut apakah maksud disebalik nombor 2 dan 11 yang merupakan nilai nombor dari nama "Sofinah Lamudin".

Nombor Takdir/Ekspresi Nombor 2
Pro/Positif : Seorang yang bersikap positif, seorang yang mencintai kedamaian, bersikap diplomatik, seorang yang sederhana dan sensitif.
Kontra/Negatif : Terlalu bergantung dengan orang lain, mudah dimanipulasi atau seorang yang boleh menjadi manipulatif dan agresif orangnya.

Nombor Induk/Utama Nombor 11
Pro/Positif : Seorang yang idealistik iaitu percaya bahawa perkara yang sangat baik akan dapat dicapai. Hal ini sering tidak dapat dilihat oleh orang lain. Seorang yang toleran iaitu bersedia menerima tingkah laku dan kepercayaan yang berbeza. Individu yang mempunyai nombor induk/utama 11 juga adalah seorang yang intuitif iaitu mampu mengetahui atau memahami sesuatu kerana perasaan daripada fakta atau bukti. Mereka juga seorang yang mudah menyesuaikan diri iaitu keupayaan atau kesediaan untuk berubah.
Kontra/Negatif: Mempunyai sifat sensitif yang keterlaluan dan terlalu bergantung dengan orang lain dan mempunyai sifat manipulatif semulajadi.

Erkk! Terkejut pula part kontra dan negatif tu. Wahaha...mudah dimanipulasi tu memang betul. Dah berapa kali terkena dulu...Alhamdulillah tu dulu..dah jadi pengajaran. In Shaa Allah pisang tidak akan berbuah dua kali. ToeEng! Seorang yang boleh menjadi manipulatif? Uhrmm...rasanya ada kot. Jaga jaga korang! Wahaha... Tak ada laa.. manipulasi positif In shaa Allah ok je. Contohnya, kalau jaga budak, kena ada sistem manipulasi juga kan. Supaya budak tu jadi budak baik. Kalau kita cakap, siapa perangai dia baik hari ni, dapat gula gula.. Tehee... atau bos akan berikan bonus tinggi hujung tahun untuk pekerja yang cemerlang.Hhaaah! Manipulasi positif laa tu. Terlalu bergantung dengan orang lain ni masa zaman sekolah tu sangat ketara. Saya jenis yang suka mencari inspirasi untuk rajin ke sekolah. Contoh, saya ada cikgu kesayangan dan dia mengajar hari ni, so..saya mesti ke sekolah hari ni. Sikap bergantung macam ni kadang kadang merosakkan hari yang indah juga. Jadi nak atau tak nak kena cari cara lain untuk motivasikan diri sendiri. Sebab tu wujudnya artikel "Bergantung, Tidak Bergantung dan Saling Kebergantungan" untuk mengubah diri menjadi lebih positif.


Jadi, di sini...saya nak tekankan..lepas kira nama masing masing, jangan jadikan keputusan kontra/negatif tu sebagai rujukan korang pada diri sendiri. Jika rasa betul, cepat cepat ubah! Jangan diiyakan keputusan kontra/negatif tu. Rejek cepat dan buktikan pada diri sendiri "saya boleh menjadi baik dan lebih baik". Tak ada sesiapa boleh ubah kita melainkan kita mahu dan benarkan diri kita berubah kepada yang positif malah lebih positif! atau boleh gunakan keputusan kontra/negatif tu di tempat dan situasi yang betul sahaja. Itulah tujuan pengiraan personaliti berdasarkan nama - metafizik sains pernomboran ini diwujudkan bukan sebagai ramalan masa depan. Kalau tidak, masa kan wujud buku-buku personaliti di bilik kaunseling sekolah, di kedai buku dan internet? Tehee..

So, saya akan berikan semua keputusan nombor takdir/nombor ekspresi di bawah ini. Selepas korang kira nama korang, boleh lah merujuk keputusannya di bawah ini. Enjoy!

Keputusan Pengiraan Personaliti Berdasarkan Nama - Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)

Nombor Takdir atau Nombor Ekspresi

Nombor Takdir/Ekspresi nombor 1
Pro/Postif : Seseorang yang mempunyai bakat semulajadi dalam kepimpinan. Berpotensi menjadi pemimpin yang berkualiti. Seorang yang sangat berdikari. Individu bernombor 1 juga seorang yang kreatif dan bercita cita tinggi dan seorang yang suka membuat pemerhatian atau mengenalpasti.
Kontra/Negatif : Individu bernombor satu biasanya mudah cenderung untuk menjadi sombong, mementingkan diri sendiri, degil dan tidak mempunyai kesabaran yang tinggi.

Nombor Takdir/Ekspresi Nombor 2
Pro/Positif : Seorang yang bersikap positif, seorang yang mencintai kedamaian, bersikap diplomatik, seorang yang sederhana dan sensitif.
Kontra/Negatif : Terlalu bergantung dengan orang lain, mudah dimanipulasi atau seorang yang boleh menjadi manipulatif dan agresif orangnya.

Nombor Takdir/Ekspresi Nombor 3
Pro/Positif : Individu nombor tiga biasanya seorang yang mudah berkawan dan peramah,mereka mempunyai pemikiran yang positif. Individu nombor 3 seorang yang suka aktiviti luar seperti jelajah, mengembara dan aktiviti lasak.
Kontra/Negatif : Kelemahan individu nombor 3 tidak suka menjadi diri sendiri. Menyembunyikan siapa mereka yang sebenarnya di dalam. Atau terlalu memendam sehingga tidak sesiapapun tahu siapa mereka sebenarnya. Mereka juga terlalu bermewah dan kadang kadang berperangai gila gila.

Nombor Takdir/Ekspresi Nombor 4
Pro/Positif : Individu bernombor 4 adalah seorang yang sangat rajin dan bekerja keras. Biasanya mereka seorang yang amanah, logik, berdisiplin. Mereka mempunyai sifat yang boleh menyelesaikan masalah yang berkualiti.
Kontra/Negatif : Apabila didatangi oleh situasi dan keadaan negatif, biasanya mereka mudah bertukar menjadi negatif. Atau, jika individu bernombor 4 adalah seorang yang negatif/jahat biasanya mereka adalah seorang yang degil, bertentangan dan berfikiran yang sempit sekali.

Nombor Takdir/Ekspresi Nombor 5
Pro/Positif : Individu bernombor 5 adalah seorang yang mudah disesuaikan atau mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan keadaan. Mereka juga sangat penyayang dan romantis.
Kontra/Negatif : Biasanya tidak komit, tidak bertanggungjawab dan tingkah laku mereka selalunya tidak konsisten.

Nombor Takdir/Ekspresi Nombor 6
Pro/Positif : Individu bernombor 6 adalah seorang yang mencintai keamanan. Jika individu ini seorang lelaki, dia mungkin mendapat gelaran 'Family Guy' kerana individu bernombor takdir/ekspresi 6 sangat mengutamakan keluarga dan penyayang. Individu bernombor 6 sangat boleh dipercayai dan stabil orangnya.
Kontra/Negatif : Individu dengan nombor 6 mudah cenderung untuk berperasaan cemburu! bersikap suka mengongkong dan tidak mahu berubah.

Nombor Takdir/Eksperesi Nombor 7
Pro/Positif : Individu bernombor 7 adalah seorang yang intuitif. Jika individu ini seorang perempuan, kemampuannya dalam merasakan sesuatu yang baik atau buruk lebih tinggi. Seorang yang bijak dan terpelihara. Mempunyai kemampuan yang luar biasa atau psikik.
Kontra/Negatif : Seorang yang melankolik iaitu berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau duka cita. Individu ini mudah kelihatan ganjil. Sukar dihubungi dan mudah melepaskan terlalu banyak peluang.

Nombor Takdir/Ekspresi Nombor 8
Pro/Positif : Individu bernombor 8 adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan praktikal. Individu bernombor 8 juga seorang 'business-minded', berwibawa dan mempunyai kualiti dalam kepimpinan. Individu nombor 8 juga mempunyai keperibadian yang sangat kuat.
Kontra/Negatif : Mudah terasa tertekan, gemuruh dan padat. Seseorang yang materialistik, dan berfikiran sempit.

Nombor Takdir/Ekspresi 9
Pro/Positif : Individu bernombor 9 adalah seorang yang mudah bersimpati, mudah membantu dan mempunyai sikap emosinal. Mereka bersikap tidak praktikal dan sangat toleran.
Kontra/Negatif : Individu nombor 9 kadang kala mudah dibuli. Tidak pernah merasa ragu akau mudah mempercayai. Tidak berhati hati dalam pengurusan kewangan. Kemurungan dan terlalu emosional.

Nombor Induk atau Nombor Utama

Nombor Induk/Utama Nombor 11
Pro/Positif : Seorang yang idealistik iaitu percaya bahawa perkara yang sangat baik akan dapat dicapai. Hal ini sering tidak dapat dilihat oleh orang lain. Seorang yang toleran iaitu bersedia menerima tingkah laku dan kepercayaan yang berbeza. Individu yang mempunyai nombor induk/utama 11 juga adalah seorang yang intuitif iaitu mampu mengetahui atau memahami sesuatu kerana perasaan daripada fakta atau bukti. Mereka juga seorang yang mudah menyesuaikan diri iaitu keupayaan atau kesediaan untuk berubah.
Kontra/Negatif: Mempunyai sifat sensitif yang keterlaluan dan terlalu bergantung dengan orang lain dan mempunyai sifat manipulatif semulajadi.

Nombor Induk/Utama Nombor 22
Pro/Positif : Individu yang mempunyai nombor induk/utama 22 adalah seorang yang berprestasi iaitu mudah mencapai sesuatu yang baik dalam purata yang banyak atau lebih. Seorang yang banyak akal iaitu mahir dalam menyelesaikan masalah dan tahu membuat keputusan. Individu bernombor induk/utama ini juga seorang yang bersemangat tinggi dan kuat serta beremosi.
Kontra/Negatif : Seseorang yang bernombor 22 mudah menjadi punca kerosakan atau mudah merosakkan dan mereka sangat dramatik atau terlalu emosional.


Setiap keputusan nombor takdir/ekpresi dan nombor ikduk/utama menunjukkan banyak perkara tentang watak seseorang, kuliti diri, bakat dan juga jenis jenis personaliti seseorang individu.Kerana hal yang demikian, metafizik sains pernomboran (numerologi) sangat popular dan diminati ramai malah dalam Islam juga ada maksud maksud tertentu melalui nama seseorang. Oleh itu, metafizik pernomboran (numerologi) diamalkan oleh khalayak ramai untuk mendapatkan nama yang baik untuk diberikan kepada anak anak atau bayi yang baru lahir agar mendapat kejayaan dan perkara positif dalam kehidupan. VvaawaahhHHHH!

Semoga entri bermanfaat kepada kita semua.


Selamat mengira!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

14 ulasan:

  1. hehhe...best pulak metafizik ni...hehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best.. sebab tu saya suka kongsi kat blog hehe.

      Padam
  2. Bagaimana nak dptkan no induk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tambah satu satu nombor mengikut dalam jadual di atas cik/puan Lina. Baru la boleh dapat nombor induk dari Pengiraan Personaliti Berdasarkan Nama - Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi).

      Padam
  3. Tumpang tanya sis. Nama tu perlu kira nama ayah sekali ke atau nama kita sahaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat saya, lebih bagus dengan nama bapa sekali.. sebab tu lah nama kita.

      Padam
    2. Tapi pengiraan sya.. tanpa nama ayah dan dgn nama ayah menghasilkan nombor yg sama... ajaib kan...

      Padam
  4. Salam.. Mcm saya, dapat nombor 53 untuk nama saya.. Kemudian, 5+3=8.. Macam mna nak daptkn nombor induk 11/22 tu yer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam... nombor induk 11 / 22 tak semua orang dapat. Bergantung dengan nama kita.. contohnya, kalau semasa menambah dapat jumlah 6 dan 5, maka.... 6 + 5 = 11 ...

      Padam
  5. Hi puan...nak tnya..nama tu kita nk letak nama penuh ke? Mcm nama saya MUHAMMAD ASYRAF IBTISAM BIN ROSELI...mohon penjelasan

    BalasPadam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.