SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 12 Januari 2018

Persembahan Pitch Perfect 3 Yang Mengecewakan Penonton

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pada penghujung tahun 2017 iaitu bulan Disember. Pitch Perfect 3 telah pun released. Saya adalah peminat Pitch Perfect, Anna Kendrick, Hailee Steinfeld dan Elizabeth Banks. Memang saya tak nak terlepas laa untuk tengok Pitch Perfect 3 di pawagam. Kebetulan, saya dan Mr.Bee berada di Kota Kinabalu, Sabah masa tu. Jadi, tak nak lepaskan peluang untuk menonton Pitch Perfect kat dewan pawagam yang besar. Wehehehe.. Tapi, keterujaan saya begitu terganggu! Persembahan Pitch Perfect 3 yang mengecewakan penonton sampai hari ni buat saya tak puas hati. Ke saya je yang kecewa? Wahaha.. Memang agak terlambat juga saya nak menulis pendapat berkenaan movie Pitch Perfect 3 ni tapi.. saya tetap nak tulis sebab ni movie kegemaran saya terutamanya yang nombor 2. So, kenapa saya kata, Persembahan Pitch Perfect 3 mengecewakan penonton?

Persembahan Pitch Perfect 3 Yang Mengecewakan Penonton - Sofinah Lamudin


Movie Pitch Perfect 3 ni adalah movie terkahir. Ia merupakan perpisahan dan keputusan untuk move on bagi kumpulan The Barden Bellas. Disebabkan ia merupakan movie terakhir atau merupakan kemuncak kerjaya masing masing bagi ahli The Barden Bellas, saya menjangka kumpulan The Barden Bellas atau senior senior The Barden Bellas ni membuat persembahan yang gempak untuk mencapai matlamat sebenar mereka membuat persembahan. Sayu gila tengok jalan cerita The Barden Bellas dalam Pitch Perfect 3 ni apabila banyak pula cerita pasal si Fat Amy dan bapanya tu. Persembahan dan persaingan sengit kurang ditonjolkan dalam movie ke 3 kali ini.



Kononnya, The Barden Bellas ada pesaing lebih hebat di dalam Pitch Perfect 2. Di mana mereka lebih kreatif menggunakan gabungan alat musik. Wahaha... sekali tengok persembahan pesaing The Barden Bellas...Uhrmm... YyeahhH! hanya bunyi 'Uhrmm' je yang mampu dalam hati. Apakah? soalan dalam hati. Buruk gile. Opps...Tehee... Memang pelakon yang dipilih untuk menjadi pesaing The Barden Bellas kali ini di dalam Pitch Perfect 3 agak hot juga tapi persembahan dan pemilihan lagu failed sangat. Kalau dulu, ada je persembahan pentas dari The Barden Bellas mahupun pesaing The Barden Bellas seperti The Treblemakers, The BU Harmonics dan Das Sound Machine memang meletops! Best sangat dan penuh bertenaga terutamanya dalam Pitch Perfect 2 oleh Das Sound Machine. Dan pada penghujung movie Pitch Perfect 2, persembahan dari The Barden Bellas menjadi jadi! YyeahhH! BEST BETUL tengok dan sangat terhibur. Pitch Perfect 3? Uhrmm...

Mungkin sebab Pitch Perfect 3 nak menunjukkan situasi realiti budak lepasan universiti, nak dapatkan kerjaya, kehidupan sebenar di luar universiti yang sangat mencabar..sebab tu lah..mengurangkan elemen persembahan yang berkualiti. Tapi wajar kah? Sebab...tajuk movie kan Pitch Perfect? Tapi.. ni pendapat saya sahaja. Mungkin penonton lain rasa ok je. Wehehe...

Jalan cerita yang mengganggu movie Pitch Perfect 3 ni adalah perjalanan cerita Fat Amy dan ayahnya yang terlalu banyak berbanding yang sepatutnya. Macam lebih sesuai menggunakan tajuk "Fat Amy and her father". The Barden Bellas tu sampingan..Wehehe..Paling lawak ayah Fat Amy culik The Barden Bellas. Uhrmm... apa ni? Movie nak tunjukan konflik dalaman setiap ahli The Barden Bellas di kehidupan sebenar dan kerjaya. Tapi part Fat Amy agak keterlaluan bagi saya.



Saya sangat sangat kecewa dengan kekurangan elemen hiburan pentas dan pertandingan yang kononnya wujud antara The Barden Bellas dengan pesaing mereka iaitu Evermoist (nama band pun macam nama makanan yang manis dan sedap.. tehee). Bila tengok Pitch Perfect 3, pertandingan persaingan antara The Barden Bellas dan Evermoist hampir tidak kelihatan langsung. Dalam erti kata lainnya adalah tidak happening. Pitch Perfect 3 tidak sehebat Pitch Perfect 2.

Selain itu, dalam Pitch Perfect 2 menunjukkan bahawa legasi The Barden Bellas akan diteruskan oleh Hailee Steinfeld yang hebat menulis original song tetapi malangnya, persembahan pertama oleh The Barden Bellas yang diketuai oleh Hailee Stainfeld tidak mengitu menyengat. Sejak Hailee Steinfeld ambil alih The Barden Bellas sebagai ketua, persembahan pun biasa biasa sahaja. Malah, kononnya Hailee Steinfeld sudah tidak menulis original song untuk The Barden Bellas.

Dan akhirnya mesej utama movie Pitch Perfect adalah kecemerlangan The Barden Bellas hanya akan maju dan hebat apabila adanya Anna Kendrick dalam kumpulan tersebut. Sebab apa? Sebab, sejak dulu memang ketara, dalam Pitch Perfect 1, Anna Kendrick laa yang menyelamatkan The Barden Bellas dari terkubur kerana persembahan yang klasik dan tidak ada perubahan moden.EehH! Kann Anna Kendrick watak utama movie ni. Wehehehe...sebab tu laa highlight persembahan dan bakat paling hebat si Anna Kendrick.

Persembahan Pitch Perfect 3 Yang Mengecewakan Penonton - Sofinah Lamudin


Mungkin sudah tiba masanya The Barden Bellas berada di penghujungnya. Sama macam band band realiti dalam dunia hiburan. Bertaring hanya sementara atau sudah tiba masanya menggali potensi diri yang sebenar. Sebab ahli The Barden Bellas kebanyakkannya suka bidang lain juga selain dalam bidang hiburan pentas dan nyanyian.

Tapi,pada penghujung movie Pitch Perfect 3 ini ada menyelitkan mesej paling penting!, iaitu...

KELUARGA TIDAK AKAN MENJATUHKAN AHLINYA TETAPI KELUARGA MENGANGKAT DAN MENYOKONG AHLINYA . Keluarga yang dimaksudkan disini tidak semestinya keluarga kandung tetapi boleh digunakan untuk sahabat dan hubungan antara manusia yang saling sayang.

...dan juga,

KITA TIDAK AKAN MENEMUI BENDA BARU DAN KEJAYAAN JIKA KITA BERADA DI TEMPAT YANG SAMA

Boleh baca di entri : "Mesej Pitch Perfect 3 : Iri Hati dan Tidak Move On Bukanlah Kunci Kejayaan The Barden Bellas".

Walau bagaimanapun, kekecewaan saya terhadap persembahan musik,tarian dan pentas di dalam Pitch Perfect 3 tidak akan menggugat minat saya terhadap movie ini terutamanya movie kedua iaitu Pitch Perfect 2. Persaingan antara The Barden Bellas dan Das Sound Machine sangat sangat perfect! Kalau ada Pitch Perfect 4 pun bagus juga.. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: