SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 13 Januari 2018

Mesej Pitch Perfect 3 - Iri Hati dan Tidak Move On Bukanlah Kunci Kejayaan The Barden Bellas

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Dalam entri saya sebelum ini yang bertajuk "Persembahan Pitch Perfect 3 yang mengecewakan penonton", saya ada menyebut berkenaan mesej yang diselitkan dalam movie Pitch Perfect 3. Mesejnya adalah Keluarga tidak akan menjatuhkan ahlinya tetapi keluarga mengangkat dan menyokong ahlinya dan kita tidak akan menemui benda baru dan kejayaan jika kita berada di tempat yang sama. Sebab itulah tajuk entri ini berbunyi "Iri hati dan tidak move on bukanlah kunci kejayaan" bukan sahaja untuk The Barden Bellas tetapi kita semua.

Mesej Pitch Perfect 3  Iri Hati dan Tidak Move On Bukanlah Kunci Kejayaan The Barden Bellas - Sofinah Lamudin


Keluarga Tidak Akan Menjatuhkan Ahlinya Tetapi Keluarga Mengangkat Dan Menyokong Ahlinya

Pada penghujung movie Pitch Perfect 3, The Barden Bellas yang bertungkus lumus untuk mendapatkan perhatian DJ Khaled, agar menjadikan The Barden Bellas sebagai kumpulan nyanyian paling hebat, dan terpilih ke event terbesar DJ Khaled nampaknya telah gagal. Hal ini kerana DJ Khaled hanya mahu Anna Kendrick menyanyi secara solo di persembahan event tersebut.. Pada mulanya Anna Kendrick berat hati untuk menerima tawaran hebat tersebut. Hal ini kerana Anna Kendrick bukanlah berusaha seorang diri tetapi bersama kumpulannya, The Barden Bellas. Ahli kumpulan The Barden Bellas melakukan usaha ini untuk mendapat pekerjaan atau kerjaya terbaik dalam dunia hiburan dibawah naungan DJ Khaled tetapi nampaknya bakat dan potensi Anna Kendrick secara solo lebih menarik perhatian DJ Khaled.


Anna Kendrick memberitahu dan berbincang mengenai hal ini kepada kumpulannya, The Barden Bellas dan tidak mahu menerima tawaran DJ Khaled secara sendirian kerana tidak mahu mengkhianati ahli kumpulan kesayangannya. Lagipun, The Barden Bellas bukan sahaja kumpulan dalam nyanyian semata mata tetapi mereka ibarat keluarga.

Pada mulanya, saya sendiri merasa agak tidak adil bila Anna Kendrick sahaj yang menerima tawaran tersebut tetapi..bila fikirkan balik, kawan kawan diorang bukan nak jadi penyanyi sangat pun tapi sekadar nak mengisi kekosongan masa yang ada sebab dah menganggur akibat dibuang kerja dan sebagainya. Wehehehe...

Ada juga kawannya yang lain hanya berada dalam The Barden Bellas kerana kekuatan silaturrahim yang terjalin antara mereka. Bukan sebab bakat dan minat untuk menyanyi dan jadikan nyayian sebagai kerjaya.

Bagi Anna Kendrick, bidang musik dan nyanyian adalah dunianya, cita cita dan impiannya. Dunianya bukanlah The Barden Bellas tetapi The Barden Bellas banyak bersama dengannya susah senang. Tidak disangka sangka, semua ahli The Barden Bellas menyokong Anna Kendrick untuk menerima tawaran DJ Khaled tanpa mereka. Kerana bagi mereka, ahli keluarga bukanlah menjatuhkan tetapi mengangkat dan menyokong ahlinya agar berjaya. Well, nak nangis juga bila tengok part yang ini walaupun kecewa dengan Pitch perfect 3. Tehee... Touching kan?

Saya lebih touching bila scene Anna Kendrick di persembahan pertamanya di bawah company DJ Khaled. Anna Kendrick menjemput The Barden Bellas naik ke pantas tanda penghargaannya kepada sahabat sahabatnya yang sudah pun dianggapnya sebagai keluarga. Ye laa.. tanpa The Barden Bellas, mungkin dia tidak akan di pentas milik DJ Khaled sekarang sebab idea untuk ke kem tentera dan membuat persembahan di tempat DJ Khaled tu adalah idea sahabatnya, Anna Camp dan disokong oleh ahli The Barden Bellas yang lain.


Kalau korang perasan, setiap band akan berpecah bila adanya salah seorang ahli dalam kumpulan tersebut membuat nyanyian solo atau menerima tawaran persembahan solo. Hal ini kerana wujudnya pemikiran tidak adil dan berfikir "si kawan nak untung sendiri sendiri". Salah satu band yang menjadi begini adalah 2NE1. K-POP kegemaran ramai. Dalam Malaysia pun ada. Indonesia pun ada isu macam ni. Hal ni sebab sikap ahli kumpulan itu sendiri. Bukan sahaja dalam band nyanyian. Hal macam ni wujud dalam apa jenis kumpulan sekalipun..

Pada pendapat saya laa kan. Kalau kita dalam kumpulan, jangan tamak seorang diri. Jangan pentingkan diri sendiri. Kalau ada sikap macam ni, elok buat sendiri sendiri dari awal tanpa rakan kongsi. Kita ada rakan kongsi bukan untuk makan sendiri sendiri. Tu namanya manipulasi bakat dan kekuatan rakan kongsi kita. Jika berlaku apa apa tawaran atau sesuatu, berbincanglah. Jangan berahsia. Nama pun rakan kongsi. Hasil untung rugi sama sama telan.

Selain tu, kalau dalam kumpulan atau mempunyai rakan kongsi..tidak boleh juga ada perasaan hasad dengki atau cemburu negatif. Iri hati ni penyakit hati. Perasaan tidak suka orang lain berada di atas kita, tidak suka lihat orang lain berjaya dan seumpamanya seperti ini elok buang dari diri kita jauh jauh. Sebab, boleh merugikan diri kita juga. Fikir! Tak ada faedahnya. Tak menguntungkan pun. Malah tidak akan membuatkan kita menjadi sukses pun. Wehehe...

Kalau dalam kumpulan kita, ada ahlinya lebih berbakat, lebih berjaya dan meraih banyak pencapaian...sokonglaa dia.. Cuba laa fikir.. dia adalah wakil untuk membawa nama kumpulan kita secara tidak langsung. Walaupun bukan nama kita yang glamour..Hiks! Hhaaah! Kalau tak mampu nak sokong ahli kumpulan, jangan masuk mana mana kumpulan atau komuniti. Pergi je laa seorang diri. Walau pun hakikatnya, kita tak akan berjaya kalau kita tak ada orang lain di sekeliling kita. Manusia ni dicipta bukan untuk tidak bergantung. Bukan juga untuk bergantung. Tetapi saling kebergantungan.  Boleh baca entri ini : "Perbezaan bergantung, Tidak Bergantung dan Saling Bergantungan". Kejayaan sesebuah kumpulan atau komuniti itu lebih berkualiti tinggi nilainya dengan adanya hubungan yang baik dalam ahli iaitu amanah, kejujuran dan keikhlasan. Bukan kesetiaan semata mata.



Kita Tidak Akan Menemui Benda Baru Dan Kejayaan Jika Kita Berada Di Tempat Yang Sama

Dalam kes movie Pitch Perfect ni, ahli ahlinya agak berat hati nak melangkah ke hadapan. Tidak sanggup untuk melalui cabaran baru. Masih mahu bersama The Barden Bellas terutamanya Brittany Snow yang memegang watau Chloe dalam Pitch Perfect 1 hingga lah Pitch Perfect 3. Kalau perasan, Brittany Snow ada sentiasa ada walaupun sepatutnya dia sudah pun graduate. Wahahaha... Hal ini kerana dia tidak mahu keluar dari universiti dan meninggalkan The Barden Bellas. Dalam movie Pitch perfect, Brittany Snow lah yang paaliinnggg sayangkan The Barden Bellas. Dia sanggup untuk gagal peperiksaan agar boleh berada dalam universiti mengulang semester demi The Barden Bellas. Alasan lainnya, dia tidak sanggup menghadapi cabaran di luar selepas tamatnya belajar.

Kalau kita macam Brittany Snow, tidak mahu move on dan keluar dari kepompong adalah kita akan berjaya di masa hadapan? Mungkin ada bayak cabaran dan ujian diluar kepompong yang merisikokan kita kepada kegagalan hidup tidak kiralah dari segi apapun seperti percintaan, kerjaya dan persahabatan. Tanpa risiko tiada ilmu baru. Tanpa ilmu baru maka tiadalah kejayaan. Tidak mungkin berjaya kalau tak belajar dan tak ada ilmunya. Kann?

Dalam movie ni juga, ahli The Barden Bellas terutamanya batch Anna Kendrick dan Brittany Snow, sentiasa mencari sesuatu yang mereka mahukan di tempat yang sama. Tempat yang saya maksudkan di sini bukanlah lokasi mutlak seperti New York atau Kuala Lumpur tetapi ia lebih kepada tempat secara..Uhrrmm... tak tahu pula perkataan apa yang sesuai. Saya berikan contoh pasti faham. Contohnya, ahli The Barden Bellas sentiasa mencari kerjaya, teman lelaki, kejayaan, kekayaan hanya melalui kumpulan mereka The Barden Bellas tanpa membuat explorasi perkara lain di luar atau mengenali diri sendiri agar mengetahui bakat dan potensi dalam bidang tertentu.. Mungkin dalam bidang tanaman, perniagaan, masakan dan sebagainya. Seperti Anna Kendrick mencari kerjaya dengan asyik menyertai The Barden Bellas ke sana sini sedangkan dia mempunyai potensi dan bakat besar dalam dunia musik.

Fat Amy tidak pernah mahu membuka surat dari ibunya kerana asyik sibuk dengan The Barden Bellas. Tidak mahu tahu hal hal baru yang mungkin boleh mengubah hidupnya dan akhirnya barulah dia tahu dia sebenarnya seorang kaya. Brittany Snow tidak pernah mahu keluar dari dunia The Barden Bellas untuk mendapatkan teman lelaki. Crissie Fit tidak pernah mahu fokus dalam perniagaannya kerana asyik meluangkan masa dengan The Barden Bellas. Sedangkan perniagaannya lebih utama walaupun The Barden Bellas masih penting. Meninggalkan The Barden Bellas tidak semestinya kita mengkhianati The Barden Bellas. Betul tak? Tehee..

Manakala Hailee Steinfeld tidak fokus kepada legasi baru The Barden Bellas kerana lebih suka bersama The Barden Bella senior hingga tidak berusaha membuat lagu original untuk generasi baru The Barden Bellas.

Kadang kadang kita perlu berhijrah. Bak kata Greyson Chance dalam lagunya Waiting Outside The Line, "You'll never enjoy your life, living inside the box!" . VvaawaahhHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

8 Kata-kata Dari Teman:

azlina ina berkata...

menarik sangat. Rasa macam nak pergi tengok sekarang

Shikin Razali berkata...

Akak selalu jugak tengok tajuk movie nie tapi belum berkesempatan nak menontonnya..

Mrs Pip berkata...

Wahhhh ulasan yg menarikkkk...

Galaksi Viral berkata...

Review dan penjelasan yang sangat bagus kak Sofinah. Mesej positif yang disampaikan oleh akak sangat bagus. GV rasa nak tonton pula movie ini. Huhu. :)

Sofinah Lamudin berkata...

Dah tengok tak? Hehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Best ni kak... tapi lagi best yang no 2 lagi bagi saya.

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih kak pip. hehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih GV.. pergi la tengok.. hehe.