SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 2 Januari 2018

Cara Saya Menulis Impian 2018

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Selepas saya mengongsikan perbezaan antara IMPIAN dan AZAM di entri "Kenapa saya tulis impian 2018 bukan azam 2018" , apakah perasaan dan pendapat korang? Adakah korang lebih bermotivasi menggunakan perkataan "IMPIAN" berbanding "AZAM"? Jika YA, tahniah saya ucapkan kerana korang bakal mencapai impian korang untuk tahun ni. Apatah lagi, apabila cara korang menulis impian korang dengan cara yang betul! Entri kali ini, saya akan berkongsi dengan korang cara saya menulis impian 2018. Semua cara saya adalah mengikuti tips menulis impian di bawah. Tips menulis impian di bawah ini bukanlah hasil dari cereka dari saya semata-mata tetapi hasil dari pembacaan dan pengalaman saya di tahun tahun yang lepas. Semoga korang juga bersemangat dan mencapai semua impian yang korang impikan pada tahun 2018 dan seterusnya.

Tips Menulis Impian 2018 - Sofinah Lamudin


TIPS MENULIS IMPIAN

Tips ini berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya sendiri pada masa lampau. Antaranya adalah :

Tuliskan Impian
Tuliskan impian di mana mana seperti di atas kertas, kad manila, dalam diari, atau mungkin korang suka menulisnya di atas papan tulis? Tidak kira di mana pun korang menulis impian korang, pastikan senarai impian korang boleh dilihat setiap hari. Kalau saya, saya lebih suka menulisnya di banyak tempat seperti di atas kertas dalam bentuk ilustrasi dan tampalkan di dinding bilik atau tempat kerja agar saya boleh membacanya setiap hari dan yang pasti saya akan terlihat senarai tersebut setiap hari (Tapi bukan laa bermaksud korang kena mengadap benda tu je..Wahaha..). Selain itu, saya juga akan menulisnya di dalam buku diari dan diari digital. Sebab saya bukan sentiasa berada dalam bilik untuk ternampak dengan kerap kertas yang saya tampalkan di dinding. Wahaha.. Saya juga suka membawa buku diari saya di dalam beg. Jika terlupa, saya boleh membacanya menggunakan telefon pintar kerana saya sudah pun menulisnya di diari digital saya. Hal ini kerana, ia akan memprogramkan otak kita untuk bekerja ke arah yang kita impikan secara bawah sedar apabila kita kerap melihat dan membacanya. Kalau dah tulis secara digital, kenapa perlu tulis kat buku diari juga? Sebab, internet bukan sentiasa ada. Contoh, tempat saya selalu black out. So, memang tak ada internet laa.. kecuali rumah saya ada generator. Tehee. Selain tu, mungkin ada gangguan line. So, kita tak dapat nak buka internet. Sebab tu perlu ada buku planner atau diari juga.

Penulisan impian bukan sahaja dengan isi penting tapi perlu disertakan dengan huraian. Di sini bukanlah bermaksud perlu ditulis seperti karangan. Wahaha... Saya sangat suka menulis dengan menggunakan main point dan sub point. Contohnya : Saya akan rajin menabung pada tahun 2018 sebagai main point dan berjimat cermat dan membeli barangan yang perlu sahaja sebagai sub point. Ia akan lebih jelas dalam cara menjayakan impian menabung pada tahun 2018.

Gunakan Perkataan Positif Sahaja
Tuliskan impian dalam perkatan perkataan yang positif sahaja. Hal ini kerana, perkataan positif akan menarik kita kepada perkara perkara positif. Apa yang kita baca, lihat dan dengar biasanya akan mempengaruhi kita tanpa kita sedar. Oleh itu, pilihlah perkataan yang otak kita suka agar lebih positif dan mempunyai minda yang sihat dalam mencapai impian.

Saya berikan contoh mengenai impian saya mengenai menabung tadi, "Saya akan rajin menabung". RAJIN adalah tenaga positif agar lebih rajin berbanding saya menggunakan ayat negatif "Saya tidak akan malas menabung lagi pada tahun 2018". MALAS adalah perkataan negatif. Kemungkinan besar , kita akan terangsang untuk malas jika sering membaca dan menyebut perkataan ini dalam kepala kita.

Nyatakan sebab/punca setiap impian yang ditulis(WHY!)
Pastikan setiap penulisan impian, ada sebabnya. Contoh, "Saya akan memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang pada tahun 2018 ini KERANA saya mahu ibu bapa saya bangga". Dengan adanya "Sebab" maka impian kita akan lebih jelas dan kita akan sentiasa mahu mencapainya. Kerana setiap yang tersurat jelas tersiratnya. Setiap impian perlukan "matlamat".

Impian tanpa sebab akan membuatkan kita menjadi malas. Apatah lagi jika, kita tak ada impian. Hidup bagaikan tak ada hala tuju. Dan..Impian tanpa sebab biasanya akan membuatkan kita cepat bosan dan akhirnya berhenti untuk berusaha ke arah impian tersebut.

Gunakan perkataan Janji
Perkataan janji adalah sesuatu yang perlu ditunaikan. Contohnya, "Pada tahun 2018, saya berjanji akan bersedekah RM1 setiap hari". Maka, korang akan sentiasa menunaikan ibadah sedekah RM1 setiap hari lantaran takut janji dimungkiri. Walau bagaimanapun, perkataan janji hanya untuk orang yang betul betul boleh menunaikankannya. Tepuk dada, tanyalah selera.. Jika korang tak mampu nak tunaikan janji, jangan! Walau pun hanya berjanji kepada diri sendiri tapi ia boleh membuatkan korang rasa bersalah pada diri sendiri. Jika korang nak gunakan juga perkataan "Janji", pastikan impian tersebut bukanlah jenis yang menyusahkan diri sendiri.

Gunakan perkataan "Akan Memiliki"
Penggunaan ayat yang baik ketika menulis impian 2018 akan membantu minda bawah sedar kita menjadi aktif tanpa kita sedari. Contohnya, "Saya akan memiliki kereta baru pada tahun 2018" atau.. "Saya akan menjadi seorang yang rajin bangun pagi pada tahun 2018" akan membangunkan minda di bawah sedar kita. Pasti korang akan terkejut apabila suatu hari korang dapati, korang bangun pagi setiap hari tanpa jam loceng. Tehee. Hal ini kerana ia sudah menjadi sebahagian dari diri korang.

Pastikan impian korang tidak lebih dari empat
Dalam menulis impian, jangan senaraikan terlalu banyak. Senaraikan main point (yang penting) empat sahaja. Hal ini kerana, dalam satu tahun, hanya ada 12 bulan. Dalam 12 bulan, adalah tidak logik untuk mencapat terlalu banyak impian. Kecuali penulisan impian korang adalah penulisan impian jangka masa panjang seperti "Impian sebelum saya berumur 40 tahun". Jika untuk penulisan impian dalam setahun, pastikan tidak lebih dari 4 perkara penting. Contoh 4 impian saya, pertama adalah making/saving money, kedua adalah kesihatan dan fitness, ketiga, membaca dan belajar dan keempat adalah melukis. Setiap 4 perkara ini, saya akan huraikan dengan sub topik. Contohnya, bahagian impian pertama "making/saving money", saya akan tuliskan melalui apa saya making money, berapa percent masuk ke ASB dari pendapatan dan berapa percent untuk perbelanjaan, kecemasan dan untuk mommy dan ayah. Tapi, jika korang rasa boleh untuk komit lebih dari 4 impian, silakan. Wehehe.

Menulis impian dengan kretif atau comel
Korang boleh menulis impian korang dengan cara apa pun yang korang suka. Kalau saya, saya suka menulis impian saya menggunakan peta minda, lukisan dan warna warni. Tetapi ini biasanya perempuan yang suka buat. Wahaha. Bergantung dengan cara korang yang penting sekali adalah korang suka dengan apa yang korang tulis. Dan korang suka untuk membacanya berulang kali.

Paparkan impian korang kepada sesiapa sahaja (Public atau dengan kawan)
Impian bukanlah sejenis rahsia. Tambah kita rahsiakan impian kita, tambahlah ia akan lambat tercapai. Kenapa? Kerana... setiap impian yang kita sembunyikan berpotensi untuk tidak tercapai kecuali adanya keajaiban. Impian yang disembunyikan adalah ibarat korang malu untuk menerimanya secara terbuka. Bergantung dengan apa jenis impian korang, korang perlu sebutkannya dengan sesiapa sahaja. Tuliskan di blog korang pun tak ada masalah. Jangan malu. Ia adalah perkara yang baik baik kecuali impian korang adalah impian yang tak memberi manfaat seperti, "Pada tahun ini saya akan mencuri lebih banyak mangga jiran sebelah rumah" Wahahaha.. Uhrmm.. kalau macam tu bunyi impian 2018 korang, elok simpan je dalam hati, mudah mudahan tak tercapai. Wehehehe...

Kenapa perlu kongsikan impian kita kepada orang lain? dengan suami, anak anak atau dengan ibu bapa kita...mungkin dengan rakan kita? atau... di blog? Sebab.. manusia ni jenis yang mudah tercabar. Bila orang lain tahu apa yang kita impikan, ia akan menjadi sebahagian pemangkin kita. Mereka akan menjadi sumber kekuatan kita untuk MESTI TERCAPAINYA apa yang kita tulis tadi agar mereka bangga dengan kita. Apatah lagi jika, impian tersebut diketahui oleh mereka yang membenci korang, korang akan bersungguh sungguh untuk mencapainya kerana...ia sejenis cabaran dan kepuasan yang postif. Secara langsung atau tidak langsung, ia akan menjadi sebuah dorongan dan mereka adalah penyokong kita walaupun hakikatnya mereka hanya memerhati.

Begitulah tips tips menulis impian 2018 yang boleh saya kongsikan. Semoga tips tersebut memberi manfaat dan mendorong korang untuk berani menulis impian. Jadilah individu yang bermatlamat dan bertujuan.

Apapun impian 2018 korang dan seterusnya, semoga tercapai tidak kira cepat mahupun lambat. Tapi lagi cepat lagi bagus laa kan? Wehehe... jangan lupa membaca "Tips mencapai Impian 2018". VvaawaahhHHHH!

Terima kasih membaca entri ini.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Ciktie berkata...

Kita suka tulis dekat nota kecil-kecil je. Pastu tampal dekat board bilik tu. Bila lalu lalang mesti ternampak. Seperti sis juga apapun impian kita semoga ianya terlaksana. Insyaallah, amiin

Sofinah Lamudin berkata...

Kat nota kecil pon best.. tak kisah mana2 pun, ikut kesesuaian individu. Semoga impian Cik Tie pun tercapai. Amin..