SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 5 Januari 2018

Setelah Saya Gagal Mencapai Impian, Saya Akan Lakukan - Part 1

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Terima kasih membaca dan komen entri bertajuk "Saya lakukan tips ini untuk mencapai impian 2018 PART 1 dan PART 2".. Di entri ini, saya akan berkongsi apakah yang saya lakukan setelah gagal mencapai impian. Mengetahui tips menghadapi kegagalan dalam mencapai impian adalah penting sebagai menghilang kan rasa kecewa dan stress menonggeng. Wahaha.. Semua orang pasti pernah merasa kegagalan tetapi tidak semua orang tahu cara mengatasinya. Setelah saya gagal mencapai impian, saya akan lakukan semua tips menghadapi kegagalan impian di bawah:

Tips Menghadapi Kegagalan Impian 2018 - Sofinah Lamudin


TIPS MENGHADAPI KEGAGALAN IMPIAN 2018

Uitss... 2018? Belum hujung tahun dah kata gagal pula. Tehee... Bukan itu maksudnya. Entri ni sebagai persediaan jika berlakunya kegagalan. Sekurang kurangnya, kita bersedia dari segi mental dan fizikal. Tak perlu nak menafikan akan kegagalan. Kegagalan akan berlaku jika Tuhan dah tentukan walaupun kita dah berusaha sehabis baik. Tapi tu urusan Tuhan. Urusan kita adalah fokus dalam mencapai impian yang kita mahukan. Tak perlu pertikai keputusan Tuhan tapi pertikailah adakah kita sudah cukup usaha? Sudah cukup mencuba? Percaya atau tidak, dengan berani untuk gagal, ia mampu untuk membuatkan kita terus melangkah ke depan. Kalau takut gagal, tu yang kecewa tahap ekstrem bila gagal malah mencuba pun tak nak sebab takut tak menjadi dan takut nak gagal. Tak payah takut, usahakan dan teruskan apa pun keputusannya sebab... setiap usaha kita akan dibayar! Kalau bukan Iphone, In Shaa Allah Sony pun jadilah! Eehh? Wahaha... contoh je tu. Tapi betul laa.. pakar motivasi sendiri dah ajarkan..kalau kita target A, In Shaa Allah dapat B. Tapi kalau dapat A tu kira bonus laa.. Kalau dapat C? Bersyukur dan terima lah. Itulah yang terbaik. Masa depan nanti Tuhan akan bagi A di waktu yang tepat!

Menerima dan Redha
Jika impian pada tahun tersebut tidak tercapai seperti yang kita mahukan, cuba fikirkan semula adakah kita berusaha dengan gigih untuk hal tersebut? Jika belum, tak perlu merungut dan bersedih. Diam dan terima sahaja sebab tak ada apa usaha pun yang kita lakukan.

Contohnya, Si Fulan pergi menjawab peperiksaan pada hari ni. Dia dapati jawapannya salah dan markahnya sangat rendah. Dia pun berfikir, dia tak ada membuat apa apa ulang kaji pun sebelum pergi menjawab peperiksaan. Sekurang kurangnya, dia perlu membuat persediaan untuk peperiksaannya sebulan sebelum menghadapi peperiksaan atau lebih dari sebulan bergantung dengan kesukaran peperiksaan tersebut. Jadi, perlukah dia kecewa dan sedih? Jika mungkin berasa kecewa dan sedih, adalah lebih baik kecewa dan rasa sedih kepada diri sendiri yang tidak berusaha.

Tapi, bagaimana pula kalau kita dah berusaha sehabis baik, berpenat lelah dan membanting tulang untuk merealisasikan impian tetapi impian tidak tercapai. Kita kena kembali ke permulaan hinggalah ke penghujungnya, betul kah kita tidak mencapai apa apa melalui usaha yang kita lakukan? Mungkin tidak sama seperti yang kita fikirkan tetapi mungkin ia berbentuk perkara lain.

Contohnya, Si Bulan bertungkus lumus pada tahun ini untuk mencapai target jualan sebanyak 300 ribu. Tetapi, malangnya dia hanya memperolehi 160 ribu sahaja. Tetapi dia tetap bersyukur kerana..dalam perjuangannya memperolehi 300 ribu tersebut, dia menemui beberapa orang client dan rakan kongsi yang baik dan jujur serta amanah pada tahun tersebut. Jadi, walaupun target jualan tidak tepat angkanya pada tahun tersebut, Alhamdulillah dia boleh memulakan semula target baru di tahun akan datang bersama rakan kongsinya yang berkualiti luar dan dalam dirinya, malah bijak dan mempunyai idea dan teknik marketing yang lebih baik!

Bersikap Fleksibel
Dalam mengejar apapun impian, kita perlu fleksibel. Fleksibel bermaksud boleh diubah atau boleh disesuaikan mengikut keadaan dan situasi. Dalam merancang dan mengejar cita cita, kita tidak perlu terlalu 'batu'. Batu akan pecah bila ditukul. Apatah lagi kalau menggunakan tukul si Thor tu. Wahaha... berkecai! Fleksibel bukanlah bermaksud kita tidak tetap pendirian tetapi, fleksibel adalah sangat penting dalam membentuk kekuatan dalaman seseorang individu dalam keadaan yang tertekan akibat dari kegagalan mencapai kejayaan.

Walau bagaimanapun, fleksibel di sini bukanlah kita perlu menjadi lalang. Angin bertiup ke kanan, terbang ke kanan..angin bertiup ke kiri, terbang pula ke kiri. Bukan begitu. Tehee... Kita perlu menjadi fleksibel seperti span. Span, kalau di tekan, dia memang kemek tapi akan kembali ke bentuk asal semula apabila sudah tiada tekanan.

Jika kita gagal dalam plan A, fleksibel lah ke plan B, C, D dan seterusnya..Selain itu, fleksibel membantu kita menjadi seorang yang sentiasa waras dan berfikir dengan matang. Cuba fikirkan, dalam keadaan kita yang sangat tertekan dengan banyak hutang, bayarlaa dulu hutang hingga lunas. Jangan tambah dengan impian baru dengan menambah hutang lain pula. Lama kelamaan, kita akan 'retak' dan paling teruk jika kita 'pecah'.

Contohnya, kita tidak sengaja membuat kesilapan kepada pihak yang besar. Mungkin kerajaan atau mungkin juga pihak pembangkang. Mereka meminta kita memohon maaf secara terbuka atas kesilapan yang telah dilakukan. Kita pula keras kepala dan ego tinggi. Dengan pegangan prinsip 'tidak akan mengubah sebarang pendirian diri terhadap politik", kita menolak untuk meminta maaf walaupun, kemampuan diri bagaikan semut. Malah kecil lagi dari semut. Maka, apakah yang akan terjadi selepas itu jika kita tidak meminta maaf? Well, sikap terlalu pegun dan keras kepala biasanya merugikan sesiapa sahaja yang mengamalkannya di tempat yang salah. Dalam mengejar impian juga perlu lah fleksibel sebab kita tak tahu apa akan terjadi di masa akan datang.

Muhasabah Diri
Setiap kali gagal, muhasabah diri. Cari punca kegagalan. Apabila kita tahu apa puncanya kegagalan kita, kita akan mengambil pengajaran dan tidak akan melakukannya sekali lagi. Tidak ada sesiapa pun yang mahu gagal dalam dunia ni. Kecuali mereka yang tidak sedar bahawa mereka telah mengagalkan diri mereka (Baca : Desire To Fail). Jika kita gagal sekali lagi dengan kesalahan yang sama.. tak perlu laa meraung kalau gagal. Meh~

Muhasabah diri bukan sahaja untuk apabila kita gagal. Dalam perjalanan kita mencapai impian, kadang kadang kita rasa lambat sangat nak tercapai impian kita. Agaknya kenapa? Hhaaah! masa ni laa cepat cepat kita muhasabah diri mungkin kita ada buat salah. Contohnya, kita lupa nak maafkan orang lain yang pernah buat salah dengan kita. Kadang kadang benda ni boleh menjadikan kita kurang fokus sebab asyik berfikir negatif sahaja dengan orang lain. Apabila kita berfikiran negatif dengan orang lain, diri kita atau apa apa benda sekali pun, ia akan memudaratkan kita. Tenaga negatif akan sentiasa hinggap kat kita. Selain tu, mungkin kita kurang bersedekah? Atau..kurang bahagiakan orang lain dan penting diri? Apabila kita bahagiakan orang lain, kita akan turut gembira. Apabila kita gembira, jarang ada rasa negatif dalam hati. Semua rasa berbunga bunga je. Selalu rasa nak senyum je.. Oleh hal yang demikian, ia mempengaruhi kita untuk fokus dalam berusaha. In Shaa Allah.

...sambungan "Setelah saya gagal mencapai impian, saya akan lakukan - Part 2"

Semoga entri tips menghadapi kegagalan impian 2018 ini memberi manfaat dan berguna untuk kita semua. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Wani Sukarno berkata...

hii setuju jugak tu sofinah .. amin semoga impian tercapai dan permudahkan

Sofinah Lamudin berkata...

Amiinn...