SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 21 Januari 2018

Menjawab Semua Soalan Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 5)

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Menjawab semua soalan personaliti metafizik tarikh lahir untuk part ke 5. Kepada pembaca baru blog saya, macam biasa, saya akan syorkan korang ke entri bertajuk "Menjawab semua soalan personaliti metafizik tarikh lahir (Part 1)" untuk memahami langkah demi langkah mengira apakah kod asas atau nombor takdir disebalik tarikh lahir korang. Kat entri tu, saya memang dah tulis secara terperinci..satu demi satu saya tulis caranya. Tehee.. Harap boleh membantu.

Soalan [6]
"01.10.1987....betul ke saya kira dapat nombor 9?"

Cara mengira :
Lukis kotak piramid terbalik seperti dalam gambar di bawah..
Masukkan tarikh lahir dan rujuk dalam gambar..

Menjawab Semua Soalan Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 5) - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

Penjelasan untuk kiraan tarikh lahir di dalam gambar di atas :
Hari : 0 + 1 = 1
Bulan : 1 + 0 = 1
Tahun : 1 + 9 = 10 = 1 + 0 = 1, 8 + 7 = 15 = 1 + 5 = 6

Hasil kiraan hari, bulan dan tahun tadi, ditambahkan lagi dengan susunan dalam kotak berwarna biru seperti di dalam gambar di atas.

1 + 1 = 2 , 1 + 6 = 7
2 + 7 = 9

Ye..jawapannya betul. Kod Asas adalah 9.

Kod Asas atau nombor takdir 9 berdasarkan kiraan metafizik tarikh lahir ini merupakan elemen kayu. Sikap individu bernombor 9 ini adalah :

Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati Sukarno.

Huraian kod nombor 9 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda mempunyai kebolehan sebagai “penghibur”. Anda adalah seseorang yang sensitif, mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik.
Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.
Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain memahaminya dan terpedaya dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.
Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang lain.

Jika kiraan personaliti metafizik tarikh lahir korang bukan bernombor 9, boleh laa rujuk maksud nombor lain di artikel "Personaliti berdasarkan pengiraan metafizik tarikh lahir".

. . . . .
. . . . .

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: