SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 6 Januari 2018

Setelah Saya Gagal Mencapai Impian, Saya Akan Lakukan - Part 2

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Jumpa lagi di entri tips menghadapi kegagalan impian. Selepas memberikan 3 tips di entri "Setelah saya gagal mencapai impian, saya akan lakukan - Part 1", saya menyambung lagi 3 tips di entri "Setelah saya gagal mencapai impian, saya akan lakukan - Part 2". Kalau di part 1, saya berkongsikan tips berkenaan menerima dan redha, bersikap fleksibel dan muhasabah diri, kali ini saya akan berkongsi berkenaan melepaskan, esok ada lagi, bersabar dan menikmati pula.

Tips Menghadapi Kegagalan Impian 2018 - Sofinah Lamudin


TIPS MENGHADAPI KEGAGALAN IMPIAN 2018

Melepaskan apa yang sudah berlalu
Pasti sudah terlalu kerap mendengar ayat "yang lepas biar lah lepas" atau "Let it go" dalam lagu cerita kegemaran kanak kanak, Frozen oleh Disney. Memang nak lepaskan sesuatu yang bermakna dalam diri kita tu sukar. Siapa kata senang? Tapi, kalau nak berjaya dalam hidup, kegagalan tu biasa. Lepaskan lah. Kita akan rasa tenang dan bahagia.  Kalau rasa betul betul susah, buatlah sekerap yang mungkin. Berlatih untuk melepaskan, suatu hari korang akan terperanjat bila korang tiba tiba tak ada perasaan pun dengan kegagalan yang berlaku. Malah korang tersenyum bila terkenang betapa lawaknya perangai korang konon tak boleh nak lupa.

Biasanya, impian ni jenis dalam perhubungan. Mungkin berimpian untuk menjadikan si fulan tu suami/isteri tapi tak ada jodoh pula. Memang susah la nak lupa tapi kalau kita kembali ke tips pertama iaitu redha dan menerima apa yang sebaiknya, In Shaa Allah tak akan rasa apa dengan kegagalan dalam hubungan. Cakap memang senang tapi cuba laa untuk berlatih. Setiap pertemuan memang akan ada perpisahan. Fikir! berapa kali kita menghadapi perkara yang sama macam ni tetapi berbeza individu? Terima laa hakikat. Even anak atau suami atau isteri pun akan ada perpisahan yang abadi iaitu kembali kepada Allah.

Walaupun istilah yang lepas biarlaa lepas ni selalu dikaitkan dengan impian dalam perhubungan, tapi ada juga orang yang tak boleh nak lepaskan bila kehilangan harta benda. Contohnya, Si Bintang kehilangan RM3K. Lepas tu, RM3K tu pula kita bukan senang nak dapat. Terbayang bayang dah dalam kepala nak beri mak ayah duit, nak belikan pet ikan sedap, nak belikan anak anak mainan, nak belanja member, nak buat simpanan dalam ASB dan sebagainya. Bayangkan apa perasaan kita bila duit tu tiba tiba lesap sekelip mata? Sakit hati! YyeahhH! tak mungkin tak ada individu yang tidak akan sakit hati atau sedih melainkan duit dia sangat banyak hingga RM3K hilang pun dia tak perasan sebab dah terlampaaauuu banyaakk.

Boleh tak korang nyanyi lagu "let it go" lepas kehilangan RM3K tersebut? Tak boleh? Tapi untuk menghadapi perkara ni, wajib korang jangan melatah dulu. Calm down. Langkah pertama, tarik nafas dalam dalam. Lepas tu hembuskan. Kemudian, fikirkan..mungkin orang yang ambil duit tu, lebih memerlukan sebab tu dia terpaksa mencuri. Mungkin mak dia sakit. Dia perlu duit. Lepas tu, ikhlaskan duit tu. Sedekahkan duit tu kepada si pencuri tu walaupun kita tak tahu dia curi untuk apa. Abaikan fikiran negatif korang berkenaan apa yang dia nak buat dengan duit tu.

Korang percaya atau tidak, Allah akan gantikan duit RM3K tadi dengan perkara lain. Mungkin bukan RM3K. Jika Allah berikan bonus, In Shaa Allah...Allah akan berikan semula RM3K kita dalam bentuk duit semula atau lebih dari RM3K. Kalau Allah bukan berikan kita dalam bentuk harta, esok esok korang akan terkejut, tiba tiba bos naikkan pangkat..paling kurang pun, kita dapat pahala bersedekah. Sebab kita sedekahkan RM3K tadi kepada si pencuri tu. Kalau tak dicuri, boleh dijamin kah kita akan memberi sedekah kepada orang lain dari RM3K tadi? Mungkin ya mungkin tidak. Pernah kah kita bersedekah sebanyak RM3K sebelum ini? Mungkin pernah mungkin belum. Apa yang berlaku semuanya rahsia Allah dan bersebab.

Saya ada satu cerita. Jika korang pernah dengar nama anak gadis Indonesia bernama Wirda Mansur, dan selalu mengikuti kisahnya di instagram, korang akan rasa tersentuh dengan satu kisah dia kehilangan duit yang banyak. Dia berasa sedih sebab dengan duit tu, dia ingin membeli sesuatu yang didambakan. Tetapi hilang dicuri orang. Wirda Mansur mengadu kepada ayahnya, Yusuf Mansur. Bapanya memujuk dan meredakan Wirda dengan berkata, "Wirda jangan sedih. Duit itu boleh diganti dengan yang baru. Lepas kan saja duit yang hilang. Mungkin Allah bantu Wirda. Mungkin Wirda bakal mendapat penyakit. Anggap saja duit itu sebagai ganti agar penyakit Wirda hilang bersama duit tersebut.." Selepas itu, Wirda pun tenang dan faham. Lalu Wirda lepaskan perkara yang sudah pun berlaku.

Jika kita tidak melepaskan apa yang sudah lepas, kita akan selalu merasa sakit hati, tak gembira, tak tenang, tak ceria, tak ada mood nak memulakan semula dalam mengejar impian kita kerana perkara lepas menjadi beban kepada kita ibarat membawa beg hitam yang berat kemana mana sahaja termasuklah dalam perjalanan kita menuju destinasi impian kita. Cuba fikirkan, beg hitam tu telah mengganggu pergerakkan kita dalam berusaha mencapai impian.. Oleh itu, buang lah beg hitam itu di tepi jalan. Tinggalkan beban dan teruskan berlari. In Shaa Allah akan lebih laju dan ringan. Malah tanpa sebarang gangguan penat dan terpaksa berhenti terlalu lama. (Baca : Beg Hitam yang menghantui kita). Kemudian, bolehlaa kita memulakan semula misi mencapai impian kita.

Gagal sekali bukan bermaksud selama lamanya
Gagal beberapa kali sekalipun bukanlah bermaksud kita akan terus gagal. Esok hari ada lagi. Tahun baru akan ada lagi. Yang pentingnya hari ini kena berusaha. Jatuh tujuh kali, bangkit lapan kali. Tak dapat selesaikan misi pada tahun tersebut, tahun akan datang boleh cuba lagi. Tapi hal ini hanyalah untuk mereka yang gagal selepas berusaha keras. Kalau tak pernah buat apa apa, goyang kaki, menunggu 24 jam impian akan tercapai dengan sendirinya, memang betullah... gagal selama lamanya. Wehehehe...sebab.. individu jenis macam ni, biasanya suka bertangguh. Tak bertindak tapi angan angan banyak. Bertindaklah walaupun lambat, yang penting konsisten dan terus berusaha.

Gunakan tips "gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya" untuk situasi yang benar benar rasa kecewa selepas rajin berusaha. Bukan sebab malas berusaha hari ini, konon esok ada lagi. Meh~

Menikmati dan Bersabar
Menikmati kegagalan? Wehehe...Bukan.. menikmati seadanya yang kita ada. Bila kita bersyukur dan menghargai serta menikmati semua perkara disekeliling kita, kita tidak akan merasa kecewa yang melampau bila gagal dalam mencapai impian kita.

Contohnya, kita nak memiliki telefon pintar baru pada tahun baru. Tiba tiba..usaha yang banyak tidak membuahkan hasil apabila didapati, hujung tahun pun telefon pintar tak mampu untuk dibeli. Jangan frust menonggeng. Fikirkan semula. Sepanjang tahun tu, telefon pintar apa yang berkhidmat dengan kita? Telefon lama kita kan? Sayangilah ia. Tanpanya, kita mungkin tak dapat nak berhubung dengan insan tersayang walaupun agak sukar sedikit kerana sudah lama dan ada fungsi yang rosak.

Contoh lain, kita berimpian untuk memperolehi kerja yang gaji yang baik tetapi nampaknya kita mendapat kerja yang baik tapi gaji kurang baik. Mungkin kita stress sebab kekurangan kewangan tetapi, pengalaman yang kita dapat melalui pekerjaan tersebut ada nilainya yang kita perolehi. Dengan pengalaman yang ada di tempat kerja tersebut, In Shaa Allah akan ada tempat kerja lain yang akan mengambil kita bekerja dengan gaji yang sangat tinggi melalui nilai dan kualiti pengalaman kita dari tempat kerja lama. Nikmatilah kerja tersebut walaupun gaji tidak memuaskan tetapi sekurang kurangnya, kita ada kenalan yang baik di sana dan memperolehi ilmu baru sebagai bekal kita di tempat kerja lain suatu hari nanti. Malah, percaya atau tidak, kita akan rindu kawan kat kerja lama.

Jadi bersabar lah dahulu. Nikmati apa yang ada depan mata kita sebelum Tuhan ambil semula. Setiap yang bersabar akan memperolehi gandaan nikmat kelak.

Semoga entri tips menghadapi kegagalan impian 2018 ini memberi manfaat dan berguna untuk kita semua. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

cikyan berkata...

good sharing sis !

Sofinah Lamudin berkata...

Alhamdulillah.. semoga bermanfaat.