Selasa, 16 Januari 2018

Si Ontot Dah Pergi Selama-Lamanya?

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Dah 37 hari Si Ontot tak balik rumah. Uhrmm... adakah Si Ontot dah pergi selama-lamanya?.. Alahai Ontot kenapa laa hilang. Sejak tahun 2011 keluarga kami bersama Ontot. Terasa juga kehilangannya. Bukan setakat terasa tapi sediiihh... Beberapa hari Ontot tak pulang tu dah rasa risau sangat. Lepas tu berminggu minggu tak pulang dah fikir bukan bukan. Setiap hari pergi cari dia dan panggil panggil dia.

Mana laa tahu dia datang. Sebab..biasanya, dia akan datang selepas dipanggil. Dia akan balik ke rumah. Bagi tunjuk batang hidung dia selepas nama dia dipanggil walaupun dia tak balik sehari. Kalau setakat sehari dua tak balik tu saya kisah sangat sebab saya tahu dia lepak kat mana. Tapi, bila dah lebih dari tiga hari tak balik rasa pelik pula. Sebab kalau dia tak balik, dia makan kat mana?


Si Ontot Dah Pergi Selama-Lamanya? - Sofinah Lamudin
Gambar Ontot masa kecik. Kabur sebab kamera tak ok masa 2011. Tapi OK laa.. ada juga gambar kenangan Si Ontot ni..

Mula mula positif kan fikiran laa juga. Mungkin Si Ontot jumpa kucing betina. Mungkin Ontot dapat makanan dari jiran atau bla bla bla... apapun fikiran positif saya, tetap tak keruan juga bila teringat pemangsa seperti ular, biawak, manusia... Eeh.. Tehee... mana tahu ada yang jahat kat kucing. Wehehehe... Tapi kawasan rumah saya ni, jiran jiran memang suka kat kucing. Semua pun ada kucing sendiri. Uhrmm... tu yang terfikir, dia mungkin jumpa tuan baru. Mungkin ontot dapat makanan lagi sedaap tak? Tapi tak mungkin! Haish...

Sebenarnya, setiap hari pun saya tunggu Ontot balik. Masih tak dapat nak lepaskan Ontot lagi. Masih mengharap dia balik. Tapi, dah hampir 40 hari Ontot tak balik. Saya rasa, elok saya redha je kehilangan kucing kesayangan saya, Si Ontot ni. Uhrmm... sedihnya. Tak apa laa.. Chokey ada. Huwarrgghhh sediihh... dah laa Si Chokey tu sama kaler macam Ontot! Anggap laa untuk memperingati Si Ontot kann.. Tak sampai 10 tahun pun dengan Ontot dah jadi macam ni.


Kali terakhir saya jumpa Ontot, pada 6 pagi..tarikh 11.12.2017. Saya tengok kat tingkap, saya nampak Ontot lepak kat atas pagar rumah jiran belakang rumah. Saya panggil dia.. Dia pun datang. Tehee.. Dia tahu Ontot nama dia. Dia ni penakut dengan manusia lain kecuali keluarga kami. Sebab tu bagi saya sangat tak mungkin dia boleh jumpa tuan baru. Tak mungkin!

Uhrmm... Selepas dia datang ke arah saya masa tu, saya pun bagi dia makanan kucing. Keropok kegemaran dia dan Chokey. Dia guling guling nak minta belai... Saya belai kejap dan suruh dia makan keropok tu. Selalunya, bila Ontot balik saya akan masukkan dia ke dalam sangkar dia. Supaya dia tak jalan lagi. Tapi, pada masa tu, saya tak tahu..tiba tiba rasa macam tak perlu. Biarkan je dia makan kat luar sangkar dia. Ye laa.. biasa dia lepak kat kawasan rumah je lepas makan. Tak ke mana mana.

Kadang kadang, dia akan duduk lepak kat kerusi beranda rumah. Bila buka pintu, dia akan masuk ke rumah. Yakin sangat saya masa tu dia tak akan ke mana mana. Tengok apa dah jadi. Nangis...


Tak apa laa Ontot..kat mana pun awak, alam mana pun awak, semoga hubungan kita sentiasa ada dalam hati awak (agak agak kucing ada feel macam ni tak?) Tehehee... Tapi tak pentinglaa... yang penting, hati saya tetap ada Ontot, selalu ingat Ontot sebagai kawan haiwan saya paling unik sekali! Pendek, kontot dan sado. Tehee..

Sekarang Mr.Bee dah tak bagi ambil kucing. Chokey cukup laa katanya. Bukan sebab susah nak jaga atau apa apa. Tapi.. Mr.Bee kata,kalau dah jaga kucing, biasa kita ada hubungan baik dengan kucing, kita sayang kucing tu. Kita mula ada link dengan kucing tu. Bila jadi macam sekarang ni, kita akan sedih. Mr.Bee kata, saya mudah patah hati kalau kucing hilang atau sakit atau seumpamanya. Huwarrgghh... 6 tahun kan dengan Ontot. Macam tak boleh hilang dengar suara dia dalam kepala otak ni. Uhrmm...tak kisah la ontot tu kucing.. Tehee..Syukurlaa saya bukan bekerja jadi vet. Kalau tak, bukan pergi merawat atau apa, menangis je tengok kucing sakit, mati, putus sana sini..bla bla bla. Uhh..!

Tu baru kucing, belum kerja dalam hospital lagi. Remuk hati..Hhuuhu..tak bolehh kerja hospital. Tak boleh. Tak boleh.

With Love,
#Sofinah696 πŸ’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

16 ulasan:

  1. ololo.. comel.. kucing cikyan pnah mati sbb diracun.. sedih sgt ...hmmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa... kalau kena racun lagi sediihh.. huhu..

      Padam
  2. Sedihnya baca... Kucing kesayangan Mai dari 2014 adopt pun hilang macam tu saja...Mai janji nak belikan wetfood, malam tu balik keje ada wetfood dia, tapi dia yang takda kat rumah. Puas panggil, selalu nampak kereta kt hujung jalan dia dah berlari balik rumah.

    (T_T).

    Selalu berharap kucing2 tak pernah lupakan Mai walaupun dah berbeza alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu... sedih kan Mai.. walaupun hanya kucing. Hurmm..

      Padam
  3. sedih kan kalau benda/orang/ binatang yang kita sayang dah tak ada. huhu

    BalasPadam
  4. No matter where ontot is, harap dia ok... Kucing jantan, memang selalu merayau smpai berbulan..

    BalasPadam
  5. ontot betina ke jantan? hmm..risau org culik aje..

    BalasPadam
  6. Sayang yer la ngan kucing si sofi ni, hehe. sebiji macam adik beradik akak kat kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu... suka sangat dengan kucing kak Huda..

      Padam
  7. Semoga ontot baik2 saja di luar sana...

    BalasPadam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.