SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 11 Januari 2018

Antara Cara Saya Untuk Fokus dan Konsentrasi Ketika Bekerja atau Belajar - Tips Terbaik Untuk Fokus dan Konsentrasi

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Fokus dan konsentrasi adalah penting untuk mencapai matlamat sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Tips untuk fokus dan konsentrasi  ini adalah di antara tips terbaik untuk fokus dan konsentrasi. Tidak kiralah untuk fokus belajar, fokus membaca,fokus bersenam,fokus berdiet, fokus bekerja di pejabat mahupun fokus bekerja di rumah dan di mana sahaja kita berada. Sebelum entri ini, saya ada menulis berkenaan jenis jenis gangguan fokus di entri bertajuk "Nak Fokus tapi Gangguan yang Sering Saya Terima" Part 1 dan Part 2. Ia berkenaan mengenal pasti jenis gangguan yang mana satu kita perlu utamakan terlebih dahulu dan menentukan mana satu gangguan yang benar benar akan menangguhkan atau melambatkan pekerjaan kita siap. Perjalanan dalam mencapai impian kita juga akan menjadi lambat jika kita selalu melayan gangguan gangguan yang tidak berfaedah ketika fokus dan konsentrasi terhadap sesuatu.

Tips Terbaik Untuk Fokus dan Konsentrasi - Sofinah Lamudin


TIPS TERBAIK UNTUK FOKUS DAN KONSENTRASI

Motivasi Diri, Nekad dan Komit
Motivasi diri, nekad dan komit adalah perkara paling penting sebelum tips tips fokus dan konsentrasi yang lain. Hal ini kerana, tanpa motivasi diri, fokus dan konsentrasi akan sentiasa tidak wujud tanpa motivasi diri. Kemahuan sahaja tidak akan cukup. Contoh, seperti yang dibincangkan di dalam entri berkenaan "Tips menulis Impian" dan "Tips mencapai Impian", menulis sahaja tidak akan menjadikan impian realiti tanpa tindakan dan usaha. Usaha pula tidak akan dapat digagahkan tanpa motivasi diri. Menulis impian adalah salah satu motivasi diri agar kita bersemangat untuk mendapatkan sesuatu yang kita impikan dengan menyenaraikan "MENGAPA" kita mengimpikannya. Namun, ia hanya akan berhasil dengan bertindak dan memulakan apa yang perlu dalam mencapai impian tersebut. Dalam mencapai impian, usaha keras kita akan ditempuhi dengan pelbagai cabaran dan ujian. Oleh itu, motivasi diri sangat penting untuk terus nekad dan komit dengan mencapai tujuan,misi,target,rancangan dan matlamat.


Motivasi diri boleh diperolehi dengan pelbagai cara. Contohnya, pada tahun 2018 kita ingin menurunkan berat badan, lebih sihat dan rajin bersenam untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing serta sihat. Cara untuk lebih bermotivasi berkenaan ini adalah dengan melihat pencapaian orang lain dan jadikan ia sebagai cabaran diri. Selain itu, boleh juga melihat video berkenaan senaman di youtube agar motivasi tidak luntur. Kita juga boleh membaca bahan bacaan berkenaan makanan sihat, tentang senaman dan badan yang cantik melalui buku mahupun internet.

Begitu juga dengan perkara perkara yang lain. Jika misi tahun ini adalah ingin meningkatkan pendapatan bulanan, boleh laa membaca buku berkenaan kewangan, tips menabung dan perniagaan. Belajar berniaga dan sebagainya yang berkaitan dengan pendapatan. Setelah kita bermotivasi tinggi, kita akan komit dengan sebaiknya dalam berjuang mencapai misi kita.

Katakan Tidak
Untuk jenis jenis gangguan segera dan gangguan bukan segera yang tidak penting, kita perlu katakan tidak. Mengatakan tidak memang kelihatan mudah. Tetapi ada situasi tertentu yang kita tidak akan mampu mengatakan tidak. Sebagai contohnya, ketika sibuk menulis atau membaca, atau mungkin sedang sibuk membuat kerja di pejabat atau di rumah, tiba tiba kawan menghantar mesej mengajak keluar untuk lepak minum kopi di luar. Katakan tidak kepada kawan tadi mungkin susah kerana dia adalah kawan baik kita atau mungkin susah mengatakan tidak kerana kita suka pergi melepak. Tehee.. Tapi, jika inginkan pencapaian yang baik dan cepat, kita perlu katakan tidak kepada kawan tadi. Jelaskan kepada kawan tadi, kita perlu menyiapkan kerja terlebih dahulu. Pergi lepak kemudian selepas siap kerja tersebut.

Gangguan segera atau gangguan bukan segera adalah bergantung situasi seseorang individu. Sukatan pentingnya kerja yang sedang dilakukan pada ketika itu juga mengikut keadaan individu tersebut. Katakan tidak adalah tips untuk fokus dan konsentrasi yang bakal membantu kita untuk mencapai target kita tepat pada masanya. Selain itu, ia juga akan membantu kita agar siap lebih cepat dalam melakukan sesuatu dan tidak mengganggu jadual kita yang seterusnya. Kita juga tidak akan mengalami masalah kelam kabut jika kita mampu mengatakan tidak untuk perkara perkara tidak penting seperti menonton televisyen dan sebagainya.

Kurangkan Berhibur
Kurangkan berhibur juga akan membantu kita mencapai misi untuk fokus dan konsentrasi. Sebagai contohnya, seorang pelajar akan selalu tidak fokus dan konsentrasi apabila asyik melayan kawan sebelah berborak. Dalam misi menabung yang berjaya, kita haruslah berjimat cermat. Jadi, kurangkan hiburan yang melibatkan wang ringgit. Tukarkan hiburan hujung minggu dengan aktiviti yang membantu kita berjimat seperti pergi berkelah dan jalan jalan di tepi pantai bukan ke pusat membeli belah. Mungkin, berkelah akan memakan wang ringgit untuk membeli makanan tetapi, dengan pergi ke pusat membeli belah akan mengeluarkan lebih banyak wang ringgit kerana pelbagai barangan yang boleh kita beli dan kemungkinan besar kita akan masuk ke restoren untuk makan apabila lapar.


Menonton televisyen juga adalah sejenis hiburan yang suka mengambil masa kita. Dalam tidak sedar, berjam jam juga kita duduk menonton televisyen. Sedangkan, tanpa kita menonton televisyen, masa yang banyak itu akan membolehkan kita menyiapkan pelbagai pekerjaan.

Pilih Tempat Yang Tenang dan Kondusif
Seorang pelajar juga akan sukar untuk fokus dan konsentrasi untuk membaca dan belajar di dalam kelas yang bising. Oleh itu, pergilah ke perpustakaan agar lebih senang untuk fokus dan konsentrasi kerana di dalam perpustakaan akan lebih senyap dan tenang. Dalam pejabat juga perlulah dalam keadaan yang bersih dan kemas agar kita lebih selesa. Tanpa keselesaan, seperti kotor, panas dan semak..sudah pasti kita tidak dapat fokus dan konsentrasi kerana rimas.

Tidur Yang Cukup
Dalam usaha untuk fokus dan konsentrasi, kita perlu mempunyai waktu tidur yang cukup. Apabila kita kurang tidur, kita akan menjadi lebih cepat penat dan letih walaupun kerja kita hanya berkaitan dengan komputer, buku, kertas dan kerja kerja pejabat. Apatah lagi jika kerja kita jenis pekerjaan yang menggunakan tenaga. Sudah pasti ia akan mengganggu fokus dan konsentrasi kita.

Tidur yang cukup akan membantu kita tidak mudah mengantuk semasa bekerja dan belajar. Jika kita berasa mengantuk, jangankan bekerja atau belajar..nak bersenam pun mood jadi ribut. Menyentuh berkenaan mood, kita akan mudah diganggu dengan mood yang tidak baik. Kita tidak akan ceria dan kita akan mengalami emosi yang tidak baik. Jadi sukar untuk kita menjadi seorang yang fokus dan konsentrasi dalam bekerja.

Selain itu, kurang tidur akan menjejaskan prestasi kita di tempat kerja apabila kita tertidur dan majikan terlihat kita tidur di meja kerja kita. Jika kita mempunyai target mendapat kenaikkan gaji, pada saat itu mungkin kita akan dianggap tidak layak.

Mengambil Makanan Sihat dan Bersenam
Selepas mempunyai tidur yang cukup, sudah pasti mood kita akan selalu ceria dan baik. Kita boleh lah bersenam dan mengambil makanan yang sihat. Apa kaitan cukup tidur dengan bersenam dan makanan yang sihat? Apabila kita tidak cukup tidur, mood yang negatif sering hinggap dengan kita. Kita akan menjadi malas untuk bersenam malah kemungkinan besar akan malas menyediakan makanan yang sihat. Disebabkan malas, kita akan sering memilih makanan segera seperti mee segera agar pantas dan boleh la masuk tidur jika kita berada di rumah. Bagaimana kita berada di sekolah atau di pejabat? Kita tidak boleh tidur dan kita akan terus menerus mempunyai mood yang kurang baik.

Tubuh badan yang cergas dan sihat akan lebih membantu kita menjadi seorang yang fokus dan konsentrasi sepenuhnya. Bayangkan jika kita demam, adakah kita boleh fokus dan konsentrasi dengan kerja? Pasti akan mengalami kesukaran. Jagalah kesihatan agar kita boleh menjadi seorang yang sentiasa fokus dan konsentrasi ketika melakukan apapun.

Sentiasa Mengenal Pasti Kepentingan dan Keutamaan
Semasa membuat kerja dalam mencapai cita cita dan misi, kita perlu sentiasa mengenal pasti kepentingan dan keutamaan sesuatu yang dilakukan. Jika kita dapati perkara yang kita lakukan pada suatu ketika ia adalah tidak penting, membuang masa dan tidak berfaedah, hentikannya secepat yang mungkin supaya kita tidak terlalu jauh tersasar dari hala tuju matlamat. Jika perkara tersebut adalah penting tetapi bukan utama, lakukan perkara yang penting itu kemudian dan selesaikan dahulu yang utama.

Fikirkan Mengapa Kita Mulakan Kerja/Impian tersebut
Tips ini adalah tips yang sama dengan yang pertama tadi iaitu motivasi diri, nekad dan komit. Tetapi di sini dijelaskan lagi lebih terperinci berkenaan "Mengapa" kita berimpian seperti yang kita impikan. Dalam berusaha dan berjuang kita akan mendapat pelbagai cabaran dan ujian. Kita juga akan menghadapi kegagalan dan kesilapan. Hal ini tidak boleh dinafikan tetapi boleh dielakkan. Kadang kadang kita akan merasa penat, letih, putus asa dan marah. Kadang kadang kita berasa mahu menghentikan saja usaha dalam mencapai matlamat, target, impian, cita cita dan misi. Jadi, dengan memikirkan semula mengapa kita mulakan kerja dan mengapa kita berimpian seperti itu akan membantu kita untuk terus berlari, terus bangkit dan terus berjuang! Maka kita akan menyambung untuk fokus dan konsentrasi ke arah kejayaan kita.

Mendengar Lagu
Mendengar lagu juga adalah salah satu cara untuk fokus dan konsentrasi. Tetapi jenis lagu perlu dipilih dengan betul bergantung dengan jenis pekerjaan yang kita lakukan. Jika sedang membaca, menulis, belajar lagu yang sesuai didengar adalah lagu tanpa lirik. Hanya alunan musik. Contohnya, lagu Journey South oleh Age of Spades, Behind The World oleh Balmorhea dan Eternity oleh Jorden Critz. Lagu jenis yang tenang adalah lagu yang sesuai ketika menulis, membaca, belajar dan berfikir. Mengapa tanpa lirik? Hanya Musik? kerana otak sedang bekerja ketika kita membaca. Bekerja untuk memahami apa yang kita baca. Jika lagu yang kita dengar mempunyai lirik, kadang kadang kita akan terlari fokus kepada perkataan yang di ungkapkan pada lagu bukan apa yang kita baca.



Jika kita sedang bersenam, bolehlah kita mendengar lagu yang lebih bertenaga dan mempunyai lirik. Contohnya, kita pergi ke taman untuk berjogging, kita boleh fokus dan konsentrasi dengan mendengar lagu yang rancak dan mempunyai bass sound seperti lagu Stronger oleh Kanye West, Run The World (Girls) oleh Beyonce atau Dancing On My Own oleh Robyn.

Jika inginkan yang lebih bertenaga kerana kita sedang bersenam membina otot (angkat berat) boleh lah mendengar lagu seperti electronik seperti lagu Savage Mode oleh Kazzanova, Tung! oleh Deniz Koyu, Dynamic oleh Cosmic Gate. Lagu ini biasanya boleh juga di cari melalui youtube dengan menulis perkataan "remix". Saya sangat suka mendengar lagu jenis ini ketika bermain jump rope dan jogging. Saya akan merasa lebih bertenaga, bersemangat, fokus untuk mencapai target senaman saya! Jika korang peminat K-Pop, boleh juga mendengar lagu I am the best oleh 2NE1, Lucifer oleh ShiNee, Electric Shock f(x). Pastikan tidak mendengar lagu jenis bertenaga ketika membaca dan menulis, dikhuatiri badan korang akan menari. Wehehe...

Membuat Jadual Bekerja
Jadual adalah sangat penting! Untuk kita lebih berdisiplin. Disiplin akan membantu kita menjadi seorang yang fokus dan konsentrasi. Seseorang yang bekerja di mana mana syarikat pasti akan jadual seperti, masuk bekerja pada pukul 9.00 pagi. Makan tengah hari, pada pukul 12.00 atau 1.00 tengah hari. Balik bekerja pula pada pukul 6.00 petang. Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja sendiri? atau suri rumah yang membuat kerja online, dan pelajar yang balik tengah hari dari sekolah?

Untuk tidak menghabiskan waktu dengan hal hal yang tidak penting, kita perlukan jadual agar masa kita lebih tersusun dan tidak mudah terlari dari haluan matlamat. Dengan adanya jadual aktiviti dari Isnin hingga hujung minggu, kita akan fokus dan konsentrasi.

Tidak kira apapun aktiviti yang kita lakukan, susun dan kendalikan masa kita dengan baik. Catat apa sahaja aktiviti yang dirancang seperti bersiar siar dengan keluarga/suami/isteri/anak anak dihujung minggu untuk memastikan kita tidak terlupa atau terganggu dengan hal yang kurang penting. Mengeratkan dan meluangkan masa dengan keluarga juga adalah salah satu matlamat hidup dalam rumah tangga!

Itulah antara tips terbaik untuk fokus dan konsentrasi untuk mencapai matlamat ketika mengerjakannya. Tips ini boleh dikaitan dengan apa sahaja jenis pekerjaan yang sedang dilakukan. Harap membantu dan memberi manfaat kepada pembaca. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

4 Kata-kata Dari Teman: