Rabu, 31 Januari 2018

Kerana Hatiku Yang Tenggelam


Jika bukan kerana kau..
Aku mungkin sudah pergi berlalu..
Pergi kerana aku tahu..
Semua itu hanya sia sia untukku..

Tapi, kau kata padaku,
Siapa tahu ada harapan bagiku..
Jadi,kuanggap ia satu pujukan dan harapan..
atau mungkinkah ia ada tujuan?

Ah! Aku terlalu banyak berfikir!
Negatif dan buruk sangka kerana situasi itu sukar!
Kau mungkin hanya mahu membantu..
Sememangnya itulah tanggungjawabmu..

Disaat aku membuang pandangan..
Ke luar tingkap sebelah tempat ku duduk,
Jauh kucuba lontarkan fikiran yang penuh dengan keresahan..
Tiba tiba kau sebut namaku dengan alunan suara yang begitu baik..
Hatiku tersenyum walaupun wajahku sebuah kejutan reka-rekaan.

Detik itu aku mulai sedar..
Bahawa kau memerhati tindak tandukku..
Apa sebenarnya tentang aku yang kau sedang fikir?
Mungkin kau berasa kasihan dengan keadaanku?

Adakah aku kelihatan kemurungan?
Adakah aku kelihatan kesedihan?
Adakah aku kelihatan seperti mereka yang punya potensi,
Adakah itu yang menarik perhatianmu terhadap diri ini?

Apakah sebenarnya yang ada dihatimu?
Tentang aku?

Jenis pelajar apakah aku?
Aku ingin tahu, beritahulah aku!

Seketika aku sempat putus asa..
Keliru yang begitu memeritkan..
Aku mula memasang niat untuk pergi..
Kerana aku tidak mahu lagi..
Berjuang untuk sesuatu yang tidak pasti.

Belum sempatku angkat kaki,
Kau peka dan memanggil namaku lagi.
Kau bawa aku untuk berbicara hati ke hati.
Ya! Aku akui..kau memang seorang wanita berhati murni!
Aku tertanya tanya, bagaimanakah kau begitu tahu kisahku ini.
Hanya beberapa hari sahaja kau sudah tahu sampai ke isi.

Saat itulah, semangatku kembali.
Air mata yang gugur melembutkan hati yang keras kembali.
Hebat sungguh perkataanmu mencairkan hati.
Hati yang tenggelam pun mampu timbul kembali.

Sejak itu, aku mulakan lembaran baru yang berkilau,
Dengan penuh harapan yang bersinar sinar.
Aku berimpian, usahaku akan bakal membawa kehidupan baru.
Tetapi harapan hanya lah harapan. Ia tetap bukan yang benar!

Setelah disaat penentuan..
Keputusanku sangat mengecewakan..
Aku mula mengiyakan..
Semua itu hanya sia sia dari permulaan..

Kau tidak tahu betapa peritnya hatiku..
Disaat akhir kita bakal berpisah..
Kau hanya diam denganku tetapi bergembira dengan rakanku..
Kerana..saat itu aku bukan penyelesai masalah..
Masalah sekolah yang perlukan pelajar terunggul ketika itu..

Dari jauh aku memerhati kau..
Dengan wajahku yang sugul dan muram..
Kau begitu gembira dengan mereka..
Sedang aku tidak mampu lagi untuk berbicara denganmu..
Kerana hatiku sudah tenggelam..
Tenggelam tidak bernafas dan hanya menerima..
Biarlah..tiada gunanya aku cemburu..
Ia tidak akan mengubah masa depan dan masa silam..

Sempat terbayang yang berada disebelahmu itu adalah aku..
Yang kau kata tahniah itu adalah untukku..
Dan yang kau banggakan itu adalah aku..
Semua cadangan masa depan itu adalah untukku..

Aku tertunduk bila mengenang..
Sambil menikmati hati yang tenggelam..
Meratapi kegembiraan yang hilang..
Memaksa bibir mengukir senyuman disebalik muram..
Tetapi, setiap hari kau ku kenang..
Kau tetap dalam hatiku yang paling dalam..

Terima kasih, cikgu.

With Love,
#Sofinah696 ๐Ÿ’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.