SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 22 Januari 2018

Menjawab Semua Soalan Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 6)

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Menjawab semua soalan personaliti metafizik tarikh lahir untuk part ke 6. Jangan lupa baca entri mengenai langkah demi langkah mengira metafizik tarikh lahir di entri bertajuk "Menjawab semua soalan personaliti tarikh lahir (Part 1)". Dalam entri tersebut, In Shaa Allah korang akan lebih faham cara mengira sebab saya dah jelaskan satu demi satu dengan ringkas dan mudah difahami. Kali ni nak menjawab soalan ke 7 dan ke 8 dari pembaca blog saya terutamanya dalam kategori metafizik.

Soalan [7]
"Betul ke saya punya punya kod 7? Admin please...02.10.1993.."

Jawapannya betul. Memang 02.10.1993 adalah kod asas 7. Ramai yang kira dah betul tapi kurang yakin bila lepas dah kira atas satu sahaja sebab.


Sebabnya, mereka keliru apabila menemui kiraan digit tarikh lahir yang jawapannya adalah belasan atau puluh. Contohnya, tahun 1993. 1 + 9 = 10. 9 + 3 = 12. Tehehehe... Hhaaah! Dalam pengiraan metafizik tarikh lahir, nombor hanya wujud dari 1 hingga 9 sahaja. Sebab itulah, apabila kita mengira, dan menemui jawapan double, kita kena kecilkan digit tersebut hinggalah hanya tinggal 1 digit sahaja.

Berdasarkan penjelasan saya tadi, 1 + 9 = 10, dikecilkan lagi kepada 1 + 0 = 1. Manakala, 9 + 3 = 12, dikecilkan lagi kepada 1 + 2 = 3. Sila rujuk gambar di bawah.

Menjawab Semua Soalan Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 6) - Sofinah Lamudin

Penjelasan untuk kiraan tarikh lahir di dalam gambar di atas :
Hari : 0 + 2 = 2
Bulan : 1 + 0 = 1
Tahun : 1 + 9 = 10 = 1 + 0 = 1, 9 + 3 = 12 = 1 + 2 = 3

Hasil kiraan hari, bulan dan tahun tadi, ditambahkan lagi dengan susunan dalam kotak berwarna biru seperti di dalam gambar di atas.

2 + 1 = 3 , 1 + 3 = 4
3 + 4 = 7


Soalan [8]
"Adakah 14.05.1995 dapat angka 7?.."

Jawapannya adalah ya. 14.05.1995 adalah kod asas 7. Rujuk gambar di bawah:

Menjawab Semua Soalan Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 6) - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK TUMBESARAN


Kod asas 7 merupakan elemen air. Maksud individu disebalik nombor 7 ini adalah:

Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.


Huraian kod asas 7 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah ”Pencari” . Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.
Ada kekuatan “6th Sense”. Sukakan “originality”. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.
Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang “sensitif”, “berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.

. . . . .
. . . . .

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: