SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 3 Januari 2018

Saya Lakukan Tips ini Untuk Mencapai Impian 2018 - Part 1

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Seperti yang saya janjikan di entri sebelum ini yang bertajuk "Cara Saya Menulis Impian 2018", bahawa saya akan berkongsi dengan korang berkenaan "Tips mencapai impian 2018". Saya salah seorang yang mengamalkan tips tips tersebut. Saya lakukan tips ini untuk mencapai impian 2018 selepas mengamalkannya juga sebelum ini di tahun yang lepas lepas..tips mencapai impian ini mungkin selalu juga korang dengar atau terbaca dari buku buku motivasi. Walau pun begitu, teruskan membaca untuk memotivasikan kembali semangat korang.

Tips Mencapai Impian 2018 - Part 1 - Sofinah Lamudin


Tips Mencapai Impian 2018

Di bawah merupakan 10 tips mencapai impian 2018 yang saya boleh kongsikan di dalam entri ini.

Berlagaklah
Berlagaklah seperti kita sudah memiliki perkara atau sesuatu yang kita mahukan. Berlagak dengan diri sendiri bahawa kita sudah memiliki apa yang kita dambakan. Sebagai contohnya, kita berimpian mempunyai kewangan yang banyak atau bahasa yang sering kita dengar adalah menjadi kaya, maka berlagaklah seperti kita sudah kaya. Tetapi, jangan salah faham mengenainya hingga kita tersalah langkah pula. Wehehe.. Berlagak yang saya maksudkan bukanlah dengan membeli belah sesuka hati lantaran ingin berlagak kaya. Bukan juga berlagak kaya hingga berhutang sana sini kerana nak menunjuk kaya. Berlagak dan menunjuk adalah dua perkataan yang berbeza maksudnya.

Berlagak yang saya maksudkan adalah contohi apa yang orang kaya lakukan jika ingin menjadi orang kaya. Orang kaya yang sebenar tidak suka membazir dan membuang duit tanpa sebab tetapi, orang kaya membeli aset bukan liabiliti. Orang kaya bertambah kaya kerana mereka tetap berusaha membuat duit walaupun sudah kaya. Jadi, berlagaklah seperti orang kaya dengan membuat apa yang orang kaya lakukan. Contohnya, DSV tetap meneruskan perniagaannya walaupun sudah jelas dia seorang yang kaya dan banyak harta. DSV juga tetap membuat marketing walaupun produknya sudah dikenali ramai. DAN... DSV tidak berbelanja sesuka hatinya jika dalam bank akaunnya masih boleh dikira. Wahahaha.. Beliau membeli barang mewah yang kita lihat pada hari ini selepas 16 tahun berniaga bukan selepas 6 minggu berniaga.

Percaya
Percaya apa pun yang korang impikan akan tercapai. Tanpa kepercayaan, terutamanya percaya kepada diri sendiri, korang tidak akan mampu membuktikan kepada sesiapa yang korang boleh meraih kejayaan kerana kepada diri sendiri pun korang tak percaya. Tehee. Kita mesti percaya kita akan dapat apa yang kita mahukan pada tahun 2018 ini tidak kiralah pada bulan berapa. Ia pasti akan tercapai. Korang takkan tahu sejauh mana kemampuan korang dalam mengejar impian selagi korang tidak percaya pada diri sendiri.

Ulang Kaji Impian
Setiap minggu, terutamanya dihujung minggu, kita mesti mengulangkaji impian kita. Hal ini penting kerana ia akan sentiasa membantu kita terus berusaha. Sebab itulah penting untuk kita menulis setiap impian tahunan kita. Ia lebih jelas berbanding kita hanya menyimpannya dalam kepala. Tanpa menulisnya, kita akan mudah lupa dan mudah terlari dari laluan yang sepatutnya kita fokus. Oleh hal inilah impian yang kita dambakan selalunya bertukar jadi lain. Contoh, berimpian nak dapat ayam turki, tiba tiba dapat itik pula. Sebab tak fokus! terlupa.

Ulang kaji impian juga bukan lah bermaksud dengan membaca apa yang kita tulis pada awal tahun (senarai impian 2018) tetapi, ia lebih kepada membuat spotcheck. Contohnya, impian korang nak menabung pada tahun 2018. Setiap minggu mesti buat spotcheck adakah korang ada menabung pada minggu tersebut? Korang mestilah pastikan misi menabung berjaya.

Selain tu, ulang kaji impian juga adalah untuk mengubah suai perancangan mengikut situasi dan keadaan. Sebagai contoh, korang nak beli sofa baru untuk rumah korang pada bulan sekian sekian, tapi kebetulan pula mak atau ayah korang perlukan duit untuk rawatan atau untuk perkara lain, tolak tepi dulu sofa. Bantu mak ayah dulu. Jadi, impian berkenaan sofa tadi, perlulah dituliskan semula untuk target di bulan yang lain.

Cara saya, saya menyediakan buku catatan untuk memantau semua yang berlaku dengan penabungan saya setiap kali ada kemasukan, kemana perginya duit tersebut dan sebagainya. Terpulang kepada korang nak buat macam mana tapi ulang kaji impian adalah penting. Sediakan masa khas untuk ulang kaji impian korang. Tak lama... ambil masa 20 hingga 40 minit pun dah cukup. Kalau saya, 1 jam.. kadang lebih sebab saya sambil melukis. Wahahaha.

Utamakan yang utama
Dalam mencapai impian 2018, perlu buat perancangan yang teliti juga. Perlulah mengikut urutan pentingnya sesuatu impian tersebut. Contohnya, impian saya yang pertama adalah making/saving money. Hal ini adalah yang paling utama. Kerana ia melibatkan tanggungjawab terhadap keluarga dan masa depan. Walau bagaimana pun terselit juga untuk hobi dan hal hal kesihatan. Hal ini kerana tanpa duit saya tak boleh nak teruskan hobi melukis saya sebab melukis perlukan alat dan bahan melukis. Tak banyak duit, tak boleh laa beli. Wehehe. Kesihatan? Sebab nak beli suplement diri sendiri dan belanja mommy ayah. Betul tak?

So, dalam mencapai impian, lakukan yang penting dulu. Sebab apabila kita utamakan yang utama, dalam masa yang sama akan membantu ke arah yang kedua dan yang seterusnya. Jangan utamakan hobi kecuali hobi korang memberi pendapatan.

Fokus
Dalam usaha mencapai impian, fokus adalah sangat penting. Tanpa fokus kita akan sukar untuk mencapai apa yang sepatutnya tercapai. Dalam topik fokus ni, memang agak sukar untuk kita dalami sebab kadang kadang ada sesetengah perkara kita akan keliru, antara nak teruskan bekerja atau nak layan telefon berdering? Wahaha. YyeahH! Dalam nak fokus memang banyak perkara dan skill kita perlu kuasai.Untuk membaca berkenaan fokus, sila baca entri bertajuk "Tips terbaik untuk fokus dan konsentrasi" dan "Jenis jenis gangguan fokus". Tapi, fokus adalah sangat penting sebab tanpa fokus, nak konsisten pun payah. Kita ulangkaji berapa banyak kali sekalipun tulisan impian kita, kalau tak ada fokus, terus terang tak akan ke mana. Uhrmm..

Sila ke "Saya Lakukan Tips ini Untuk Mencapai Impian 2018 - Part 2" untuk membaca 5 lagi tips berikutnya. VvaawaahhHHHH!

Semoga entri ini memberi manfaat dan berguna untuk kita semua.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Mrs Pip berkata...

kak pip doakan sofie berjaya capai azam 2018 ....
kak pip tahun ni tak ada azam besar mana pun, cuma harap boleh capai target yang tak tercapai tahun lepas ... n thanks share tips berguna ni ... ia memberi semangat utk kak pip berusaha capai target kak pip ...

Sofinah Lamudin berkata...

Tak kira la azam baru atau sambung azam tahun lepas kak pip. Hehehe.. Semoga azam kak pip tercapai. Kadang2 kalau azam tak banyak, ia lebih mudah untuk tercapai sebab tak banyak sangat nak komit. Dan kita fokus kepada itu sahaja.