SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 19 Januari 2018

Menjawab Semua Soalan Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 4)

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Menjawab soalan berkenaan pengiraan personaliti metafizik berdasarkan tarikh lahir untuk part 4. Seperti biasa, saya ingin korang memahami dengan betul cara pengiraan tarikh lahir menggunakan format kotak segitiga terbalik di entri bertajuk "Menjawab Semua Soalan Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 1)". Hal ini kerana, kalau pandai kira sendiri lagi seronok dan boleh membantu orang lain di sebelah sebelah kita pula. Mesti korang akan bagitahu kat dia, tentang keputusan tarikh lahir korang lepas korang kira. Kann? Jadi, mesti dia pun nak. Kalau korang tahu kira sendiri, jadi.. tak perlu laa tunggu saya kirakan. Saya ni, kalau kirakan tarikh lahir korang, mungkin esok lusa baru reply whatsapp korang. Hhuhuhu..


Soalan [4]
"Kalau tahun 2001? nak kira macam mana ehh?"

Baca semua soalan dan jawapan metafizik di sini

2001? Jawpannya 3. Tehee... Tanpa hari dan bulan, tak boleh nak kira kod asas. Tapi pengiraan tahun 2001 adalah 2 + 0 + 0 + 1 = 3.

Tahun lahir merupakan penentuan tempoh laluan hidup kita untuk fasa ketiga. Nak baca berkenaan tempoh laluan hidup, boleh ke entri "Laluan Hidup Berdasarkan Pengiraan Metafizik Sains Pernomboran (Numberologi)".

Disebabkan soalan ke 4 tu jawapannya pendek, saya nak menjawab soalan nombor 5 juga kat dalam entri kali ni.

Soalan [5]
"Kalau 19.03.2011? Saya tak faham.."

Macam biasa, buat kotak piramid terbalik, tuliskan tarikh lahir korang ni kat ruang yang sudah diberikan contoh seperti di dalam gambar di bawah.

Menjawab Semua Soalan Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 4) - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

Penjelasan untuk kiraan tarikh lahir di dalam gambar di atas :
Hari : 1 + 9 = 10, kecilkan menjadi satu digit sahaja. Jadi, 1 + 0 = 1.
Bulan : 0 + 3 = 3
Tahun : 2 + 0 = 2, 1 + 1 = 2

Hasil kiraan hari, bulan dan tahun tadi, ditambahkan lagi dengan susunan dalam kotak berwarna biru seperti di dalam gambar di atas.

1 + 3 = 4 , 2 + 2 = 4
4 + 4 = 8

Kod Asasnya adalah 8.

Kod Asas 8 merupakan elemen api. Sikap individu nombor 8 adalah seperti berikut :

Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).


Huraian kod nombor 8 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.
Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.
Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik.
Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.

Jika korang bukan nombor 8, selepas mengira tarikh lahir korang, bolehlaa merujuk maksudnya di artikel "Personaliti berdasarkan pengiraan metafizik tarikh lahir".

. . . . .

. . . . .

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: