Ahad, 24 Disember 2017

1 Foto 1 Cerita : Dari Shah Alam Sekyen 7 Hingga Berjumpa dengan Hantu Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Maaf! Cerita ni bukanlah cerita trip pelancongan. Bukan juga cerita berkenaan paranormal apatah lagi cerita hal hal ghaib dan sakti yang melibatkan hantu. Ni cuma cerita throwback. Kisah 6 tahun lalu yang diimbas kembali. Biasanya, kronologi imbas kembali ni ada lagi imbas kembali disebalik imbas kembali. Maksudnya, dalam imbas kembali ada imbas kembali. ToEeng!

1 Foto 1 Cerita : Dari Shah Alam Sekyen 7 Hingga Berjumpa dengan Hantu Berjaya Times Square, Kuala Lumpur - Sofinah Lamudin


Labuan to Kuala Lumpur

Pada tahun 2011, pernah satu kali tu saya ke Kuala Lumpur sendirian dari Wilayah Persekutuan Labuan. Waktu tu, terbang guna Air Asia sebab Air Asia je yang kata "Everyone Can Fly!"..yang lain tak pernah cakap. Wahaha.. Sampai LCCT lepas tu direct ke KL Sentral naik Air Bus. Sebenarnya bukanlaa sendirian sangat pun. Kat KL Sentral tu saya ada appointment dengan seorang junior lelaki yang pernah rapat. Kitorang dulu satu sekolah dan dia sambung belajar kat Kuala Lumpur.. Minta dia temankan saya sekejap sepanjang perjalanan ke KTM Shah Alam. Lepas sampai KTM Shah Alam, dia balik semula ke Kuala Lumpur. Acah acah berani je tuu kata sendirian. Sebab merajuk kat member kat Labuan sebab pernah mungkir janji dia semasa berada di Kuala Lumpur beberapa bulan sebelum trip yang saya cerita ni, Saya cakap kat dia, "Ye saya sorang je...", Huh! Penipu laa saya ni. Tapi... saya kan sedang merajuk. Dia dah mungkir janji! Jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya...Wahahaha! Sampai ke KTM Shah Alam, saya ada appointment pula dengan seorang kakak.

Shah Alam, Sekyen 7

Kakak ni saya anggap macam kakak saya. Dia baik orangnya. Tapi tak pernah bagitahu pun saya anggap dia macam kakak saya malah saya sayang dia. Tehee. Tapi pengalaman zaman sekolah buat saya takut nak tunjuk tanggapan jenis macam ni. Saya pernah ada beberapa orang kakak angkat masa zaman sekolah tapi ending tak cantik sangat. Kakak angkat saya ni bukan budak sekolah tau..YyeahhH! Bukan merangkap senior saya tapi mereka ni cikgu saya! Sebab tu laa sakit tuh di sini bak kata Cita Citaa. Wahahaha... Almaklumlaa budak sekolah la katakan... Fragile heart kata Oh My English! benda kecil macam besar. Tanggapan sebagai kakak kat kakak Shah Alam ni, saya simpan dalam hati sampai hari ni. Malah, semasa menulis cerita ni sekarang pun saya tak berani nak letak nama dia. Tehee..Sekarang kami dah tak rapat. Kalau saya cuba hubungi dia tanya khabar, dia reply tapi tak mesra. Dia jawab Alhamdulillah. Tapi dia tak tanya saya pun..Uhrmm..Sebab saya pernah buat salah kat kakak ni dan saya tahu ada sesuatu yang dia tak OK/selesa/etc dengan saya tentang sesuatu. Mungkin tersinggung atau terkecil hati atau...etc. I actually do not know the specific word to describe this. Meh~

Setelah sampai ke Station KTM Shah Alam, saya pun jumpa kakak tu. Naik kereta dia untuk ke rumah dia di Sekyen 7. Nama perumahan, dah tak ingat. Kemudian, saya sambut Hari Raya Aidiladha kat Shah Alam. Sambut Hari Raya Aidiladha buat pertama kali. So, this is meaningful moment to me. Kat WP.Labuan, Aidiladha tak sama macam Aidilfitri. Minoriti sahaja yang sambut. Jadi, ada sedikit kebingungan kat kepala serta keterharuan dalam hati ketika ni. Tapi sekarang ni, ada peningkatan juga warga Labuan dengan Aidiladha.

Beberapa hari kat Shah Alam, saya pun pergi ke Kuala Lumpur semula. Naik bas dari Klang Parade Mall ke Klang Lama dengan seorang kenalan Facebook, Ini pertama kali kami jumpa. Semacam blind date laa juga...tapi kami kawan je OK.. Saril namanya.. Bekerja di area Klang.. Dari Klang Lama naik bas lagi ke Pasar Seni. Dari Pasar Seni naik LRT ke KL Sentral.

Saya ada appointment dengan member kat KL Sentral tu. Eyqa namanya. Waktu ni, dia masih blogging lagi. Sekarang dah berhenti blogging. Sejak bila berhenti, saya pun tak tahu. Tehee. Tapi, dia bukan laa kenalan saya dalam dunia blogging. Dia kenalan saya semasa bersekolah di SMK Mutiara, WP.Labuan. Masa zaman sekolah, memang semua schoolmate dan guru yang blogging, saya follow. Memang lawak juga laa.. bayang kan laa apa kitorang tulis dalam blog tu? Hal hal sekolah je banyak. Wahaha.. Eyqa ni muda dari saya. So, junior laa kiranya. Eyqa ada bawa kakak dan adik dia juga semasa di KL Sentral tu. Waktu tu, adik dia ada bawa GF dia sekali (Sekarang dah bukan GF dia laa, waktu tu je..cerita lama).

Berjaya Time Square, Kuala Lumpur

Selepas simpan luggage kat tempat simpan barang kat KL Sentral, kami terus jalan jalan. Kami ke Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Kat situ, saya masih ingat lagi kitorang layan movie Toyol. Masa ni saya masih jakun. Saya tak pernah masuk pawagam. Sepanjang Wilayah Persekutuan Labuan ada mini Pawagam,saya tak pernah layan movie kat situ. Saya masih berpegang dengan prinsip klasik, tengok hanya menggunakan VCD je..konon lebih berbaloi sebab boleh tengok berkali kali dan bila bila masa sahaja..Ada betulnya juga statement ni tapi statement yang tak boleh blaahh ni, VCD kena original. Tak nak laa yang bukan Original. Gara gara prinsip macam ni la saya selalu tertinggal movie baru. Sanggup tunggu VCD keluar baru tengok. Sekarang, tak payah laa VCD atau DVD tu semua. Tengok online pun boleh berkali kali. Malah tak mampu pun puasa dari tak masuk pawagam. Kalau bukan sebab mesti kontrol pengeluaran duit dari poket,confirm sure masuk pawagam je kerja tak kira movie apa pun. Kalau saya beli pun VCD atau Blue Ray tu sebab minat dengan movie tu je. Contohnya, Harry Potter. Hhaaah! Tak habis habis dengan Harry Potter.

Selepas menonton movie, kakak, adik dan GF adik eyqa pun balik. Tinggal laa kami bertiga. Mula mula jalan jalan je kat dalam Berjaya Time Square tu, tiba tiba Saril kata jom pergi theme park. Saya tak ingat apa nama theme park Berjaya Times Square ni. Ke memang nama dia "Berjaya Times Square Theme Park" ? Wahaha. 6 tahun dah berlalu. Hari ni tiba tiba nak buka semula story ni.

Masuk ke dalam theme park, Eyqa tak nak join. Dia nak tunggu kat luar je. Dia kata nak jalan jalan. Jadi, saya dan Saril je laa yang masuk. Masa masuk kat dalam ni bayar. Tapi saya dah tak ingat berapa kena bayar. Yang saya ingat, Saril belanja. Tehee! Terima kasih ye. Lepas bayar, kat tangan akan diberikan satu tag tanda kita dah bayar. Bukan masuk secara tak sah.

Nak dijadikan cerita, saya pun tak pasti laa apa kitorang buat ni, kitorang tak perasan pun kitorang dah terkeluar dari kawasan theme park.Sesat pula.. Bila nak masuk balik tak boleh. Wahahaha! Apa punya kebingungan semua ni. Belum sempat pun sentuh apa apa permainan dalam tu. Terpaksa ke kaunter semula untuk reset tag. Meh~

Rumah Hantu

Lepas layan permainan itu dan ini, ternampak satu rumah hantu. Mula mula saya tak nak masuk. Sebab takut.. Tapi, bila fikirkan semula, rugi tak masuk sebab bukan selalu datang Kuala Lumpur ni. Jadi, cuba beranikan diri. Masa depan pintu pagar rumah hantu tu, saya pandang je pagar tu. Haish.. patut ke tak masuk ni. Nanti terkencing buat malu pulaa. Kemudian, tak semana mana pagar tu berbuka sendiri. Dengan bunyi pagar yang mengeriut tu, saya hampir nak cancel tapi Saril dah masuk. Jadi, saya tak boleh patah balik.

Bila masuk kat dalam, pertama kali muka saya terkena asap. Asap apa tak tahu laa.. Yang pastinya, dulu belum ada lagi asap yang dipanggil asap Vape. Tehee. Kemudian, lampu dalam rumah tu samar samar malah kelip kelip. Kejap terang, kejap malap. Nak nangis rasanya.. Langkah demi langkah yang tertib, saya dongak ke atas, ada sarang labah labah. Mampus laa macam ni. Saya fobia dengan Spider ni. Tiba tiba, labah labah besar terjatuh dari atas. Tak boleh nak kontrol dah... saya menjerit sekuat kuat hati. Dalam hati, habis spider dan rumah hantu tu saya sumpah seranah. Tu baru kat depan. Belum sampai hujung pun.

Selepas kejadian labah labah tu, di depan saya nampak satu pintu. Di sebalik pintu tu saya tak nampak apa apa. Gelap. Tapi, tak kan la nak terpajak menunggu je kat situ kan... saya beranikan je diri berjalan ke pintu tu. Sebab, dalam fikiran ni nak cepat habiskan sesi rumah hantu tak guna ni. Menyesal pula masuk. Wahahaha.

Bila dah melepasi pintu tu, Alhamdulillah tak ada apa apa yang membuat kita terperanjat tapi kat sebelah kiri, ada jenglot dalam kaca. Dalam hati, "Ni jenglot real ke buat buat ni?" Tak berani nak pandang lama lama jenglot tu. Creepy. Sebelah jenglot pula ada semacam bekas atau kotak atau keranda... tak nampak jelas sangat sebab lampu berkelip kelip. Dalam ada...errr....mayat berbalut putih. Huwarggghhhh... dan berdarah darah. Serius laa... bodoh betul semua ni. Terbayang benda tu bangun tiba tiba. Bila terbayang benda bukan bukan ni, saya makin laju berjalan. Semakin lama semakin laju. Lama lama berlari anak. Wahahaha. Tiba tiba ada lagi pintu. Arrggghhh... menjerit dalam hati. Kalau patah balik, ada jenglot. Kalau ke depan?... Uhrmm...telan air liur dulu sebab pintu kali ni tak macam pintu tadi. Pintu kali ni ada makhluk kat sebelah pintu. Oh terlupa nak cerita... selain dari effect lampu yang seram siot, ada juga effect bunyi. Tu yang rasa betul betul seram. SERAAAAMM!

Kalau korang menghadapi pintu yang korang MESTI lalu tapi ada makhluk menakutkan kat sebelah pintu, korang buat apa?

Saya tak ada pilihan, saya terpaksa lalu..saya berlari meluru ke pintu tu sambil tutup mata. Wahahaha.... nasib saya baik sebab tak langgar dinding dan.. makhluk tu tak bergerak pun. Saspen je. Tapi... lepas dua tiga langkah ke depan ada pula makhluk lain buat kejutan. Lalu depan saya warna putih. Saya apa lagi, jerit la.. tak ada apa yang boleh dilakukan selain menjerit. Jatung berdegup kencang gila dah. Berdegup kencang tapi bukan sebab jatuh cinta kat hantu hantu ni semua. Rasa nak pengsan ada laa.

Di Kejar hantu

Selepas makhluk tadi tu buat kejutan, sambil mengilai ngilai, kat depan ada lagi pintu. Entah berapa banyak pintu la nak kena lalu ni bisik saya dalam hati. Kali ni ada lagi makhluk sebelah pintu. Kan pintu tadi ada makhluk tapi tak bergerak kan? Jadi, saya slumber je laa lalu.Tapi...Air yang tenang jangan sangka tiada buaya, Bila lalu.. tiba tiba ada bunyi seram kat belakang.. Bunyi ketawa macam.. ketawa macam mana ye? Ketawa yang HEHEHEHEHEHE tu.. so saya toleh belakang...

Tak tahu laa nak cakap apa lagi, jangan kan saya, Saril pun lari. Saya lari sambil toleh belakang sekali sekala.. Makin lari, makin laju makhluk tu kejar... malah sound effect dia pula makin kuat. Saya lari sekuat hati tak fikir apa dah. Nampak je pintu bertutup kat depan, saya buka, saya keluar. Terang benderang akhirnyaaa! Percaya ke tak? Mata saya berair, jantung berdegup macam buat larian pecut 100 meter, dan berpeluh gila padahal dalam aircond. Patutnya sejuk gila tapi dah jadi panas berasap macam makan sambal Talang Kak Min pula..Diorang kata boleh tahan pedas tapi sedap! Eehh?! Tehee. ter-spontan promo Sambal Talang Kak Min pula.

Sambung cerita..kat depan ada laa dua tiga orang pekerja yang jaga rumah hantu ni berpakaian ala ala holloween. Diorang ni spoting. Sempat juga laa ambil gambar kenangan dengan diorang. Tehee...

Fuh! Hebat juga rumah hantu diorang ni. Terbakar lemak dibuatnya. Tertanya tanya laa juga.. sekarang ada lagi tak rumah hantu kat situ? Kalau ada, boleh laa cuba masuk lagi lain kali! VvaawaahhHHHH!


Terima kasih baca entri ni. Nanti sambung lagi 1 Foto 1 Cerita.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

14 ulasan:

  1. tak pernah masuk rumah hantu, sebab tak suke terkejut, penat menjerit jer nanti.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah kak Huda.. banyak terkejut... menjerit jerit. hahaha.

      Padam
  2. bestnya.. ina tak pernah travel keseorangan cemni..sebab ina ni sejenis spenakut orangnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana ada sorang Ina.. hehehe.. ngan kawan.. masa dalam kapal terbang ngan bas je sorang.

      Padam
  3. Akak pun tak suka masuk rumah hantu. Asyik terkejut je.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha... ye... nak nangis asyik dikejutkan.

      Padam
  4. Mau pengsan kalau kena kejar dengan hantu ni hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa yang last2 tu la.. giloss sikit. ada plak dikejarnya. Ingatkan patung.

      Padam
  5. Mama kecit perut mmg tibatime dah xmo masuk rumah hantu lepas masuk rumah hantu kt sunway dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti seraaammm kan kat situ tu. Tahun 2012 last juga saya masuk rumah hantu. tatuuttt...takmo terkejut.

      Padam
  6. tu dia jalan-jalan..tak berani masuk rumah hantu oii

    BalasPadam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.con tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.