Tahun 2018 dah semakin hampir. Saya nak ambil kesempatan menulis berkenaan Kelab Blogger Ben Ashaari yang saya sertai pada September 2017 yang lalu. YyeahhH! Baru lagi. Baru 3 bulan. Kelab Blogger Ben Ashaari ni ditubuhkan sejak tahun 2009. Di mana saya tak sedar pun lagi akan kewujudannya pada tahun tersebut walaupun dah mencuba bidang blogging di sejak tahun 2006. Apa taknya.. on off on off blogging tu. Tehee. Blog pun tak ingat dah berapa banyak. Buka baru, padam, buka baru padam. Wahahaha!
Bagaimana saya kenal Ben Ashaari?
Pada tahun saya aktif blogging, kira kira tahun 2007 hingga 2008 tu, saya blogging memang klasik style je. Follow blog blogger dari Wilayah Persekutuan Labuan je. Kalau ada pun yang luar Labuan, Yuyu Zulaikha. Ada juga Cik Epal. Time tu susah nak jumpa blog orang lain melainkan dari bloglist blog yang kita follow atau melalui komen komen orang. Ben ni saya tak jumpa lagi blog dia. Tak pernah dengar lagi. Tiba tiba, gaduh dengan kakak angkat mood blogging jatuh balik. Apa laa.. gaduh dengan kakak angkat, blog jadi mangsa (Dia marah sebab saya cerita tentang seseorang dalam tu). Ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Tehee.
Pada tahun 2011, saya buka blog baru lagi. Yang lama tu saya tak nak simpan. Entri tak best pun. Entri budak hingusan. Hhaaah! Masa ni la tiba tiba nama BEN ASHAARI ni saya nampak merata rata. Follow blog si fulan bin si fulan, akan nampak la nama BEN. Lalu saya pun buka laa www.benashaari.com. Jadi, saya follow. Lepas tu...baca entri Ben. Baca je.. tak komen sebab segan. Dia ramai follower. Tehee..
Masa ni saya konfius pula. Saya ingat BEN ASHAARI ni chef. Sebab banyak tajuk resepi kat atas blog dia dengan headline "Dapur tanpa sempadan". Wahahaha! Paling teruk, saya ingatkan Mat Gebu tu Ben Ashaari. Tapi keliru tahap kronik juga bila baca entri resepi Mat Gebu sebab..gaya bahasa dan penulisan tak sama. Kat www.benashaari.com, sebut "AKU". Kat Dapur tanpa sempadan sebut "Che Mat". Lama lama malas la fikir. Biar je laa. Wahaha.
Pada tahun 2012, saya dan Mr.Bee berkenalan dan pernah juga bercerita mengenai Ben Ashaari. Mr.Bee pun akui Ben tu Mat Gebu. Wahahaha! Ketara laa tak mengikuti blog Ben Ashaari.
Bagaimana saya tahu tentang Kelab Blogger Ben Ashaari?
Tahun 2013 adalah tahun yang boleh tahan aktif juga saya buka blog dan blogwalking. Tapi lebih kepada personal entri je. Waktu ni laa baru saya perasaan berkenaan KELAB BLOGGER BEN ASHAARI. Setiap kali blogwalking ke blog blogger lain, akan nampak laa perkataan KELAB BLOGGER BEN ASHAARI dengan logo berwarna oren berhuruf B. Sampai dah boleh program otak saya, oren tu KBBA. ToEengg! Nampak oren je means KBBA la tuu. Tehee.
Tertanya tanya juga macam mana nak jadi ahli Kelab Blogger Ben Ashaari ni. Tapi tak pernah pun tanya sesiapa sebab saya rasa saya tak layak. Jauh... sebab saya tengok macam ada komitment kena pergi event atau aktiviti outdoor. So simpan dalam hati je.
Kemudian, pada tahun 2014 bertambah tinggi rasa ingin tahu bila nampak seorang blogger lelaki (asal WP.Labuan, tinggal kat Semenanjung Malaysia) menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari. Malah, dia pergi ke satu penjara (nama tempat tak ingat) siap ada foto dengan Ben Ashaari. Masa ni Ben Ashaari ada post berkenaan banduan.Ben sentuh berkenaan perlu beri peluang kedua atau sisihkan banduan ni..
Bila blogger lelaki tu datang WP.Labuan, saya sempat juga berjumpa dengan dia face to face pada 25 May 2014. Waktu ni, saya lupa tanya berkenaan Kelab Blogger Ben Ashaari sebab banyak bahas pasal MLM pula. Lari topik. Meh~
Tahun 2017, tiba tiba mood blogging datang macam ribut. Start bulan Julai,2017 saya rasa mood blogging jadi lain macam. Punca? sebab July adalah bulan bayar domain www.sofinahlamudin.com. Masa ni laa terdetik sama ada nak teruskan atau tutup blog sekali lagi. Tapi, rasa sayang kat blog membuatkan saya tak jadi tutup. Bak kata orang putih tu, DO WITH PASSION OR NOTHING AT ALL. Wahaha... Jadi, saya pun mencari jalan untuk meningkatkan minat berblogging semula dengan pelbagai cara sehingga suatu hari saya rasa saya perlu berada dalam komuniti blogger untuk mengekalkan momentum blogging.
So, SEPTEMBER 2017. Saya tanya kat ahli KBBA (www.cikza.com), "Macam mana nak join KBBA?". Katanya, PM BEN ASHAARI. Adeyy... tiba tiba neves. Nak berkomunikasi dengan hot blogger secara direct pula. Tapi, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya pun PM Ben juga akhirnya melalui FB.
Jadi, Alhamdulillah... akhirnya Sofinah Lamudin berada dalam Kelab Blogger Ben Ashaari selepas menepati syarat. Terima kasih Aben sebab terima saya menjadi salah seorang keluarga KBBA9 dan terima kasih juga ahli KBBA9 yang sudi berkenalan dan memberi sokongan.
Apa yang terjadi selepas saya masuk Kelab Blogger Ben Ashaari?
Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari ni aktif, peramah dan meriah sangat sangat hingga saya speechless.Ada juga yang kelakar dan sangat ceria orangnya.. Wahahaha... Tak pernah jumpa bersemuka lagi. Tapi saya yakin, kalau jumpa saya terdiam, tersenyum, tergelak dan akan menikmati kemeriahan tersebut. Paling penting, mereka semua positif positif belaka. Malah mereka semua jenis support each other.
Sejak masuk Kelab Blogger Ben Ashaari ni, Alhamdulillah saya semakin rajin menulis dan mencari tahu tentang blog. Momentum blogging tu sentiasa naik. Kalau turun pun, naik balik. Tu laa yang paling penting. PV pun semakin ada peningkatan.
Melalui penulisan penulisan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari di dalam blog mereka, banyak juga informasi baru yang saya perolehi. Sangat membantu dalam mengetahui benda baru.
Antara informasi terkini dan menarik, adalah :
1. Be Fresh Multipurpose Sparay - Organik Dan Tanpa Alkohol
2. Bajet Bulanan Keluarga Tahun 2018, Naik ke Turun?
3. Sampel Percuma : Nestle Cerelac Nutri Puffs
4. 8 Tips Kembara Sihat
5. Permainan Tradisional Kanak kanak Legend
6. Trip Ke Kota Kinabalu - Pasar Filipina, Todak Waterfront & Hard Rock KK (Part 7)
7. Penyanyi Kpop Bunuh Diri - Haram Berkabung
Bila masuk KBBA ni, saya terkejut juga dengan banyak perkara.. salah satunya berkenaan kembara KBBA9 ke luar negara dan dalam negara. Saya tak nak tulis banyak sangat tentang ni, korang terus je ke www.kbba9.com, maka korang akan faham maksud saya. Tehee.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut berkenaan Kelab Blogger Ben Ashaari, boleh layari link di bawah :
Laman web : www.kbba9.com
Instagram : www.instagram.com/kelabbloggerbenashaari
Founder : www.benashaari.com
Keluarga KBBA9 : KLIK SINI.
Kalau ada rezeki, In Shaa Allah bertemu laa dengan diorang semua ni termasuk founder sekali kat event tertentu. Uhrmm..saya tak pasti tapi ada kemungkinan.. VvaawaahhHHHH!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
16 Kata-kata Dari Teman:
All the best Sofie, jgn malas2 berblogging.
Kak pip lama sudah tau kbba ni mmg dorg sgt aktif...
And che mat gebu tu kalau masuk blog dia terliur jak tinguk resepi2 best dia..
Hehe, kak pip blajar buat almond london dr blog che mat tu lah...
Heeee.. Tqq sofie... Moga kbba9 memberi byk pulangan positif pd kita semua.
Hahaha kelakar sofi. Seronok kak azni baca
seronok dapat kenal soffie.. dalam team semua positif orangnya. Itu yang best,bukan sekadar komuniti sahaja tetapi dah macam keluarga besar kan??
Best kan jadi ahli KBBA, kak huda pun baru 4 bulan join, Alhamdulillah dah macam2 event akak join. InshaAllah next year jom join family day KBBA9 pulak sofie. fly ke semenanjung sambil bercuti pun best. hehe
Seronoknya. Bersukur dapat jugak join team KBBA ni, harap dapat tambah banyak ilmu dan pengalaman jugak :)
Asalam tahniah..teruskan usaha..
In Shaa Allah tak malas lagi Kak Pip. Hehe.
OMG! Aben komen.. Thanks Aben drop komen sini. In Shaa Allah pasti dan sentiasa positif Aben.
Hehehehehe... thanks baca kak Azni..
Glad to know u too Ina... Ye.. ibarat family. Cubit peha kanan peha kiri terasa. :)
In Shaa Allah kak Huda... Ada rezeki, kita jumpa.. Hehe.
In Shaa Allah akan dapat banyak lagi ilmu dan pengalaman positif bersama KBBA9 Fatin.
Wassalam... terima kasih ^_^
tahniah sofie..jangan lepaskan peluang ni. Selalu interaksi dengan kitaorg ok..
Ya kak Nadia.. terima kasih.. hehehe..
Catat Ulasan