SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 1 Disember 2017

Pemenang Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Nampaknya berakhirlah sudah segmen suai kenal bloggers seluruh Malaysia dari www.sofinahlamudin.com. pada 01 Disember 2017, tepat pukul 12 pagi. Terima kasih kepada semua peserta yang sudah pun memeriahkan segmen ini dan mengikuti blog seni saya di www.sopheestudio.com.

BERMADAH DULU. SABAR..HAHA!

Tujuan saya membuat segmen ni adalah nak bersilaturrahim dengan blogger-blogger yang masih aktif di luar sana semula memandangkan saya dah lama 'tidur dalam gua'. Blog ni hidup segan, mati pun tak nak. Tak aktif blogging tapi domain tetap saya renew setiap tahun. Sebab? Saya sayang blog ni. wAhaha..kalau cerita hantu, blog ni ibarat diawang-awangan tak diterima bumi (kerut dahi). Kira saya dan blog ni ada...hubungan emosi? ...is that right words to describe? I don't know. Please ignore. Wahaha. But yes..memang ada cerita disebalik blog ni.

Tahun 2017 ni, dalam beberapa bulan yang lalu...saya tiba-tiba WAKE UP! Bangkit bukan sebarang bangkit tapi semangat menjangau langit! Buka blog dan menulis. Malangnya, blog nampak sendu. Jangankan blog yang sendu, tuan empunya blog pun sedih sebab tak ada kawan bloggers disebabkan saya berada di Wilayah Persekutuan Labuan. Tidak mungkin saya akan muncul di every event bloggers di Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia kecuali....miracle happen to me and labuan bloggers yang lain. But, miracle can happen anytime,right? So, ini adalah salah satu usaha saya untuk bersilaturrahim dengan bloggers seluruh Malaysia secara maya tidak kira yang menyertai segmen ini ataupun tidak.

Untuk pengetahuan korang, ni adalah segmen pertama saya.Sebab itulah, mungkin agak kelihatan terlebih excited atau anything tanggapan or so ever. Segmen ini, secara tersiratnya bertemakan "Silaturrahim". Ikhlas itu penting. Hahaha! Pemenang adalah mereka yang ada semangat dan keikhlasan tinggi. Tapi tidak bermakna saya kata yang tidak menyertai adalah tidak ikhlas bersilaturrahim sebab ada juga yang kawan dengan saya walaupun tak sertai segmen. Yang tidak mendapat tempat pertama hingga keenam juga bukan bermakna tak cukup tinggi keikhlasannya. Semua ikhlas..sebab tu semua dapat saguhati walaupun saguhati tak cukup gempak. huhu...hmm..saya rasa macam tu laa... tak gempak mana. Harap korang semua suka sebagai tanda penghargaan atas kepenatan korang menaip 200 patah perkataan di entri suai kenal masing-masing, Wehe!

Kepada yang tiada tempat, jangan kecewa! Sebab saya ada "game" yang bakal korang tersenyum di tahun 2018 nanti! Stay tune.

Pemenang Segmen suai kenal


*Sila scroll ke bawah perlahan-lahan*
Baca Bismillah dulu...


💗Tempat pertama💗





Noor Maizan

Noor Maizan atau Miss Obsesi, atau saya panggil dia "Mai". Mai kerap menghantar komen di beberapa entri saya di blog www.sofinahlamudin.com dan Mai juga rajin komen foto saya di instagram. Tanpa disuruh atau dipaksa. Dan bukan juga sebab saya rajin komen kat instagram dia. Tak. Mai komen sebagai rakan blogger. Dia buat benda sama dengan blogger-blogger lain. Saya kenal Mai baru sahaja beberapa bulan yang lepas. Dan Mai nampaknya dah jatuh cinta dengan my Pet - Si Chokey.Jadi, Mai...anggap kamera tu Chokey yang bagi. Chokey love u too! Ahaks.

Selain tu, Mai adalah orang pertama yang mengungkit budak sekolah dulu-dulu bertukar "Biodata" dan Mai submit entri dia dalam bentuk biodata. Begitulah budak zaman dulu-dulu nak berkawan dan berkenalan. Entri Mai simple tapi kreatif dengan nostagia biodata. Its touch my heart. My friendship dengan kawan-kawan lama dulu pun started dengan biodata.


💗Tempat kedua💗

Mrs.Pip

Kak pip dari Sabahan Blogger. Dia sangat baik orangnya. Kak Pip memang rajin gila tinggalkan jejak dan dia komen hampir semua entri baru saya termasuklah entri Mobile Legends! Hahahaha! I feel so geli hati gila-gila. Sebab tak sangka Kak Pip boleh baca entri bosan dan tak ada kaitan dengan diri dia. I know kalau someone tak main game, baca berkenaan game tentu tak reti dan tak faham pun tapi Kak Pip said, "Enjoy it".

I don't know how she can do that because...hampir semua blog yang saya blogwalking akan ada nama Kak Pip tinggalkan komen. She was amazing, right! Kak Pip, do you have more than 24hours?

Selain tu, entri suai kenal Kak Pip little bit unique sebab ada kisah background family dia dan saya suka entri Kak Pip sebab Kak Pip tidak merunggut dengan life terutamanya part "Saya tidak menyesal meninggalkan dunia pekerjaan..". Sometimes, kita akan jumpa ragam manusia, dia merungut walaupun itu pilihan dia. Dia merungut walaupun pilihan tersebut adalah apa yang dia mahu.


💗Tempat ketiga💗

Najah Mustapa

OK! Najah is a great teenagers.Ehm...masih remaja kan? Haha! Tiba-tiba saya tak sure pula. Sebab Najah nampak seperti seorang yang mempunyai pemikiran matang. Saya kenal Najah dari segmen ini juga. Tak pernah masuk blog dia dan mungkin tak akan masuk kalau Najah tak masuk segmen ni sebab kami tak kenal langsung. Penulisan Najah dalam entri suai kenal boleh tahan panjang. I love it because Najah buat lebih dari 200.

Hasil penulisan Najah juga sangat bagus dan terperinci. Malah tatabahasa pun cantik. Huhu.. Baca entri Najah buat teringat betapa terseksanya jawab exam karangan bahasa Malaysia tingkatan 6 dulu sebab tak ada isi penting cun. Malah, entri Najah little bit sastera. Sikit la. Then, Najah sebut Friendster dan Myspace..wonderfull words. Wahaha.


💗Tempat keempat💗

Fareed Foo

Fareed Foo selalu muncul kat facebook. Bukan kat facebook saya sahaja..malah di facebook orang lain juga dengan spam status orang dengan gaya tersendiri. Nak tahu apa? He has "WOW" syndrome. Wahaha. OK...korang tahu kan kalau nak like status facebook orang di handphone atau komputer, kalau nak cepat, memang akan just click on good sahaja. Emoji thumbs up warna biru tu kan. Then scroll down then klik lagi kat status orang lain. So then, Fareed have a cute habit iaitu click and hold perkataan "Like" kat status orang and then,pilihan emoji akan pop-up then he will choose "WOW" oftenly. Sometimes, I do wondering is he really kagum on my status? Hahaha. Kadang-kadang dia "WOW" kat status tentang Chokey dan Ontot je pun. Kelakar la Fareed. Emoji tu dah jadi trademark kat Fareed.

Selain tu, entri suai kenal Fareed ada bunga-bunga sastera juga. Siap ada ayat kiasan dan maksud tersirat sebelum dia memulakan sesi suai kenal.


💗Tempat kelima💗


Razanah Anis

Razanah Anis baru sahaja join segmen ni beberapa jam sebelum pukul 12 pagi, 01 Disember 2017. Last minit gitu. Hahaha! Jadi, memang fresh..tak kenal sangat. Ni la baru nak berkenalan. Razanah dikenali dengan nickname "Flavnesz". Jujur! Saya tak reti sebut nama ni. Jadi, saya lebih rela pakai "Razanah" je. Wehehe..

Razanah melepaskan emosinya dalam perkataan-perkataan indah menggunakan Bahasa Inggeris di blog utamanya dalam bentuk "Chapters". Bab demi bab. Razanah merupakan satu-satunya blogger berbahasa Inggeris yang menyertai segmen ini. Simple English. Senang faham tapi beautiful. Paling best karya penulisan dia yang berbentuk chapters.


💗Tempat keenam💗


Elih Japahar

Bro Elih Japahar menyertai segmen ni awal pagi 30 November. Hehe. Saya nampak emel dari dia masuk pagi-pagi lagi. Entri bro Elih simple tapi tetap dapat tempat keenam sebab satu perkara, dia blogger lelaki tapi support segmen jenis macam ni. Majoriti pun perempuan. Lelaki spoting je akan sertai this kind of segmen. I guess...


💗Tempat ketujuh💗


Eh! Kenapa ada tempat ketujuh? Ada rezeki lebih, jadi saya tambah 1 lagi.

Pokucu

Pokucu peserta pertama menyertai segmen ni, blogger lelaki yang spoting dan jenis tak kisah sertai segmen jenis ni.





Maaf. Dah tak ada tempat ke lapan. Yang lain-lain, saya berikan saguhati potret kartun sebagai tanda penghargaan kerana sanggup menyertai segmen klasik macam ni. Zaman segmen ni dah berlalu sebenarnya. Korang semua memang spoting!

Pesanan

1. Elih Japahar, Pokucu dan Razanah Anis : Sila hantarkan nombor akaun bank untuk penyerahan hadiah RM10 seorang di whatsapp 0198517652.

2. Noor Maizan, Mrs.Pip, Najah Mustapa dan Fareed Foo : Sila hantarkan alamat surat menyurat untuk penghantaran hadiah di whatsapp 0198517652.

3. Kepada yang belum hantarkan gambar untuk lukisan potret, sila emelkan gambar ke ciksofie90@gmail.com.

4. KEPADA SEMUA PESERTA, SILA HANTARKAN TARIKH LAHIR ANDA DI RUANGAN KOMEN ENTRI INI UNTUK "BIRTHDAY LUCKY DRAW 2018".


Fuhh..  Terima kasih sebab baca entri ni.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

36 Kata-kata Dari Teman:

Ika.S berkata...

Tahniah kepada semua pemenang :D
Tarikh Lahir : 24/5

Flavnesz berkata...

Terkejut kejap bila nampak nama sendiri.. Hee.. Thank you sis Sofie and congrats kepada pemenang yang lain.. 💕

Tarikh Lahir: 21/5

Mia Kassim berkata...

Tahniah kepada semua pemenang ! Sayang pula kmia nda sempat join. Ke bz an melampau 😅

Shikin Razali berkata...

Tahniah pada semua pemenang..

Mrs Pip berkata...

Yeah Sofie.... thanks pilih kak pip sbg salah sorang pemenang ....
Dan hadiah yg Sofie bg tu,mmg idaman kak pip...
Earphone kak pip dah usang so bila dpt headphone,terus senyum gembira kak pip ni ...
And wow , ada lg birthday lucky draw..
Kak pip sporting , jd marilah kita reveal tarikh lahir beramai ramai ...
18.2.1979 .... muehehe...

Ayu Rashid berkata...

Tahniah semua, esp pak ucu... geng blogger pantai timur 😀

länsëiköng berkata...

Congrats .... To all bloggers friends be a winner ......
My birthday : 16th Jan

Ciktie berkata...

Tahniah semua

Shafyqah Azahar berkata...

tahniah pemenang!

tarikh lahir : 23.12 :D

Unknown berkata...

Tahniah kepada semua pemenang. Bestnya dapat hadiah

Farhana Jafri berkata...

wow tahniah kepada semua pemenang :D

Cikla Shahril berkata...

Tahniah kpd semua pemenang...

E'in berkata...

wahhh tahniah kepada semua pemenang!
Tarikh Lahir: 11/9

Unknown berkata...

tahniah kepada semua pemenang yang lain,terima kasih kepada onwer yang menganjurkan segmen tersebut....

Kakak Ibang berkata...

Ya Allah happynyaaa!!! Thank you kak Sofie, semoga terus murah rezeki ya...syggg chokey lebih la mcm ni, haha. Thank you thank you. Tahniah semua pemenang yang lain. Birthday Mai - 25/6/93

Seri wangi berkata...

Tahniah...side ucapkan semua msju Jaya.
Tarikh lahur: 04.11

Najah Mustapa berkata...

Waaaahhh!!! tak sangka betul.

Terima kasih Sofinah sebab anjurkan segmen yang super awesome ni!
Segmen ni secara tak langsung buat saya mengenali para peserta yang lain. hehe :)

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih spoting bagi birth date. hehe!

Sofinah Lamudin berkata...

sama-sama... ^_^

Sofinah Lamudin berkata...

nda apa kmia... next time boleh.. hehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih kak shikin sertai segmen ni. :)

Sofinah Lamudin berkata...

Alhamdulillah... hehe... low of attraction namanya tu kak pip. hehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Hi... thanks singgah sini.

Sofinah Lamudin berkata...

Thanks Lan Sei Kong. "Birthday Lucky Draw 2018" untuk peserta segmen ja. Huhu... sorry ya.

ray berkata...

best gile hadiah dye perghhh. but x smpt pun nak join.

jmput la join n meriahkan segmen GA Ray kt sini jugak plishh

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

ray berkata...

ray follow sini tau #268

Sheila Adziz berkata...

tahniah semua

Najah Mustapa berkata...

Lupa plak. Birthday 24/4/1995

Unknown berkata...

Tahniah kepada pemenang XD .. thanks jugak kak sofie bagi peluang nat join segmen ni ..
dob: 10/10

Sha Mohamed berkata...

Tahniah buat pemenang..
Birthday saya 27.11

Sofinah Lamudin berkata...

Sama-sama pokucu..

Sofinah Lamudin berkata...

Hai... tarikh lahir untuk peserta sahaja.

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih bagi tarikh lahir mai dan doa yang baik2.. semoga mai murah rezeki juga...

Sofinah Lamudin berkata...

In Shaa Allah saya join giveaway Raydah.. terima kasih singgah sini.

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih follow :) saya follow balik.

Sofinah Lamudin berkata...

Sama-sama Nat. hehe.