SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 14 Disember 2017

Dapatkan Buku RARE di Book Cafe

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Kalau sebelum ni, saya cerita mengenai cara mendapatkan Majalah dan Komik berstatus RARE, kali ni saya nak cerita berkenaan cara dapatkan BUKU RARE pula. Pernah tak korang terfikir nak dapatkan satu buku yang korang nak tahu apa yang ditulis oleh penulis dalam buku tu? Korang nak sangat baca buku tu tapi dah tak ada kat pasaran apatah lagi kat kedai-kedai buku berhampiran dengan tempat tinggal korang. Jadi, bila dah situasinya macam tu, bermaksud buku yang korang cari tu adalah buku RARE. RARE ni bahasa inggeriss.. Bahasa Malaysianya, "JARANG-JARANG ADA" atau "BUKAN BIASA-BIASA" atau "TERHAD". Aiseyhmen.. haa... macam tulah kiranya. Kalau nak lebih jelas, boleh buka kamus yang ada dengan korang atau google je apa maksud disebalik RARE tersebut. Bila buku yang kita cari tu susah sangat nak dapat, tu yang dipanggil BUKU RARE. Jadi, macam mana agaknya nak dapatkan buku Rare ni.

Dapatkan Buku RARE di Book Cafe
Maaf.. ni gambar hiasan je sebenarnya.. Tehee...

Pernah dulu, semasa saya di tingkatan 6, saya rapat dengan seorang guru. Hmm.. bukan rapat sangat. Tapi boleh la.. Atau rapat sikit la.. atau..kebetulan rapat la macam tu. Wahaha. Susah pula nak mengaku bila dah umur makin meningkat ni. Actually, guru kegemaran saya. Seorang guru yang mengajar Sastera pada waktu tu. Malah guru yang memberi banyak impak dalaman kepada saya untuk menjadi seorang yang faham mengenai kehidupan yang MAHA INDAH belaka ni.

Saya taknak sebutkan namanya, biar namanya dalam hati saya. Tehee.. Dia pernah berkata, nak sebuah buku tu sangat-sangat. Hikayat Siti Zubaidah. Itulah lebih kurang bunyi tajuknya. Sebuah hikayat mengenai Siti Zubaidah. Saya pernah berjanji, "Saya akan dapatkan untuk Cikgu". Sampai hari ni saya belum bayar janji ni. Huwarghh... Sebab.. bila saya cari buku ni, kat mana-mana kedai buku yang saya mampu jejak kaki, saya tak jumpa!

Kemudian, saya cari pula buku tu secara online. Tetap tak jumpa juga. Sedih juga bila tak jumpa-jumpa. Mengharap akan jumpa suatu hari nanti. Saya agak keliru, buku tu memang bertajuk "Hikayat Siti Zubaidah" atau nama penulis yang bernama "Siti Zubaidah"? Haa... sampai begitu sekali situasi saya ni, guys!

Saya masih mencari sehinggalah saya jumpa sesuatu yang dipanggil "BUKU RARE" diinternet!

Yeaahhh! Ini adalah berita baik sangat-sangat guys! Kalau korang ada situasi macam saya sekarang ni, korang boleh lah melayari laman web ini : bookcafe.com.my untuk mendapatkan buku yang korang sedang cari-cari.

Dapatkan Buku RARE di Book Cafe


Bagi peminat buku lama atau ulat buku tahap extreme, memang mencari buku bagaikan mencari harta karun. Wehehe. Mungkin saya belum tahap extreme. Sebab ada banyak buku yang saya beli tapi belum baca. Hiks *tutup muka sebab malu*.

So, apa yang ada dalam book cafe tersebut? Bunyi macam sebuah cafe pula kan. Minum kopi ala-ala Starbuck sambil baca buku. Ohh nikmatnya! dengan bau aroma kopi lagi.. Adui..Menusuk kalbu sangat. Tapi, bunyinya macam kedai buku juga sebab ada perkataan book. Kemudian apa? kalau masuk kedai buku, hidu bau buku pula. Wahahaha.

Sebenarnya, Book Cafe adalah sebuah kedai buku Online. Boleh beli buku kegemaran korang kat situ secara online. Ada pelbagai kategori yang boleh kita cari dalam Book Cafe. Kategori buku di Book Cafe :

Dapatkan Buku RARE di Book Cafe

Dapatkan Buku RARE di Book Cafe

Dapatkan Buku RARE di Book Cafe

Kalau tak jelas dalam gambar kat atas, klik pada gambar untuk tumbesaran, OK! . Atau layari bookcafe.com.my untuk lihat kategori buku.

Tapi, apa yang saya nak tekankan kat sini adalah...Book Cafe ni menyediakan BUKU RARE! Yeayyhhh! Saya pun nak cari buku Hikayat Siti Zubaidah ni, korang. Inilah masanya..

Kalau nak cari BUKU RARE kat Book Cafe ni, korang kena klik kat link ni : https://bookcafe.com.my/en/buku/rare-books/ .

Lepas tu, korang baca arahan Book Cafe dalam gambar kat bawah ni :

Dapatkan Buku RARE di Book Cafe

Menurut Book Cafe,

"Buat masa sekarang, belum ada lagi senarai buku di bawah kategori ini. Sekiranya tuan-tuan & puan-puan berminat mendapatkan buku-buku rare ini, mohon emailkan kepada kami, tajuk apa yang dicari."

Haa... jadi, klik kat bahagian "KLIK DI SINI UNTUK EMAIL" tu, atau... korang boleh emailkan Book Cafe di alamat emel ini : orders@bookcafe.com.my dengan subjek, "BUKU RARE YANG INI ADA TAK?" .

OK..?

Saya bagi satu contoh. Lihat gambar kat bawah:

Dapatkan Buku RARE di Book Cafe

Macam tu lah contohnya. BUKU RARE yang bakal di bawa masuk ke Book Cafe boleh tahan banyak juga. Korang boleh tengok senarai dalam link yang saya kongsikan tadi tu. OK!

Semoga bermanfaat entri ni untuk korang yang mencintai buku dan suka membaca! Untuk maklumat lanjut berkenaan Book Cafe :

Laman Web : bookcafe.com.my


Terima kasih membaca entri ni.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

6 Kata-kata Dari Teman:

Sha Mohamed berkata...

Owh.. Menarik ye..

Sofinah Lamudin berkata...

Ha'a.. menarik kan. hehe.

Zulfahmi berkata...

Nice. Thanks for the info

Sofinah Lamudin berkata...

sama-sama...

Unknown berkata...

akum jika ada yg berminat utk memiliki komik ujang thn 97 dari nombor 1 hingga 30 saya ada dan masih dlm keadaan baik krn dijaga dgn baik oleh saya.tq

Unknown berkata...

sekiranya berminat sila whats app saya di no 0173425886 ridzuan tq.