SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 24 Disember 2017

Resipi Sayur Sawi Tumis Simple

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Menjadi suri rumah, online marketer dan blogger ni kadang kadang ada masa tak sempat pula nak masak masakan yang banyak bahan. Tambah tambah kalau ada urusan kat luar sebelah petang atau malam. Kadang dari pagi sampai ke petang tak siap lagi urusan. Nak pergi bank laa.. nak pergi pos laju la.. bla bla bla laa... Uhrmm.. Paling rasa macam nak jadi turbo bila tiba tiba je ada urusan urgent kat luar yang tidak dijangka. Macam emergency case laa... Hhaaah! Dah laa belum makan. Wahahaa... Confirm sure masak ringkas dan campak campak je. Saya dan Mr.Bee, selalu juga la terkena macam ni. Tiba tiba je kena keluar rumah pula... Nasib baik ada sayur sawi kat dalam peti sejuk, jadi layankan je laa resipi sayur sawi tumis simple. Kalau tak? Goreng telur je laa.. Wahahaha..Lepas makan siap terus jalan.

Resepi Sayur Sawi Tumis Simple - Sofinah Lamudin


Resipi ni orang bujang selalu buat ni. Segera, mudah, ringkas tapi sihat dan sedap.

Resipi Sayur Sawi Tumis Simple

Bahan-Bahan :
1.Bawang Merah 2 Ulas
2.Bawang Putih 2 Ulas
3.Sayur Sawi seikat
4.Garam secukup rasa
5.Sedikit air
6.Telur sebiji
7.Minyak Masak

Cara Memasak :
1. Sayur sawi dicuci sampai bersih lalu di potong potong (Ikutlaa cara mana korang nak potong. Kalau kes nak cepat memang tak sempat nak bergaya).

2. Bawang merah dan putih dikupas dan dihiris.

3. Sediakan kuali atau periuk (Saya suka pakai kuali sebab luas).

4. Panaskan minyak masak.

5. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Gaul sampai mengeluarkan bau wangi.

6. Masukkan sebiji telur ke dalam kuali, gaul hingga telur masak atau separuh masak. Pastikan telur tu dipecah pecahkan semasa mengaul.

7. Masukkan sayur. Tunggu hingga sayur mengecut. Boleh tambah sedikit air. Kalau jenis suka berkuah boleh banyakkan sikit tapi jangan terlalu banyak nanti jadi sup. Wahaha.

8. Kemudian, masukkan garam secukup rasa atau boleh juga gunakan secukup rasa jenama maggi kalau suka.

Siap.

Boleh dah makan dengan nasi panas. Ni masakan paling simple tapi sihat. Jangan makan maggi selalu walaupun nak cepat! Tehee.

Resipi lain :
1. Resipi Teh Tarik Meletops.
2. Resipi Gulai Ayam Cili Api Sama Kentang.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

4 Kata-kata Dari Teman:

Nadia Johari berkata...

simple sedap takpe..hehee..janji dapat masak sendiri

Sofinah Lamudin berkata...

Mudah kak Nadia... yg penting sedap la. hehe.

Unknown berkata...

Terima kasih kak. Atas resipi yg simple ni. Sy yg bujang ni pun dpt buat.

Sofinah Lamudin berkata...

Sama-sama adik.Resepi simple ni cepat nak siap. hahaha...senang la utk org bujang dan yang nak cepat.