Khamis, 14 Disember 2017

Koleksi Bekazon Menggantikan Ujang dan Apo?

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Haa...sejak dapat tahu berita malajah komik Ujang dan Apo? kembali lagi, saya teruja bagai nak rak pada suatu ketika dulu! Walaupun kini dalam bentuk, wajah, cara dan nama yang berbeza tetapi bagi saya masih ada mirip. Tapi terus-terang, jujur dari hati, saya rasa nama Ujang dan Apo? lebih deep dan selesa serta lebih mesra bunyinya. Hehe. Tapi tidak mengapa, Bekazon pun mantopp untuk meneruskan lagi legasi kartun Malaysia untuk generasi seterusnya. Biasa-biasakan diri dengan nama Bekazon pula lepas ni. Kepada yang masih belum pernah dengar mengenai Bekazon, boleh baca di entri saya bertajuk "Majalah Komik Hybrid Bekazon".


Koleksi Bekazon Menggantikan Ujang dan Apo?

Alhamdulillah, Majalah Bekazon saya setakat ni belum pernah terskip. Ada semua keluaran dari edisi kejutan dan yang terkini termasuklah isu ke 14 yang istimewa, edisi "Tribute Lengkuas @ Mat Despatch 1964-2017" . Sedekahkan Al-Fatihah buat kartunis Lengkuas yang telah kembali ke Rahmatullah pada Ogos 2017 lalu. Sekiranya korang lupa atau ingat-ingat-lupa siapa beliau, korang pasti akan ingat tentang beliau jika sebut "RM2" . Itulah trademark beliau. Lawak paling tidak boleh dilupakan oleh peminat-peminat beliau. Tu pun mujur saya sempat miliki isu ke 14 ni. Sebab saya mati mati ingat dah terlepas sebab tak ada dalam laman web Bekazon. Tak tahu kenapa tak ada isu ke 14 dalam laman web diorang.

Koleksi Bekazon Menggantikan Ujang dan Apo?
Haa.. ini la majalah isu 00 : Edisi Kejutan "Terima kasih, Selamat Tinggal"

Koleksi Bekazon Menggantikan Ujang dan Apo?
Isu 14 : Edisi Tribute Lengkuas @ Mat Despatch 1964 - 2017

Koleksi Bekazon Menggantikan Ujang dan Apo?
Koleksi karya Arwah Lengkuas, Yeop Peon.
Koleksi Yop Peon ni, saya tempah direct daripada sahabat arwah tapi buat pembayaran ke akaun bank isteri arwah. Kat dalam majalah Yop Peon ada semua karya-karya arwah tentang watak rekaan beliau si Yeop Peon. Jalan cerita Mat Despatch ni adalah berdasarkan pengalaman arwah semasa menjadi office boy suatu ketika dulu.

Koleksi Bekazon Menggantikan Ujang dan Apo?
Isu 00 hingga 15.

Haaa... itu dia koleksi saya hingga isu ke 15. Isu ke 16 bakal saya rembat kat kedai buku nanti. Isu ke 16 mesti mesti mesti mahu rembat sebab kat situ ada sesuatu yang baru! Ahaa....baca kat entri "Berkarya di Malajah Kartun Bekazon".


Bagaimana saya boleh mengenali Majalah Komik kartun Malaysia

Saya mula berkenalan dengan majalah komik kartun Malaysia sejak berumur...err...saya sebenarnya lupa. Yang saya ingat, masa tu saya masih sekolah rendah. Mungkin dalam darjah 2 atau 3? Atau pun 1? Serius lupa! Tapi yang saya pasti dan tidak pernah lupa adalah bagaimana saya mula kenal dengan Ujang, Apo?, Gila-Gila dan termasuklah Lanun..

Di suatu hari yang agak membosankan. Saya ke stor simpanan barang-barang lama ayah dan mommy. Macam biasalah, budak-budak suka selongkar barang. Perasaan ingin tahu banyak dan berlambak. Hampir setiap kotak dalam stor tu saya buka dan tengok isinya sehinggalah saya jumpa "harta karun". Wehehehe! Mata saya membulat dan bersinar-sinar bagaikan bintang dan berbunyi "Ketiiiinnnnggg" panjang. Mulut banyak senyuuummm sampai telinga. Teka apa? Barang-barang arwah abang saya. Huhu.

Arwah abang saya sempat menjadi antara peminat terawal majalah Ujang, Apo? dan Gila-gila. Selain daripada majalah kartun ada dalam kotak tu, ada juga barang-barang dia yang menunjukkan dia suka melukis. Hmm.. dan diari serta gambar-gambar dia juga ada. Dari kotak ni lah saya kenal majalah lawak Ujang, Apo? dan Gila-gila. Tak banyak. Sikit je. Dalam dua tiga buah. Sekarang, hanya ada sebuah dalam simpanan saya sebab yang lain dah boleh dikategorikan sebagai barang "R.I.P" sebab saya belum tahu menghargai lagi majalah-majalah tersebut. Bila fikir balik, menyesaaal tak jaga elok-elok.

Malajah yang saya simpan tu, adalah "AKU BUDAK MINANG" karga Ujang atau nama sebenarnya adalah Ibrahim Anon. Masa tu, Ujang masih berkarya dengan Gila-Gila (Creative Enterprise Sdn. Bhd.). Kondisinya tak berapa sihat sebab terdapat beberapa contengan sebab saya rasa gatal tangan nak conteng masa tu. Buku-buku saya masa kecil, hampir 80% jadi rojak. Tapi, Alhamdulillah masih boleh baca. Bila saya dah sekolah menengah, buku tu saya baiki. Huhu.. Ada bahagian koyak. Aduii! Haa time tu baru tahu erti menghargai barang. Tambah-tambah barang-barang yang parent belikan sebab confirm sure kena marah! Wahaha...


Nampak tak buku "Aku budak Minang" yang ada kesan contengan kat atas? Contengan tersebut berbunyi "Ujang tidak guna" ... siap ada kesan pangkah kat area "Aku Budak Minang". Wahahaha! Nak tahu kenapa tu? Sebab.... my mommy marah gara-gara saya selongkar buku tu dari kotak arwah abang saya. Hiks.. Jadi, tu kira protes la.. kesian kat Ujang. Dia pula yang kena. Tehee... Ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Kemudian,pada suatu hari semasa saya masih sekolah menengah, dalam 13 atau 14 tahun.. rezeki majalah komik melimpah tiba-tiba. Mak Bapa angkat saya ada seorang anak lelaki yang sudah membujang. Mak angkat saya yang saya panggil "Maktua" panggil saya pergi ke stor simpanan barang lama anak lelaki dia tu. Dia kata, "Ada banyak buku ni...ambillah mana-mana suka..nak ambil semua pun boleh.." Wahahaha! BUKU PERCUMA SIAPA TAK MAHU. Tapi...tiba-tiba saya nampak satu kotak penuh dengan majalah Lanun, Ujang, Apo? dan Gila-Gila. OK! Saya ambil kotak tu je. Settle. Buku lain tak jadi ambil. Teruja nak bawa balik kotak tu je. Serius!

Saya baca majalah-majalah tu berulang kali. Sebab masa tu belum ada telefon pintar dan sebagainya. Salah satu hiburan paling seronok yang saya ada dalam rumah sebagai anak bongsu. Dan saya protect majalah-majalah tu sehingga tahun 2013 dan lepas tu saya menangis tak berlagu. Huwarrgghh... sampai hari ni saya terkenang-kenang. Aduuhh.. sakitnya tu di sini.

Tahun 2013, saya bertunang dengan MR.BEE. Masa tu mommy dan ayah ada projek nak clear barang dalam stor penyimpanan barang lama yang dah semakin penuh.Sebab lepas ni, barang akan bertambah-tambah sebab nak masukkan barang untuk persediaan bertunang dan kahwin.Banyak kotak dan barang lama terkorban. Salah satu kotak yang terkorban adalah kotak majalah tersebut. Takpe..nangislaa... salah sendirii....Argghhhh!

Jujur, semua koleksi majalah komik saya dulu memang tak ada pun hasil dari duit saya sendiri. Tehee. Semua percuma! Sebenarnya sebelum dan selepas tragedi kotak majalah saya "meninggal", saya memang ada hati nak buat koleksi Majalah Ujang, Apo? atau Gila-gila sendiri dengan membeli isu yang baru setiap keluaran, setiap bulan dan setiap bumper kalau boleh.Kira nak memulakan semula benda dah tamat laa kiranya tu. Yang tinggal hanya majalah komik "Aku budak Minang" dalam simpanan. Tapi malangnya, poket tak izinkan. Jangankan poket, dompet terus menerus menggigit duit kertas tanpa mahu melepaskan. Hm..Maklum..kadang-kadang terpaksa korbankan minat demi sesuatu yang lebih perlu, utama dan penting. Malah genting! Huh.

Tiba-tiba, sentap lagi! Selepas GST wujud, saya mendengar berita paling buruk dalam dunia. Punah dan musnah segala impian nak buat koleksi yang tertangguh selepas MOY Publications Sdn. Bhd., diumumkan tutup kedai atau menamatkan pengeluaran majalah komik Ujang dan Apo?. Sedih. Dah lah tak sempat nak gelak ketawa dengan lawak kartunis dalam malajah tu, tak sempat pun nak sentuh majalah yang depannya tulis "UJANG" dan "APO?".

Kat WP.Labuan ni, majalah ke, buku ke semua mahal-mahal. Tak ada RM10 ke atas, jangan mimpi milik 1 majalah. Walaupun di Semenanjung Malaysia hanya RM5.90 atau RM6.00. Semua kedai buku dalam WP.Labuan akan tutup harga guna marker pen hitam, kemudian tampal dengan harga sesedap rasa agar sedap dimakan dan ditelan. Jadi, saya tak mampu laa masa tu walaupun saya kerja. Banyak lagi yang penting terutamanya perut saya, Hiks!

Orang kata, kalau minat tak peduli perut. Kalau minat, tak peduli poket terkoyak. Kalau minat, usaha mesti mahu ada! BAIK! Saya sahut cabaran korang tapi lepas perut saya ada isi dan poket saya sentiasa tak kosong dulu laa.. Wahahaha. Usaha juga namanya tu kann... sabar..

So sekarang, nasib saya begitu baik sekali. Bekazon kini telah ada. Maka, inilah masanya saya tebus balik majalah-majalah yang sudah pun dimakan oleh kecuaian tangan manusia. Dan manusia itu adalah saya sendiri. Uits! Emo emo emo la pula.. dan juga sebagai sambungan harapan dan menunaikan impian yang tertangguh untuk membuat koleksi majalah komik sendiri dengan duit sendiri (Uits..ada beberapa buah MR.BEE belanja..Tehee..kira aci la tu kann kann). Selain daripada menyambung minat arwah abang saya yang mungkin pernah menjadi keinginan beliau semasa masih hidup. hmm...minat kami berdua sama.

Di bawah ni adalah beberapa ilustrasi muka depan Bekazon kegemaran saya!

Koleksi Bekazon Menggantikan Ujang dan Apo?

Koleksi Bekazon Menggantikan Ujang dan Apo?

Koleksi Bekazon Menggantikan Ujang dan Apo?


Majalah Bekazon masih fresh lagi buat masa ni. Kalau korang nak buat koleksi Majalah Bekazon macam saya, boleh dapatkan Majalah Bekazon ni di laman web diorang. Terlepas isu lepas lepas tak apa, sebab, Bekazon tidak akan menghampakan peminatnya. Diorang masih menjual isu lepas siap boleh pilih pakej pakej lagi tau!

Korang boleh dapatkan majalah komik Bekazon ni di:
Laman web : www.bekazon.com

Maklumat lanjut dan berita terkini boleh ke :

With Love,
#Sofinah696 πŸ’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.