SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 14 Disember 2017

Majalah Komik Hybrid Bekazon

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Majalah Komik Hybrid Bekazon? huh!? Hybrid? Weheee! Haa ni saya nak kongsikan sesuatu kepada yang belum tahu. Kepada yang dah tahu, bacalah lagi. Kehkeh.. Orang kata, banyak membaca boleh dapat ilmu dan info baru belaka. Kalau tak 10 info, sekurang-kurang 1 info baru. In Shaa Allah. Majalah Komik Hybrid Bekazon ni adalah Majalah komik kartun dari kartunis-kartunis Malaysia. Selepas Majalah Ujang dan Apo? mengucapkan selamat tinggal kepada kita semua pada tahun 2015 yang lalu, kartunis-kartunis berbakat dan hebat kini kembali bangkit semula dengan nafas baru pada tahun Ogos 2016!

Majalah Komik Hybrid Bekazon


Yes! Tahun lepas. Saya dapat tahu apabila sepupu saya bagitahu, "Cuba tengok ni..betul ke ni?" Katanya dalam whatsapp disertai dengan satu gambar majalah yang bertajuk "Ujang dan Apo? Terima kasih selamat tinggal. Edisi Kejutan Khas". Saya dengan sikap acuh tak acuh membalas. "Lama dah diorang tak ada. Sejak 2015. Ada orang edit kot tu..atau saja nak naikkan trafik" tanpa usul periksa. Adui...ketuk kepala.

Saya tak percaya. Saya tak nak tertipu dengan orang-orang yang cuba memanipulasikan peminat majalah kartun Ujang dan Apo? dengan membuat editing gambar sedemikian untuk meningkatkan pelawat ke facebook diorang. Amboi.. sampai begitu sekali, ye. Kemudian, tak disangka-sangka...semasa sedang jalan jalan dengan MR.BEE di kedai buku Ujana Kewangan WP.Labuan, mencari majalah Gempak Starz, saya nampak satu majalah yang kelihatan asing. Tak pernah nampak. Dalam hati, saya berbisik, 'Majalah baru ke ni?'.

Saya nampak "BEKAZON" font sebesar saiz 30px agaknya. Tak pasti. Lepas tu diikuti dengan "MAJALAH KOMIK BER-SOUNDTRACK PERTAMA DI MALAYSIA". Amboi kau... tajuk dia tu...

Majalah Komik Hybrid Bekazon


Perkataan "BER-SOUNDTRACK" tu telah menarik minat saya. Tapi saya belum terpanggil untuk membeli sebab majalah tu di tutup dengan plastik oleh pemilik kedai buku. Jadi, saya tak dapat nak belek belek kat dalam.

Balik rumah, saya pun buka "www.bekazon.com" . OMG! Serius sangat saya teruja bercampur dengan shock bila nampak perkataan-perkataan ni : MOY PUBLICATIONS SDN. BHD , UJANG, APO? . So, apa yang sepupu saya bagitahu saya dalam aplikasi whatsapp tu bukanlah satu trik! Waduh..ini yang bener pak.

Tanpa membuang masa yang banyak, saya mula berleter berkenaan Bekazon : Rovolusi Majalah Hybrid ni kepada MR.BEE sebab nak minta lampu hijau untuk tempah isu pertama yang sudah pun terlepas di laman web Bekazon. Isu kedua, saya beli di kedai buku dalam Ujana Kewangan, WP.Labuan.

Haa.... itulah membuatkan saya sedikit tersentuh apabila majalah Ujang dan Apo? serta kartunis serta mereka yang terlibat BANGKIT SEMULA selepas jatuh. Malah dengan versi yang lebih futuristik dan mengikut aliran zaman.

Jadi, apakah keisitimewaan majalah BEKAZON ini?

Keistimewaan Majalah Bekazon

Pertama, Bekazon menyediakan satu aplikasi khas untuk pembaca Bekazon untuk mendengar soundtrack/lagu sambil membaca komik yang terdapat di dalam Majalah Bekazon. Selepas muat turun aplikasi tersebut, pasang earphone, kemudian, masukkan kod sountrack. Sambil baca, sambil dengar. NICE!

Kedua, yang paling terbaru...Selain daripada Majalah Bekazon bentuk fizikal yang macam biasa kita nampak, Bekazon ada juga menyediakan Majalah Bekazon versi e-book. Haa... Zaman sekarang ni, ramai yang suka membaca menggunakan telefon pintar. So, kalau nak versi e-book pun boleh.

Ketiga, Bekazon ada laman web sendiri. Kalau dulu, setiap kali nak membeli majalah, kena pergi kedai buku berdekatan. Sekarang , sangat senang! Masuk laman web bekazon di www.bekazon.com , kemudian, pilih-pilih, bayar, siap. Tunggu majalah sampai je. Wehee..

Keempat, Bekazon menyediakan komik digital atau pun boleh panggil komik bergerak percuma di laman web diorang. Haa... Bolehlah berhibur dengan komik digital diorang secara percuma siap ada bunyi lagi.

Kelima, kalau pernah terlepas Majalah Ujang dan Apo? dulu-dulu, Bekazon ada menjualnya juga. Yang ni kena cepat-cepat bertindak. Sebab, stok tak banyak dan tak semua keluaran ada di jual. Huhu... Dah habis!

Keenam, ada pakej-pakej koleksi yang boleh di dapatkan seperti koleksi Lambok, koleksi bersama selamanya. Yang boleh lihat sendiri kat laman web Bekazon.

Ketujuh, Selain daripada menyediakan majalah komik, ebook dan majajalah koleksi, Bekazon juga ada membuat cenderamata! Yay! Yang ni best. Ada T-shirt, Mug, Batch dan etc. Kalau yang suka boleh dapatkan kat laman web Bekazon. Boleh juga beli untuk insan tersayang yang minat dengan karya seni macam ni.

Majalah Komik Hybrid Bekazon
Senarai Merchandise yang Bekazon ada.

Fuhh! tak sangka sampai tujuh saya bagi senarai. Hehe. Begitulah keistimewaan Bekazon yang saya boleh nampak. Sejak dah boleh membeli secara online ni, orang yang jauh jauh macam saya, tak dapat nak pergi ke event yang Bekazon buat kat sana. Tetap boleh membeli dan membuat koleksi majalah Bekazon."Koleksi Bekazon menggantikan Ujang dan Apo?".

Maksud Bekazon

Bekazon ni ada maksud. Bukan sekadar nama. Rujukan dari mykamusdotcom, beka ni bermaksud berbincang, bergosip, berborak, bercakap-cakap, ber apa lagi? Hehe... Yang hampir sama dengan bercakap, berborak tu laa.. Jadi, kalau dah BEKA maksudnya begitu, bila dah ada zon, kita pun mengerti kan? Zon bercakap-cakap tentang sesuatu perkara laa nampaknya. Zon tu adalah sama semacam wilayah, tempat dan seumpamanya.

Sejarah disebalik Bekazon

Majalah Bekazon merupakan gabungan kartunis dari Majalah Ujang dan Majalah Apo?. Hasil karya dulu-dulu, cara melukis dan watak-watak kartun yang pernah ada dulu, ada dalam Bekazon tetapi tidak semua. Pak Cik Din dah tak ada. Tinggal dalam kenangan. Ada yang hairan, tak ada isu copyright ke macam ni? Pergh.. korang jangan la risau. Bekazon tak akan wujud dengan sendiri dan tiba-tiba tanpa sebab. Haa..Bekazon ni telah dilesenkan oleh Moy Publications Sdn. Bhd. Dengan adanya Bekazon ni, generasi baru akan kenal semula kartun kartunis Malaysia. Sesiapa yang asalnya memang peminat kartun Malaysia, boleh laaa meneruskan minat melalui Majalah Bekazon pula.

Apo? 'dilahirkan' pada tahun 1998 manakala Majalah Ujang 'dilahirkan' pada 1993. Huhu... dah lama dah ye..Masing-masing membaca maskot. Kalau Majalah Ujang, Pak Cik Din. Kalau majalah Apo? pula, Mansur Todak. Maskot Mansur Todak ditampilkan dalam majalah Apo? menerusi siri 321.

Sumber rujukan sejarah disebalik Bekazon : Wikipedia, Kosmo Online

Sebenarnya banyak lagi kisah disebaliknya..tapi..cukuplaa apa yang ditulis tu dulu. Tehee.. Lagi pun kisah lepas biarla lepas. Yang sekarang Bekazon, maka ber-BEKA-zon lah kita semua. Yaayyh!

Haa... jangan lupa dapatkan Bekazon korang sendiri. Pilihlah mana yang korang mahu dan suka. Beli banyak-banyak ye. Tehee!


Korang boleh dapatkan majalah komik Bekazon ni di:
Laman web : www.bekazon.com

Maklumat lanjut dan berita terkini boleh ke :

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: