Kepada yang bertanya soalan kepada saya di ruangan komen entri saya yang bertajuk "Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO" mengenai cara dan kaedah pembayaran barangan CHILINDO menggunakan ATM atau TRANSFER. Pembayaran dengan cara bank-in atau transfer online ini adalah salah satu pilihan bagi mereka yang tidak mahu menggunakan kaedah COD dan Dedit/Kredit Card. Mungkin juga tidak mahu membuat activation shopping online pada kad Visa/Master mereka. Mungkin terasa leceh. Jadi, di bawah adalah tutorial cara dan kaedah pembayaran barangan menggunakan ATM atau TRANSFER ke akaun OCBC milik syarikat CHILINDO.
Langkah 1 :
Selepas puas memenangi bidaan barangan pilihan korang di CHILINDO Malaysia dan ingin membuat bayaran, korang perlu klik pada "Troli Saya". Kemudian, halaman seperti di dalam gambar di bawah akan tertera. Klik pada "Daftar Keluar".
Langkah 2 :
Setelah klik pada "Daftar Keluar", korang perlu mengisi maklumat diri dan alamat jika belum mengisi. Jika sudah, korang semak maklumat tersebut agar penghantaran barang tidak mempunyai masalah kemudian hari. Setelah selesai, klik pada "Teruskan".
Langkah 3 :
Selepas klik "Teruskan", korang akan di bawa ke halaman seterusnya iaitu memilih kaedah pembayaran. Memandangkan korang ingin membuat pembayaran menggunakan kaedah transfer online atau bank-in melalui ATM, korang klik pada bahagian ATM Bank seperti di dalam gambar di bawah.
Langkah 4 :
Kemudian, akan keluar nama bank yang digunakan oleh syarikat Chilindo Malaysia. Kemudian, klik pada "OCBC Bank".
Langkah 5 :
Selepas itu, klik pada butang "Teruskan" untuk melihat nombor akaun OCBC milik syarikat Chilindo Malaysia.
Langkah 6 :
Selepas korang klik butang "Teruskan", korang akan melihat halaman seperti di bawah. Sila catat nombor akaun bank OCBC milik Chilindo Malaysia di atas kertas atau di telefon pintar korang untuk membuat transaksi pembayaran melalui bank-in atau transfer secara online. Selain itu, pasti kan korang catat nombor invois korang agar senang untuk dijadikan rujukan jika ada masalah.
Langkah 7 :
Selepas mencatat nombor akaun OCBC milik Chilindo Malaysia dan nombor invois korang, korang scroll halaman hingga ke bawah sekali dan klik pada butan "Cetak Invois" jika korang ingin mencetaknya. Selain itu, korang juga boleh print screen / Screen Shot invois korang.
Langkah 8 :
Jadi... selepas korang dah selesai menyimpan data invois dan nombor akaun bank OCBC Chilindo Malaysia, korang boleh membuat transaksi pembayaran korang di ATM atau transfer secara online menggunakan bank korang (Contoh : M2U atau CIMB).
Langkah 9 :
PENTING! Emelkan INVOIS dan BUKTI PEMBAYARAN korang ke alamat emel Chilindo Malaysia di alamat emel ini : support.my@chilindo.com.
Terima kasih membaca entri ini. Semoga membantu dan bermanfaat.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
10 Kata-kata Dari Teman:
lama tak bid di chilindo.
jom bid lagi kekeke.
dah tak bid dah. hahahahaha.. mls
Tak pernah cuba shopping kat sini lagi.... Nak kena try ni :))
As salam. X pernah bida tp slps baca entri ini terus teringin nak buat la. Thanks. Abam Kie follows your blog. Tq.
Ahahaha... mmg dah tak best dah sekarang. Awal2 je rasa best.
Hehehe... try laa... saya lama dah tak bid. Hilang dah mood membida. Awal2 dulu seronok macam jakun sikit. Tehee.
U're welcome Abam Kie.
sis nak tanya ada tak fee lain2 selain delivery? tq in advance. 😊
Hi Meanji... Sis actually dah lama tak order Chilindo. Tapi masa sis dulu tu tak ada caj tambahan. Sis tak sure la yang sekarang punya sebab ada SST kan sekarang.
Catat Ulasan