SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 18 Disember 2017

Bekazon isu 16 Bersama Karya Peminat Sudah Dimiliki

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Hari Sabtu, 16 Disember 2017. Saya ke pejabat pos dengan MR.BEE untuk collect buku yang saya tempah kat MPH Online. Selain tu nak beli ikan untuk Chokey dan Ontot. Tak sangka, Bekazon isu ke 16 pun sampai sekali pada hari Sabtu. Ada baca tak entri saya bertajuk "Berkarya di Majalah Bekazon dan Cara Pembelian Online"?..Haa.time tu la saya tempah Bekazon isu ke 16, guys! .Saya ingat Isnin baru sampai. So, maksudnya, hanya ambil masa 3 hari sahaja untuk penghantaran ke Wilayah Persekutuan Labuan. Jadi, ini bermakna Bekazon isu 16 bersama karya peminat sudah dimiliki oleh Sofinah Lamudin! Vvaaah!

Bekazon isu 16 Bersama Karya Peminat Sudah Dimiliki - Sofinah Lamudin


Kalau perasan, kat entri saya bertajuk "Berkarya di majalah Bekazon dan cara pembelian online" tu, saya tempah majalah Bekazon isu 16 jenis EARLY BIRD! sebab ada percuma paper bag.

Bekazon isu 16 Bersama Karya Peminat Sudah Dimiliki - Sofinah Lamudin
Unboxing Bekazon isu 16

Serius saya ingatkan, paper bag ilustrasi lama yang bakal saya dapat. Wahaha.. rupanya bukan! Paper bag kali ni berilustrasi baru! ada kartun Tandoori Payat sedang menjual roti canai.. Wahaha!

Bekazon isu 16 Bersama Karya Peminat Sudah Dimiliki - Sofinah Lamudin
Paper bag : Kartun Tandoori Payat Roti Canar Corner!

Selain tu, ada kejutan juga... saya nampaknya dapat free gift lagi!  Free gift yang saya dapat sebenarnya sama seperti yang saya dapat sebelum ni. Sebelum ni? YyeahH! macam sebelum ni juga. Saya ada cerita kat entri saya yang bertajuk "Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama" .

Bekazon isu 16 Bersama Karya Peminat Sudah Dimiliki -  Sofinah Lamudin
Ni laa free gift yang sama dengan yang sebelum ni. Tapi saya tak kisah. Saya lagi SUKA! Tehee..

Walaupun begitu, penanda buku kali ni berbeza ilustrasinya. Muka tetap laa muka Pak Cik Din, tapi muka dia ada kemek sikit. Muka ala ala emoji MEH~ Pak Cik Din rasa MEH~ sebab tak puas hati la tu dengan result final Gegar Vaganza 4! Wahahaha!

Bekazon isu 16 Bersama Karya Peminat Sudah Dimiliki - Sofinah Lamudin


Tapi ada satu yang berbeza...iaitu pelekat eksplentes Apo?. Yang ni saya belum pernah dapat lagi! YyeahhH!

Bekazon isu 16 Bersama Karya Peminat Sudah Dimiliki - Sofinah Lamudin
Vvaaah!

Vvaaah! saya suka pelekat pelekat macam ni masa kecil tau, guys! Saya dengan pelekat ni ada story juga. Pantang nampak kedai yang ada jual pelekat, saya akan goda my mommy untuk belikan. Biasanya, my mommy memang akan belikan tapi dengan satu syarat, lepas lekat jangan kopek! Wahaha... itulah amarannya. Kalau janji tak kopek, hadiahnya pelekat yang diidamkan. Kalau kopek atau mungkir janji, pembelian pelekat akan dihentikan.. begitulah cerita saya dengan pelekat ni.. Wehehehe...

Semakin dewasa, kurang dah layan pelekat sebab tak tahu nak lekat kat mana .Tambah tambah, harga pelekat sekarang ni malu malu nak jual murah. Tak kiralah pelekat biasa mahupun extraordinary. Ibarat istimewa dah jadi biasa dah. Maknanya, semua nak jual mahal. Sekarang pun saya sedang fikirkan, di mana nak lekat pelekat kegemaran saya dari Bekazon ni. Tehee. Rasa sayang nak lekat kat mana mana tapi kalau dibiarkan, gam pelekat akan hilang dan pelekat tu akan terbuka sendiri. Pernah tak alami situasi macam ni? Simpan lama sangat sampai dah hilang gam. Dah kering dan tidak berfungsi.

Hhaaah! sebelum terlupa. Saya ada sebut berkenaan karya peminat kan. Selepas unboxing Majalah Bekazon ni, saya terus bukan ruangan BEKA-ZONE. Tehee.. well, karya saya tak ada...sebab saya tak hantar pun. Wahahaha.. Just nak tengok karya peminat Bekazon je. Boleh tahan berbakat juga. In Shaa Allah pada suatu hari nanti saya mencuba..

So guys, sejak Bekazon dah buka ruang untuk kita semua yang berbakat ni berkongsi karya, apa tunggu lagi? Cepat-cepat hantar karya original hasil dari korang. Jangan curi karya orang pula tau, siapa curi, dosa besar! Tehee.

Bekazon isu 16 Bersama Karya Peminat Sudah Dimiliki - Sofinah Lamudin


Ilustrasi depan Majalah kali ni boleh tahan cantik! Dan macam biasa akan muncul seorang budak lelaki yang agak misteri. Budak lelaki ni, selalu muncul di mana-mana isu majalah Bekazon. Rasa tertanya tanya juga siapa budak lelaki tu. Jom kita siasat siapa budak tu. Tehee!

Bekazon isu 16 Bersama Karya Peminat Sudah Dimiliki - Sofinah Lamudin
Yang MR.BEE tunjuk tuu, tu laa budak misteri kononnya.. Wahaha!

OK! sebelum menyiasat, Saya nak enjoy Bekazon isu 16 dulu sambil minum Milo guys!. Nak baca dan meneliti dari muka surat depan sampailaa belakang!..

Hhaah!... jangan lupa dapatkan Bekazon korang sendiri. Pilihlah mana yang korang mahu dan suka. Beli banyak-banyak ye. VvaawaahhHHHH!


Korang boleh dapatkan majalah komik Bekazon ni di:
Laman web : www.bekazon.com

Maklumat lanjut dan berita terkini boleh ke :



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

7 Kata-kata Dari Teman:

azlina ina berkata...

wahhhh... menarik jugak bekazon ni ya..

Junzie berkata...

mengimbau kenanagna tgk majalh ni, lama nda baca =D

Sofinah Lamudin berkata...

Best!! baca pun lucu.. hehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Hehehe.. ya Jun... hiburan dulu2 kan.

mamapp berkata...

Berbaloi ya.. byk free gift best2 Pula tu

mamapp berkata...

Cantik kartun dia Dan mmg berbaloi la beli byk free gifts kan

Sofinah Lamudin berkata...

Ye #Mamapp.. best sangat2.