Hari Sabtu lepas, 23 Disember 2017, Saya dan Mr.Bee ke Pejabat Pos Labuan pick up barang. Dalam perancangan nak ke Kompleks Sukan Air lepas pick up barang untuk makan Nasi Ayam Penyet dan dan beli air kelapa sebab kat situ ada keramaian dan gerai jualan kecil. Biasanya, memang ada orang berniaga Nasi Ayam Penyet. Tapi, nampaknya plan A terpaksa ditukar ke plan B. Hujan turun pula kat Wilayah Persekutuan Labuan. Lebat pulaa tuu. Uhrmm...Jadi, kami ke Ujana Kewangan, Labuan.
Di Ujana Kewangan Labuan, nak makan kat food court. Kira nak makan nasi campur. Tiba tiba tutup pulaa.. Rupanya kitorang sampai kat Ujana Kewangan tu dah lewat. Wahaha..
Jadi, kitorang tak ada pilihan lain melainkan masuk KFC sebab dah lapar sangat. Bila dah masuk KFC ni, Mr.Bee ambil kesempatan untuk mencuba Chicken Pizza - CHIZZA KFC yang sedang popular di mana mana banting tepi jalan menuju bandar Labuan. Wahaha.
Saya order Snacks Box je sebab takut tak habis. Membazir. Bila dah siap order dan bayar kat kaunter, kami pun duduk untuk menikmati makanan segera KFC ni.
Bila Mr.Bee buka kotak Chizza, saya terkejut sangat. Wahahaha... Cutenyaa... Kotak tu besar sangat laa.. kasi kecik sikit. Tehee... Sebab nampak kosong kat tepi Chizza. Malah, harga pun macam kurang setimpal dengan Chizza tu. Mr.Bee makan Chizza tu nampak berselera betul jadi, saya pun minta sikit. Nak rasa... Uhrmm.. rasanya biasanya bagi saya.Macam nak makan Pezzo je banding Chizza tapi Mr.Bee kata dia suka toping atas ayam tu terutamanya bila digigit bahagian yang ada nenas.. unik dan sedaapp katanya.
Bila dah habis makan, Mr.Bee kata tak cukup! Wahahaha.... Sebab Chizza tu kecil. Menyesal betul order tu je. Lepas ni, kalau nak Chizza lagi, kena order sekali dengan yang lain. VvaawaahhHHHH!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
2 Kata-kata Dari Teman:
Ada yang suka.. Ada yang tak suka.. Hehehe.. Bergantung pada selera kan sis..
Betul kak Shahida.. ikut selera individu..
Catat Ulasan