SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 19 Disember 2017

Pembelian Buku di MPH Online - Harry Potter

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Hari Sabtu yang lepas, buku yang saya tempah dari MPH Online dah sampai. YyeahhH! Hari yang sama dengan Bekazon isu ke 16 sampai. Saya ada tulis kat entri saya bertajuk "Bekazon isu 16 bersama karya peminat sudah dimiliki" mengenai Bekazon isu ke 16 ni. Jemput baca, OK!. Pembelian buku di MPH Online ni sangat mudah hingga saya rasa ketagih. Padahal buku banyak lagi yang belum habis baca. Aduyai! Ni belum lagi saya terbang naik Malaysian Airline atau Air Asia ke Big Bad Wolf! Agaknya jadi macam orang terkena gangguan jin. Tak sedarkan diri kat situ. Terpaksa pula MR.Bee buat Air Ruqyah tak pasal pasal.. Uiits! Nauzubillah guys! Mohon dijauhkan! Tapi betullaa.. Big Bad Wolf tu confirm sure buat perut dompet saya kempis! Kalau perut saya yang kempis, pinggang slim tak pe laa.. Tehee! Korang pernah tak buat pembelian buku di MPH Online?

Pembelian Buku di MPH Online - Harry Potter - Sofinah Lamudin


Sebenarnya, saya tak laa beli banyak sangat buku. Satu je pun. Tehee. Saya beli buku Harry Potter and the Order of the Phoenix tapi dalam versi Bahasa Malaysia. So, Dalam bahasa Malaysia, bunyinya macam ni, " Harry Potter dalam kumpulan Phoenix". Macam kelakar pula kan? Tak kisahlaa.. Yang penting, Buku Harry Potter saya bertambah sedikit demi sedikit. Ni semua kerana nak buat koleksi semata mata. Padahal dah tengok lebih dari 10 kali cerita Harry Potter tu.

Pembelian Buku di MPH Online - Harry Potter - Sofinah Lamudin


Kalau dulu, demi Buku Harry Potter atau buku buku lain, saya sanggup beli kat kedai buku Popular atau Times di Kota Kinabalu, Sabah. Tak kira dengan cara apa sekalipun, sama ada saya kirim member yang pergi Kota Kinabalu, Sabah atau saya pergi sendiri. Sekarang, dah semakin canggih malah dah reti membeli secara online, saya tak perlu lah risau sangat fikir mengenai beratnya nak bawa buku banyak banyak dari Kota Kinabalu, Sabah ke Wilayah Persekutuan Labuan. So, senang hati sangat sebab boleh buat trip ke Kota Kinabalu tanpa bawa banyak barang.

Sebut tentang banyak bawa barang ni, pernah dulu pertama kali ke kedai buku Kinokuniya. Rambang mata sampai terlupa berkenaan berapa KG kalau beli buku banyak-banyak. Saya beli beli beli je. Bila sampai detik nak kemas barang untuk balik WP.Labuan, baru terfikir. Beg masuk kargo tak boleh lebih dari apa yang kita sipa tempah. Adoii.. Sia-sia bayar caj tambahan kat Lapangan Terbang.

Tu laa.. Mujur ada MPH Online, salah satu kedai buku online terbaik di Malaysia! Kepada yang belum ada pengalaman membuat pembelian buku di MPH Online, terutamanya warga Labuan ; sebab kedai buku kat Labuan ada lambat sikit nak update buku baru dan selalu juga akan alami situasi tak ada jual tajuk buku tertentu. Jadi jalan penyelesaiannya adalah dengan membeli secara online. Jadi,  boleh lah ikuti tutorial di entri saya bertajuk "Cara Membeli Buku di MPH Online".

Berbalik kepada buku Harry Potter and the Order of the Phoenix tadi, kalau yang sama minat dengan saya, memang tahu tajuk ni adalah siri yang keberapa. Tajuk ni, siri yang ke lima. Jadi, saya perlu beli dua lagi buku siri Harry Potter ni. Yang keenam dan yang ketujuh tapi tunggu tabung Harry Potter naik balik. Dah pakai untuk beli yang kelima. Wahaha! Tak boleh ikutkan sangat hati ni. Nanti jadi "Shopaholic" habis punah segala tabung tabungan. Wahahaha!

Dalam perancangan, memang akan membeli buku Harry Potter nombor enam dan ketujuh ni di MPH Online juga! Untuk maklmuat lanjut, boleh layari laman web atau Facebook atau Twitter MPH Online di bawah :

Laman Web : www.mphonline.com
Facebook Page : www.facebook.com/mphclick

Bila buku Harry Potter yang ke lima ni dah dibeli, jadi bila ke Kota Kinabalu nanti, saya rileks dah. Tak laa macam cacing kepanasan bila nampak buku Harry Potter ke lima ni kedai buku Popular atau Times. Kira nak puasa buku laa nanti. Layan movie dengan Mr.Bee je.Buku tutup mata dulu. Tehee. Sebut tentang Movie, tak sabar nak tengok STAR WARS ; The Last Jedi dan Pitch Perfect 3 kat MBO atau Growball atau GSC Kota Kinabalu! VvaawaahhHHHH!

Terima kasih baca entri ni.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

10 Kata-kata Dari Teman:

mrsliez berkata...

actually mmg senang beli online...klau kena buku yg mmg sold out saje,online cara terbaik kan
www.mrsliez.com

Mrs Pip berkata...

ooo peminat harry potter juga ... kak pip tak baca buku, layan movie saja...
mr. husband beli semua koleksi cd harry potter, tapi someone pinjam dan tak pulangkan ....
haish! ......

Fatin Shahrizam berkata...

Wahh peminat harry potter. Siap ada koleksi lagi eh.

munirah :) berkata...

Wow, rajinnya fly semata nak pergi Big Bad Wolf! Saya pun teringin sangat nak pergi tapi mengenangkan bertimbun buku tak terbaca lagi haha, jadi kena control membeli.

Umur dah 20 tahun tapi masih tak baca Harry Potter, rasa ketinggalan sangat. Taktau bila nak baca! :D

Jemput baca entri baru blog saya: http://willyou-readthis.blogspot.com

Sha Mohamed berkata...

Memang mudah sesangat kalau beli online.. Senang.. Kita pilih, bayar dan tunggu buku sampai depan rumah.. Hehehe..

Sofinah Lamudin berkata...

Yup! Betul sangat Mrs Liez.. hehe.. online senang sangat untuk beli buku.

Sofinah Lamudin berkata...

Allaaa. saya paling tak suka tu kak pip, pinjam tak pulang kan. Sudah la mahal mau beli. huhuhu... tu sebabnya, kalau cd harry potter, saya takmo kasi pinjam. Saya sayang!. Hahaha. Bunyinya agak kedekut laa.. hiks!.

Sofinah Lamudin berkata...

Ye Fatin, Minat sangat2 dengan harry potter ni... Tengok boleh ratus kali tak kisah..

Sofinah Lamudin berkata...

Eh salah baca tu. hehehe... saya tak pernah fly demi Big Bad Wolf Munirah. Tu gambaran je... Tengok movie Harry potter pon ok juga .. tak baca buku tak pe gak.

Sofinah Lamudin berkata...

Ha'a... betul tu. Tapi kadang saya dan suami g juga lepak kedai buku... nak hidu hahahahaha....over sangat!