SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 25 Disember 2017

Resipi Daging Masak Hitam Ringkas Tapi Sedap

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Saya dan Mr.Bee jarang masak daging. Selalu Masak ayam, ikan dan sayur. Kali ni, saya bagi idea untuk cuba satu resipi daging. Disebabkan idea untuk mencuba resipi daging masak hitam ni idea saya, saya laa yang kena masak. Kalau dia bagi idea, dia yang masak. Wehehe... Tapi, potong daging tu saya serahkan kepada Mr.Bee. ToEeng!

Resipi Daging Masak Hitam Ringkas Tapi Sedap - Sofinah Lamudin


Resipi Daging Masak Hitam Ringkas Tapi Sedap

Bahan Bahan :
1. Daging 500gram
2. Bawang Merah 3 ulas
3. Bawang Putih 3 ulas
4. Cili Merah 3 biji
5. Kayu Manis 2 batang
6. Kicap Manis 3 sudu makan
7. Minyak Masak

Cara Memasak :
1. Daging dipotong nipis agar cepat lembut. Jika korang ada cara sendiri nak lembutkan daging, boleh laa buat).

2. Bawang merah, bawang putih dan cili merah ditumbuk.

3. Panaskan minyak masak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih dan cili merah tadi. Gaul dan tunggu sehingga naik bau.

4. Masukkan daging dan kayu manis. Gaul dan tunggu sehingga daging empuk.

5. Masukkan kicap manis 3 sudu. Gaulkan.

6. Masukkan garam secukup rasa dan tunggu sehingga masakan sebati.

P/S : Boleh tambah kuantiti kalau nak masak banyak untuk keluarga yang ramai. Kalau kat rumah mommy dah ayah saya memang tak ramai.Kitorang berempat je.. Kalau kat rumah mak mertua baru laa kena banyakkan kuantiti.

Siap.


Resipi Daging Masak Hitam Ringkas Tapi Sedap - Sofinah Lamudin


Sedap dihidangkan dengan nasi putih yang masih panas!

Masakan ni, saya dan Mr.Bee ada mencuba masak guna sayap ayam pula. Sedap juga..sampai my mommy bawa pergi kerja ayam tu keesokkan harinya. Kalau nak lebih sesuai, boleh guna dada ayam dipotong dadu.

Dua pinggan Mr.Bee makan. VvaawaahhHHHH!

Terima kasih baca entri resipi Daging Masak Hitam Ringkas Tapi Sedap ni! Selamat mencuba.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

10 Kata-kata Dari Teman:

Nadia Johari berkata...

akak suka makan daging kicap..hehee

azlina ina berkata...

terimakasih..bole cuba pula resipi org labuan.. hehehe.nampak sedap tuu.ina save ya

Huda Halid berkata...

lama dah tak makan daging. Daging mahal sekarang ni, hehe, makan time raya korban jer.

Sofinah Lamudin berkata...

Dapp kan Kak Nadia. hehehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Save laa ina.. ni resepi dari mana ntah Ina. Hehehe.

Mrs Pip berkata...

kak pip pun kalau masak daging mesti akan guna bahan2 yg ringkas sahaja, janji boleh makan. hehe.

mamapp berkata...

Wah favorite Syafi ni. Sedappp

Sofinah Lamudin berkata...

Hehehe... Ha'a Kak Huda. Mahal.. ni pun 500gram je beli.

Sofinah Lamudin berkata...

Yang penting sedap kan Kak Pip. Hehehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Ramai gak minat makan daging kicap ni kan. hehehe.