SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 19 Disember 2017

Dah Makan di Restoren Baru JJ Nazar, WP.Labuan

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Kelmarin, Saya dan Mr.Bee nak berurusan dengan MoneyGram. Sebelum ke MoneyGram, dalam kepala saya asyik terbayang dengan makanan je. Macam-macam juga dalam fikiran ni. Nasi Briyani laa, Kari Kambing laa, Roti Cobra laa.. Hati ayam masak kisap laa.. Wahaha! Maklumlaa orang belum makan tengah hari. Ada ada je yang terbayang dalam kepala.Kepelbagaian makanan berputar putar atas kepala. Di tambah lagi dengan buka instagram ternampak gambar makanan! Vvaaah! Terpengaruh! Bincang dengan MR.Bee dalam kereta nak makan apa dan di mana.. So dia kata, makan kat restoren India yang biasa pergi tuu.. Sedang cari parking, Uiits! Ternampak pula cawangan Restoren JJ Nazar yang ke lima (Fasa dua - Restoren ada penghawa dingin) dah buka! Jadi nampaknya, terasmi laa sudah bila dah makan di Restoren Baru JJ Nazar, Wilayah Persekutuan Labuan ni (Ayat macam saya bukan orang Labuan je).

Dah Makan di Restoren Baru JJ Nazar, WP.Labuan - Sofinah lamudin


Restoren JJ Nazar yang baru ni, tak sama dengan restoren JJ Nazar yang lain. Sangat jauh bezanya! Sejak kami belum tunang dulu, memang suka lepak makan atau minum kat Restoren JJ Nazar yang lama (Restoren JJ Nazar pertama di Wilayah Persekutuan Labuan). Tapi waktu tu, Restoren ni masih guna nama JJ Naza bukan JJ Nazar. Kadang kadang tergurau juga laa dengan nama restoren ni sebab bunyi macam "Bernazar". Huhu.. Maaf owner restoren. Gurau aje! Dan waktu tu juga, restoren JJ Nazar ni baru ada dua buah kat Wilayah Persekutuan Labuan. Restoren kedua pun menggunakan nama lain, iaitu Dinie. Bila dah membiak sekarang, semua nama restoren ditukar menjadi satu nama sahaja. Biar seragam iaitu JJ Nazar. Restoren utama, Restoren JJ Nazar Sdn Bhd. Manakala yang lain, JJ Nazar Enterprise di bawah JJ Nazar Sdn Bhd.

Dah Makan di Restoren Baru JJ Nazar, WP.Labuan - Sofinah Lamudin


Sebenarnya, Restoren JJ Nazar yang ke lima ni dah lama pun buka. Sejak tahun lepas, 2016. Tapi Restoren ke lima ni, ambil satu lagi lot (bersebelahan sahaja). Maka wujudlah bahagian yang nampak lebih mewah. Ada penghawa dingin dan design pun nampak berbeza. Nampak mewah sangat. Terasa seperti dalam restoren milik hotel. Memang sesuai sangat laa.. Labuan ni panas.. Tehee.

Bukan itu sahaja yang berbeza tetapi pekerjanya juga tampak berbeza sekali. Korang mesti pernah tengok macam mana rupa restoren india kan? Pekerja mereka macam mana? Pakaian biasa, rupa biasa, cara take order pun biasa, YyeahhH! tetap cara macam warung biasa. Kan?

Dah Makan di Restoren Baru JJ Nazar, WP.Labuan - Sofinah Lamudin


Tapi yang ni berbeza. Masa saya dan MR.Bee buka pintu restoren, terkejut sekejap! Saya ingatkan ada event dalam restoren tu. Sebab ada beberapa orang perempuan memakai baju kot merah dan bertudung hitam. Vvaaah! Tanggapan pertama saya masa nampak pelayan restoren tu macam "budak MLM" Wahaha. Pasal apa, dulu masa saya join MLM, Hhaaah! Macam tu rupa pakaian kitorang. Kot merah dan baju kat dalam hitam. Tudung pula hitam untuk yang perempuan yang bertudung. Nii, kalau tiba-tiba ahli MLM tu lepak dalam restoren ni, silap silap kita panggil dia untuk take order! Wahahaha! Just kidding! Baju pelayan kat restoren ni ada logo. Logo JJ Nazar yang ada bentuk garfu dan sudu digabung gabung jadi la huruf 'N'. Kemudian, setiap pelayan menggunakan tanda nama. So, kita boleh tahu nama pelayan ni.

Saya order roti cobra kambing dan Teh C spesial. Mr.Bee pula order Nasi Briyani Ayam dan Teh Tarik. Penyediaan makanan tak lama. Bagus juga untuk yang sedang lapar tu kan. Wahaha. Tak laa tertunggu tunggu sangat sambil perut kosong!

Dah Makan di Restoren Baru JJ Nazar, WP.Labuan - Sofinah Lamudin

Dah Makan di Restoren Baru JJ Nazar, WP.Labuan - Sofinah Lamudin


Dari segi rasa makanan tu ada peningkatan juga! Cuma my daging kambing dua ketul je ye? Haiiyyaa.. Tak cukup laa.. dan dagingnya agak keras. Uhrmm.. tak macam sebelum ni... Sedih sedikit ye kat situ. Tapi Yang lain-lain, OK! Puas hati! Roti dan telur tu OK je. Nasi Briyani pun licin oleh Mr.Bee. Tehee.

Menu pula ada juga laa yang meningkat kat Restoren JJ Nazar ni, kalau dulu-dulu Cappuccino tak ada, kini jangankan Cappuccino, Espresso pun ada. Cuma...cuma kami tak pernah cuba minumanan jenis macam ni kat Restoren JJ Nazar ni. Dah nampak mewah sangat kan restoren ni, sampai saya terbayang bayang diorang jual kek juga. Brownies ke, Moist ke.. kek Cheese ke.. Vvaaah! Saya pula yang over, guys!

Dah Makan di Restoren Baru JJ Nazar, WP.Labuan - Sofinah Lamudin


Cuma, ada beberapa lagi yang perlu dibaiki dari segi cara take order dan pelayan kena alert juga. Asyik selfie dan layan handphone je. Susah nak panggil. Kalau nak macam tu juga, nampaknya Restoren JJ Nazar perlu buat loceng. Wahaha! Biar dengar apabila pelanggan panggil dan senang juga pelanggan nak panggil untuk tambah order ke, nak suruh bagi bill ke dan sebagainya.

Dah Makan di Restoren Baru JJ Nazar, WP.Labuan - Sofinah Lamudin


Tapi, walau apa cara dan style sekalipun mereka melayan pelanggan tu, biasalaa kan.. Bukan restoren 5 bintang pun. Asalkan tak biadap sudah. Ni kira OK dah ni sebab tak akan wujud orang yang suka merokok dalam restoren macam ni. Tak mungkin. So, Saya nak datang sini lagi. In Shaa Allah kali kedua pergi nak bawa mak ayah pula makan kat Restoren cantik JJ Nazar ni!

Lepas kitorang makan tu, jalan jalan sekitar bandar sambil tengok restoren JJ Nazar yang lama lama. Vvaaah! Memang jauh berbeza!

Dah Makan di Restoren Baru JJ Nazar, WP.Labuan - Sofinah Lamudin


Psst! Tak nak letak WIFI sekali ke JJ Nazar?? Wahaha.. Kalau ada, puas laa korang tengok saya dan MR.Bee lepak situ dengan sekerap kerapnya! Wahaha...

Letak WIFI percuma di restoren menguntungkan atau merugikan?

Terima kasih baca. Jangan lupa komen dan bagi pendapat mengenai untung ke tidak letak WIFI percuma dalam restoren ye. VvaawaahhHHHH!


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Mohaz Sue berkata...

Nampak teratur dan menarik restoran ni

Sofinah Lamudin berkata...

Ha'a kak Moha... Restoren baru kann.. Selesa.