Tajuk mengancam tak? Berkarya di Malajah Bekazon..Tehee! Haa... ni nak kongsikan dengan korang yang suka melukis atau yang pandai dan hebat melukis kartun komik atau pun ilustrasi. Peluang keemasan sudah ada depan mata. Pada 27 Oktober 2017 yang lalu, Bekazon telah mengumumkan kepada peminat-peminat Majalah Bekazon di Fan page mereka satu berita baik! Kepada yang sudah lama mengikuti Fan Page Bekazon, sudah tentu tahu berita keemasan ni! Majalah Bekazon telah menyediakan satu ruang di dalam Majalah tersebut yang diberikan nama "BEKA-ZONE" khas untuk peminat-peminat Bekazon yang suka melukis menghantar atau berkarya di Majalah Bekazon. Paling bagus bagus bagus punya berita adalah....tak ada sebarang tamat tempoh yang ditetapkan oleh pihak Bekazon. Bolehlah korang menikmati dan bersantai dengan lukisan korang untuk dipaparkan di majalah tersebut.
Sumber gambar : www.fb.com/BekazonOfficial |
Ruang yang diberi nama "BEKA-ZONE" ini akan dipenuhi dengan karya-karya peminat-peminat majalah Bekazon. Saya pun teruja juga! Ehh.. bukan teruja nak hantar karya...Wahaha... teruja nak baca komik peminat Bekazon dan nak tengok lukisan-lukisan yang mereka kongsikan kat majalah Bekazon tu nanti.
Untuk pengetahuan korang, ruangan "BEKA-ZONE" sudah pun disiarkan sekarang di isu 16 Majalah Bekazon. Kalau nak baca komik dan tengok lukisan peminat-peminat, cepat-cepat lah dapatkan Majalah Bekazon isu 16 di kedai buku berdekatan dengan korang sekarang, OK!
Atau.. boleh juga buat tempahan kat laman web Bekazon. Saya pun nak pergi terjah laman Web Bekazon untuk buat tempahan isu ke 16! Ilustrasi isu ke 16 kali ni, boleh tahan lawa! Kalau korang nak dapat paper bag percuma, boleh tempah Majalah isu 16 Early Bird,OK. Cepat-cepat tempah sebelum habis stok..
Sumber gambar : www.bekazon.com |
Cara-Cara Menempah Majalah Bekazon Online
Langkah 1 :
Masuk ke laman web Bekazon : www.bekazon.com . Daftarkan alamat emel korang dulu. Buka akaun Bekazon dengan klik pada "Create An Account".
Langkah 2 :
Klik pada "Order Now".
Langkah 3 :
Klik pada "SALE : BEKAZON Issue #16 *FREE PaperBag [EARLY BIRD]".
Langkah 4 :
Kemudian, klik pada "Add To Cart".
Langkah 5 :
Kalau nak sambung shopping majalah, boleh klik "Continue Shopping". Kalau dah siap shopping, boleh klik kat "Checkout".
Langkah 6 :
Selepas "Checkout", korang kena isi maklumat penghantaran (Alamat). Kemudian, harga majalah akan ditambah dengan kos penghantaran. Dah tu, klik pada "Confirm Order".
Langkah 7 :
Untuk pembayaran, kena isi nombor kad visa atau master / credit atau debit korang.
Langkah 8 :
Lepas dah isi maklumat yang diperlukan, jangan lupa tanda bahagian "Terms of Service & Privacy Policy". Kemudian, klik pada "Pay Online".
Langkah 9 :
Haa...yang ni, ada kod masuk ke nombor telefon korang melalui pesanan ringkas (SMS). Check SMS tu dan masukkan kod tersebut ke kotak kuning tu. Lepas tu klik "OK" .
Langkah 10 :
Dah selesai. Mesej seperti dalam gambar kat bawah akan tertera. Selamat menunggu Majalah Bekazon isu ke 16 korang sampai. Hehehe.
Selain daripada membeli, jangan lupa berkarya di Majalah Bekazon, OK! Buat koleksi pun boleh... Yayyh!
Jangan lupa baca entri saya bertajuk "Koleksi Bekazon Menggantikan Ujang dan Apo?".
Maklumat lanjut dan berita terkini boleh ke :
Laman web : www.bekazon.com
Laman web : www.bekazon.com
Facebook Page : www.facebook.com/BekazonOfficial
Intagram : www.instagram.com/bekazon
Terima kasih membaca entri ni.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
4 Kata-kata Dari Teman:
lama tak beli komik .. last beli majalah almarhum lengkuas
Lama ndak layan komik...
Biasa tu kalau berhenti beli. Saya pun baru start balik. hehe.. kalau peminat tegar tahap extreme je yang tak pernah berhenti. Haha.
Bersantai dengan komik kadang2 seronok kak pip. hehe.
Catat Ulasan