Pernah dengar tak MONEYGRAM? Kalau yang biasa membuat transaksi duit dari luar negara atau nak transfer duit dari Malaysia ke luar negara, boleh laa guna perkhidmatan MONEYGRAM. MONEYGRAM ni sama macam Western Union. Baru baru ni, client MR.Bee ada menghantar sejumlah wang dari Surabaya, Indonesia. Jadi saya nak ambil kesempatan ni untuk menulis cara menerima atau menghantar kiriman wang menggunakan MONEYGRAM. Memang ada sedikit leceh kalau guna MONEYGRAM atau Western Union sebab terpaksa keluar rumah untuk ke cawangan MONEYGRAM atau pun ejen MONEYGRAM di bank seperti di CIMB , RHB atau MAYBANK. Sebenarnya, boleh juga secara online menggunakan laman web HTTPS Cimb Clicks atau Maybank2u tetapi biasanya akan ada caj dikenakan.
Pada mulanya, kami ke cawangan MONEYGRAM untuk mengambil wang tersebut. Tapi, katanya kena pergi CIMB. Tak pasti pula kenapa. Malas nak banyak tanya. So, kami ambil keputusan pergi CIMB je. Senang sangat nak ambil duit dari MONEYGRAM ni walaupun terpaksa ke bank. Yang jadi tak senang tu hanya apabila ramai orang kat bank! Hhaaah! Part ni, memang saya lemah sikit. Wahaha.. Tak suka berlama lama dalam bank. Tapi, nasib kami baik sangat sebab kebetulan tak ramai orang masa tu.
Cara Menerima Wang Menggunakan MONEYGRAM
Langkah pertama, pergi ke bahagian borang. Cari borang PENERIMAAN WANG MONEYGRAM.
Langkah kedua, isi butir butir yang diperlukan atau maklumat yang wajib diisi pada borang tersebut.
Apa yang perlu diisi adalah maklumat penerima. Nama kita la maksudnya tu. Sebagai penerima wang tersebut. Selain tu, perlu isi maklumat si pengirim. Dan paling penting dan tak boleh lupa adalah nombor reference dari si pengirim. Kalau tak ada nombor ni, susah laa nak ambil duit tu nanti.
Langkah ketiga, pergi kaunter customer service atau kaunter tempat ambil nombor giliran, untuk dapatkan nombor giliran. Disebabkan tak ramai orang yang berurusan, jadi dapat je nombor, Mr.Bee terus dipanggil ke kaunter.
Langkah keempat, serahkan borang yang diisi tadi di kaunter dan jangan lupa sediakan kad pengenalan.
Langkah kelima, tunggu je. Lepas tu orang kat kaunter tu akan bagi duit yang tertera pada borang tadi.
Selesai. Macam tu je. Dah siap! Hhaaah! Tak susah pun sebenarnya. Jadi, macam mana pula kalau menghantar?
Cara Menghantar Wang Menggunakan MONEYGRAM
Langkah dia sama sahaja. Ambil borang, isikan dan ambil nombor. Bezanya satu sahaja. Semasa kita kat kaunter, selain bagi pinjam kad pengenalan kita kat orang di kaunter tu, sediakan duit tunai yang kita nak hantarkan tu. Wehehe! Kemudian, dia akan berikan kita satu kertas atau resit yang tertulis nombor rujukan. So, kertas ni laa buktinya kita dah hantar duit tersebut kepada si fulan bin si fulan. Kertas ni simpan dan gambar atau scan. Lepas tu, hantarkan gambar/scan tu kepada si penerima iaitu kepada orang yang kita serahkan sejumlah wang tersebut. Dengan itu, bolehlah dia mengambil wang tersebut di MONEYGRAM kat tempat dia.
Siap. Macam tu ringkas je...Selesai je urusan kat bank, saya dan Mr.Bee pergi makan kat Food Court, Ujana Kewangan lepas tu, ambil kesempatan jalan-jalan tepi pantai. Kebetulan cuaca tak laa panas sangat tak risau sunburn sebab Mr.Bee lupa pakai Sunblock sebelum keluar rumah. Tehee....VvaawaahhHHHH!
Terima kasih baca entri ni.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
35 Kata-kata Dari Teman:
baru tau ada moneygram ni.. thanks soffie. Satu ilmu baru ni
adsense tak ley guna moneygram kan? huhu.
Belum pernah cuba lagi, tak ada rezeki lagi nak ke luar negara. Thanks for the information, bole tambah ilmu sikit ^^
nice sharing
Sama-sama Ina.. hehe.
Huh? Tak tahu pula kalau Adsen ni IQ... saya tak ada pengalaman lagi adsen. Tak lulus.. haha. Sedey.. nanti saya try lagi.
Dari Malaysia pun boleh Fatin. Hantar duit ke luar negara. Contohnya nak beli barang yang ada kat luar negara, leh la guna ni.
TQ Emarieys... semoga bermanfaat.
Ade contoh gambar no reference tak mcm mana? Sorru first time, so tak tahu kt mne .
Alaaa sorry sebab tak ada pula gambar reference no. Huhuhu... baru saya perasan saya tak letak contohnya kat sini.
Hari ini saya pertama kali nk ambil duit dri kiriman moneygram dri kakak ipar yg berada di Ukraine..hrap x dak masaalah sbb reference no smua dh ada pda sya..
Hri ini kali pertama nk ambil duit Dari moneygram kiriman kakak ipar sya yg berada di Ukraine.. Hrap x Ada msalah sbb no reference dh Ada
boleh hantar terus masuk ke akaun bank penerima tak?
In Shaa Allah tak ada apa2. Asalkan reference no. tak hilang. hehe.
Boleh kalau guna Moneygram online. Yang saya tulis di atas adalah kaedah offline. Kena pergi bank. Isi borang manual.
berapa lama masa diambil bila kiter dah htr duit ke luar negara,cth indonesia.adakah si fulan b si fulan boleh ambil duit pada hari yang sama kiter hantar?
Add charge Tak yg dikenakan?
Tak ada charge dikenakan menggunakan Moneygram.
Nk tanya.klu guna moneygram hntr ke luar negara ada charge ke xde?
Tak ada... tapi kalau melalui online saya rasa ada.
Masimal berapa ringgit dalam satu bulan pengambilan uang di money gram . Pls info
Kartika, Sejak tahun 2017, maksimum satu transaksi moneygram adalah USD3000. Dalam lingkungan 10 ribu ringgit Malaysia.
maybank ada money gram x
Perlu ada akaun bank ke?
Guna Maybank2u pun boleh guna moneygram sis. Ada service fee RM11 ke atas..
Kalau nak guna secara online transfer, memang kena ada akaun bank encik/puan. Kalau tak ada akaun bank, kena pergi ke ejen Moneygram yang berdekatan.
boleh ke nama penerima tu nama company tempat kita beli barang? bukan nama individu?
Rasanya boleh tapi saya tak pasti. Boleh tanya kat kaunter yang encik/puan/cik berurusan tu nanti.
Bila kita dah bagi si fulan tu nombor penghantaran wang, dia dah boleh terima.
Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ni klu tak pening dah cm mna😊
Ada apa2 dokumen yang diperlukan untuk menghantar wang ke luar negara
Alhamdulillah... Semoga sentiasa bermanfaat dan membantu orang lain dengan perkongsian ini.
Macam biasa perlukan kad pengenalan...
Klau saudara dari Thailand hantar 650k kepada saya melalui BSN ada kena daftar ke.byaran daftar dikenakan tolong explain boleh x.macam mna saya nk terima 650k tu masuk dalam akaun bank saya
TT dari Thailand 650k kna daftar apa2 ke sblum duit masuk ke dalam akaun bank saya
Catat Ulasan