SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 20 Disember 2017

Menyertai Dunia Jedi Star Wars Secara Tidak Sengaja

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pada suatu hari, seorang perempuan yang cantik dan manis bernama Rey telah menyertai dunia Jedi secara tidak sengaja dalam "Star Wars : The Force Awaken" gara gara pertemuannya dengan android bernama BB8 dan seorang lelaki bernama Finn. Rey cuba untuk tidak terjebak tetapi sudah menjadi takdirnya sehingga Rey di akhir cerita dalam "Star Wars : The Force Awaken" menyertai Luke Skywalker, Jeneral Leia, Finn, Poe Dameron dalam membongkar misteri dunia Jedi. Rey menyertai dunia Jedi secara tidak sengaja ini telah membuatkan kontroversi hebat dalam kalangan peminat tegar Star Wars!

Menyertai Dunia Jedi Star Wars Secara Tidak Sengaja - Sofinah Lamudin


Seperti yang kita sudah tahu di dalam "Star Wars : The Force Awaken", Rey adalah watak yang penuh misteri! Ramai yang berbahas berkenaan identiti Rey yang sebenar tambah tabah bila kita lihat Rey mempunyai kuasa Force yang sama seperti Luke Skywalker. Nampak gayanya Luke Skywalker akan menjadi guru kepada Rey! Logik kan? Ada yang berkata, Rey adalah merupakan anak kepada Luke Skywalker tetapi telah disangkal oleh pengarah filem ini iaitu JJ Abrams sehingga menimbulkan satu ketegangan dalam filem ini. JJ Abrams telah memberi amaran kepada pekerja nya agar tidak ada sesiapa yang membongkar rahsia ini kerana identiti Rey adalah rahsia dan kejutan untuk peminat peminat Star Wars! Vvaaah! Saya sendiri sangat teruja bila membaca artikel luar negara berkenaan Rey! JJ Abrams selaku pengarah "Star Wars : The Force Awaken" sempat berkata, sesiapa sahaja yang membongkar rahsia ini, akan dipecat! Vvaaah! Gerun sangat!

Memang! Selepas kita melangkah keluar dari panggung wayang pada tahun 2015, soalan yang ada di dalam kepala hanyalah "Siapakah Rey..? Siapa ibu bapa Rey..?". Ada beberapa teori muncul oleh peminat Star Wars selain dari mengatakan Rey adalah anak kepada Luke Skywalker. Mungkin Rey adalah anak kepada Han dan Princess Leia. Mungkin juga anak kepada Obi-Wan Kenobi atau Rey adalah jelmaan semula Anakin Skywalker? Wahahaha! Logik atau tidak teori ini, jawapannya hanya akan didedahkan di dalam filem "Star Wars : The Last Jedi"!.

"Star Wars : The Last Jedi" adalah merupakan episod yang penuh emosi dan sangat menyentuh perasaan apabila episod ini adalah menjadi episod terakhir kemunculan Carrie Fisher yang memegang watak Jeneral/Princess Leia. Beliau meninggal dunia pada tahun 2016. Semua orang maklum bahawa Carrie Fisher merupakan pelakon dari episod pertama filem epik ini!

Disebabkan dah ramai yang menonton "Star Wars : The Last Jedi", saya agak tidak keruan! Wahaha... Tak sabar sangat nak tengok filem ni. Tapi tak boleh tengok sekarang. Kena sabar dulu. Tehee. Nak tengok kat Kota Kinabalu juga baru ada feel! Tehee.

Selepas tragedi menyayat hati dalam filem "Star Wars : The Force Awaken" di mana Han Solo mati dibunuh oleh anaknya sendiri, Kylo Ren, nampaknya Chewbacca begitu sedih kehilangan sahabat baiknya! Namun, dengar khabar, Chewbacca ada kawan baru dalam "Star Wars : The Last Jedi". Namanya, Porg!!  Porg adalah makhluk yang tinggal di planet Ahch-To. Macam mana diorang ni jumpa makhluk pelik tapi comel ni? Nak tahu tentang PORG, boleh baca entri saya bertajuk "Porg Adalah Sebahagian Kebijaksanaan Disney dalam Mempromosikan Star Wars The Last Jedi", OK!


Menyertai Dunia Jedi Star Wars Secara Tidak Sengaja - Sofinah Lamudin


Kalau sebelum ni ada BB8, kali ni ada Porg pula. Bertambah tak senang duduk saya dibuatnya. Wahaha! Bila fikir-fikir, apakah perasaan Kylo Ren selepas membunuh bapanya sendiri? Adakah itu sebahagian dari kemenangan bagi diri Kylo Ren? atau..adakah itu sejenis semangat juara baginya untuk membuktikan dia bertindak betul seperti datuknya? Ada juga yang mengatakan, kononnya Kylo Ren dah berubah dari watak antagonis kepada watak lain. Benarkah?

Nampaknya Filem "Star Wars : The Last Jedi" ni betul betul menyeru nama saya sekarang! Saya betul betul nakkan jawapan bagi semua persoalan yang wujud dalam kepala ni. Tapi, disebabkan saya gigih mengumpul duit untuk buat movie marathon di Kota Kinablau nanti, jadi saya tak boleh sama sekali menonton di WP.Labuan. RM100 untuk tengok movie berdua kat sana berbaloi sikit. Boleh tengok banyak movie berbanding kat sini! Bila dikira kira, boleh tengok 7 buah movie. Malah ada baki RM2 lagi. VvaawaahhHHH!

Terima kasih baca entri ni.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: