SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 14 Disember 2017

Dapatkan Malajah atau Komik Berstatus RARE

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Fuuhh... perkataan RARE tu bukan main lagi. Wehehe..kepada hantu komik atau peminat tegar majalah kartun Ujang, Apo?, Gila-gila, Lanun, Lawak Variasi dan banyaaakk lagi sampai tak mampu nak sertakan semua. Pasti suka sangat menyimpan dan membeli majalah atau komik berstatus RARE ni! Mana tak RARE sebab, majalah atau komik keluaran lama sudah pastilah tak wujud lagi di mana-mana kedai buku. Macam mana nak wujud..dah tak ada lagi pengeluran dibuat. Yang tinggal hanyalah dalam simpanan orang-orang bertuah yang sempat membeli suatu ketika dahulu. Jadi, macam mana agaknya nak dapatkan majalah atau komik berstatus RARE ni, korang?

Seperti yang saya sebutkan di atas, mereka yang sempat membeli majalah atau komik tersebut sahaja yang ada menyimpan majalah atau komik tersebut. Tu pun kalau belum...err...belum dikorbankan dengan cara orang biasa lakukan seperti, bakar buku lama. Beri pada adik sebab dah tak nak pakai. Dah hilang entah kemana. Rosak sebab tikus dan lipas gigit. Wahaha.

Oleh hal yang demikian, majalah atau komik berstatus RARE ni hanya boleh didapati daripada mereka yang masih menyimpannya dengan elok. Kondisinya masih baik dan boleh dibaca lagi.

Namun, kita yang mencari majalah atau komik tertentu ; sudah tentulah yang sudah tidak ada di pasaran. Perlu mencari mereka dan tanya "Adakah mereka mahu menjualnya untuk kita? Berapakah harganya?". Tapi di manakah nak cari mereka ni?

Ahaa... Tu yang saya nak kongsikan! Nak cari mereka ni senang sebenarnya. Mereka ada je lepak-lepak kat group facebook. Buka kaunter jualan. Eh! Silap! bukan jualan tapi lelongan atau pembidaan! YEZzzaaa... lelong. Bukan jual. Ada juga yang jual tanpa bida juga tapi lebih ramai yang suka buat lelongan dan pembidaan. Seperti yang kita tahu, lelong atau bida ni biasa akan naik harga mengikut berapa ramai peminat kepada sesebuah majalah atau komik tersebut. Apatah lagi kalau ada tanda tangan si pelukis atau penulis. Aduhh...Lagi naik nilainyaa.. Kalau betul-betul nak menang dalam medan perlawanan pembidaan ni, sediakanlah duit banyak-banyak dulu ataupun sediakan tisu semasa mengucapkan kata-kata akhir sambil melihat majalah atau komik tersebut menjadi hak milik orang lain.

Dah nama pun RARE, susah nak dapatkan di pasaran. Sebab tu nilainya meningkat apatah lagi kalau majalah atau komik tersebut adalah jenis yang "Demand" tinggi. Kadang-kadang, pemilik majalah atau komik tak akan buka harga murah, memang buka mahal terus.

Setakat ni, saya sendiri masih menjadi penonton sahaja dalam group tersebut. Wahaha... Belum mampu nak rembat mana-mana majalah atau komik RARE yang ada dalam tu. Lagipun, hmm... rak buku dah penuh.. Grr... ye laaa... actually itu semua alasan! Wahaha... Sebenarnya tak sanggup lagi melarikan atau menerbangkan duit jauh-jauh walaupun ada majalah dan komik yang saya target kat dalam tu. Sabar dulu.. Tehee.

Uits...Cerita dah meleret. OK! Kembali kepada cerita group tadi, Ada beberapa buah group yang menjual, membida, atau melelong majalah dan komik lama-lama ni. Tapi, antara yang aktif adalah :

1. Gedung Jual/Beli buku, Novel, Komik, Majalah Lama dan Baru

Dapatkan Malajah atau Komik Berstatus RARE

2. Kolektor Jual Beli Buku2 Lama, Majalah, Novel dan Kartun @ Komik

Dapatkan Malajah atau Komik Berstatus RARE

3. Group Jual Beli Bida Komik

Dapatkan Malajah atau Komik Berstatus RARE

Setakat ni, yang saya perhatikan..memang majalah kartun dan komik laku keras dalam group facebook ni. Kalau ada majalah atau komik yang korang sedang cari, boleh lah bertandang ke group yang saya senaraikan kat atas. Sebelum tu, jangan lupa bagi salam dulu dalam group tu. Takut penunggu komik marah. Wahaha.

Selain dari nak membeli, Korang boleh juga menjual. Kalau korang ada majalah atau komik yang korang dah tak nak, bolehlah membuat promosi majalah dan komik korang kat sana. OK!

Terima kasih sebab baca entri ni.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

nia berkata...

kena tengok ni mana tahu sangkut komik yg rare

Sofinah Lamudin berkata...

Banyak komik lama-lama tu kat sana Nia. hehe.