SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 14 Disember 2017

Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama

Assalammulaiakum Bloggers dan Readers,

Pada entri saya bertajuk "Koleksi Bekazon Menggantikan Ujang dan Apo?" baru-baru ni. Saya ada bercerita bahawa saya tak sempat nak buat koleksi dan memiliki majalah Ujang dan Apo? keluaran lama. Nampaknya, kata-kata saya tu silap! Tehee... Siapa kata tak boleh dah miliki majalah Ujang dan Apo? selepas Moy Publications Sdn Bhd tutup kedai. Masih boleh sebenarnya! Walaupun Ujang dan Apo? telah digantikan dengan Bekazon, Bekazon tetap menjual majalah keluaran lama Ujang dan Apo?. Bumber Puasa dan Raya pun ada lagi! Kalau korang tak percaya, bolehlah periksa kat laman web : www.bekazon.com. Walau bagaimanapun, kalau hasrat korang nak buat koleksi dari no.1 sampai yang terakhir (tahun 2015) tu, tak dapat nak mimpi indah la. Ahaha. Sebab, Majalah Ujang dan Apo? yang masih ada stok sekarang ni pun dah semakin menipis.

Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama


Maksudnya, stok limited. Ada isu atau keluaran yang dah tak ada. Habis kena sapu. Sama ada memang dah habis dulu-dulu kala sebelum Bekazon wujud atau dah habis setelah Bekazon lahir ke dunia ni. hmm..

Bagi peminat-peminat tegar Majalah Ujang dan Apo? ni, memang akan sanggup membeli keluaran lama dan jadikan koleksi. Jadi, di kesempatan yang ada ni, walaupun tak banyak atau tak mampu nak miliki semua keluaran Ujang dan Apo?, saya tak nak melepaskan peluang! Baru-baru ni, saya sempat merembat 5 buah majalah Ujang. Isu ke 451,452,454,455 dan 459. Baru Ujang. Apo? belum lagi. Tu pun tak tahu sempat ke tak. Kalau stok habis, apa boleh buat la kan. Tehee...

Walau bagaimanapun, sebenarnya ada cara lain bagi korang yang nak buat koleksi melampau-lampau majalah Ujang dan Apo? ni terutamanya keluaran paling lama. Dah jadi rare! Dah jadi legendary! bak kata permainan video Mobile Legends! Ceehh.. Kalau nak tahu yang itu, korang kena baca kat entri saya yang bertajuk Dapatkan Malajah atau Komik Berstatus RARE.

OK! Kembali ke topik asal..Majalah Ujang isu 451,452,454,455 dan 459 tu saya tempah melalui laman web Bekazon juga : www.bekazon.com . Cara nak tempah, boleh baca entri saya bertajuk "Berkarya di Majalah Bekazon dan Cara Pembelian Online" . Saya ada sediakan langkah demi langkah untuk membeli secara online di laman web Bekazon.

Bila Majalah Ujang yang saya tempah tu sampai je ke Wilayah Persekutuan Labuan, saya punya lah teruja !!

Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama


Paling seronok, saya juga dapat penanda buku comel Pak Cik Din secara percuma. Watak cereka oleh Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon.

Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama

Selain tu, saya dapat pelekat yang ada si Cupin naik motor percuma. Kenal kan si Cupin tu? Salah satu watak dalam komik Workshop oleh kartunis Sukun.

Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama


Ha... paling syok tu, saya dapat puzzle kertas percuma juga! Kebetulan saya memang minat permainan puzzle. Walaupun cuma kertas, saya tetap suka dan semangat cantumkan puzzle tu. Puzzle tu ada dua. Satu muka Pak Cik Din manakala satu lagi muka Mansur Todak. Kalau Pak Cik Din tu adalah maskot bagi Majalah Ujang, Mansur Todak tu pula adalah Maskot bagi Majalah Apo?.

Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama

Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama


Comel kan?! Tehee...

Haaa... Ada satu lagi free gift saya dapat. CD "Periuk Pujaan Pak Cik Din". Saya belum buka lagi CD ni. Nanti dah buka saya cerita. Tehee..

Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama


OK! Malamnya, saya dan MR.BEE semangat membaca majalah Ujang yang sudah sampai ni. Kelakar bila baca dibahagian "Lawak Antarabangsa". Mengimbau masa lampau betul. Ewahh! Selain daripada "Lawak Antarabangsa", saya juga sangat suka baca di bahagian penulisan oleh Sabrie SAB. Walaupun ringkas, tapi lawak. Tak tahu macam mana laa dia boleh dapat ilham tulis gaya macam tu.

Selain tu, saya suka sangat dengan Poster Ujang yang diselitkan di bahagian tengah Majalah Ujang...Yehaa! Memang dah jadi trend majalah kartun dulu-dulu kan. Mesti mesti mesti mahu ada poster!

Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama

Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama

Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama

Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama

Memiliki Majalah Ujang dan Apo? Keluaran Lama


Saya suka semua poster-poster kat atas tapi saya paling suka karya Sukun. Comel!! Hehehe... Karya Sukun yang kat gambar atas tu tajuk dia "Rupa Garang Jiwa Penyayang". Tehee..

Kalau korang pun nak juga Majalah Ujang dan Apo? Keluaran lama macam saya, korang cepat-cepat terjah laman web diorang, OK! Yelaa.. Tak semua boleh pergi ke event-event tertentu yang Bekazon buat. Betul tak? Jadi, Laman web Bekazon lah sebagai penggantinya.

Maklumat lanjut dan berita terkini boleh ke :
Laman web : www.bekazon.com


Terima kasih membaca entri ni.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

4 Kata-kata Dari Teman:

Keyk Hu berkata...

Rindunya nak baca majalah ujang ni. Time kecik2 dulu uncle selalu belikan.

Sofinah Lamudin berkata...

Waaahhh.. uncle belanja. hehehehe. Sekarang ada majalah Bekazon... Minta uncle belanja Bekazon pula.

zUr@iMiE berkata...

Assalamualaikum....saya ada koleksi majalah ujang...kalau berminat boleh pm 0196136621

Sofinah Lamudin berkata...

Waalakumsalam.. Terima kasih...