SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 25 Disember 2017

Ilmu Pengetahuan Adalah Penting Untuk Membuka Minda Lebih Luas

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Kebanyakkan orang, bila sebut tentang belajar dan Ilmu pengetahun, mesti akan terfikir mengenai sekolah, kolej atau universiti. Ilmu pengetahuan adalah penting untuk membuka minda lebih luas. Jadi, ia bukanlah tertakluk hanya untuk mereka yang bergelar pelajar. Bukanlah hanya untuk mereka yang masih muda atau yang masih berada di sekolah, Kolej atau Universiti. Ilmu pengetahuan ni lebih dari semua tu. Pernah dengar tak "Menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China"? Hhaaah! Jangan salah faham dengan ayat ni pula. Tehee.. Sampai ada yang kata, kena pergi China pula. Bukan... Sebenarnya ia hanya perumpamaan semata mata yang membawa maksud, menuntut ilmu biarlah di mana mana. Teringat satu moment dalam kelas masa masih sekolah dulu, sedang belajar bahasa Malaysia..cikgu sebut, "Kalau menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China.." tiba tiba member cakap, "Jauh juga cikgu...tak mampu..". Wahaha... Satu kelas gelak.

Ilmu Pengetahuan Adalah Penting Untuk Membuka Minda Lebih Luas - Sofinah Lamudin


Walaupun kita dah habis sekolah, kita tak boleh berhenti belajar agar kita mempunyai memikiran yang lebih terbuka, lebih memahami, lebih positif dan lebih kreatif dan seumpama dengannya. Kenapa saya kata, lebih terbuka, faham dan positif? Sebab ilmu pengetahuan ni bukan sekadar belajar mengenai sesuatu mata pelajaran seperti matematik, fizik, biologi dan geografi tetapi lebih dari itu. Setiap apa yang kita pelajari, baca dan lihat... ada mesej tersirat mengenai kehidupan. Kadang kadang , dalam rutin seharian kita tak perasan pun kita sedang dalam proses menuntut ilmu baru sebab terlalu mengaitkan ilmu pengetahun dan belajar dengan buku,sekolah, kolej dan universiti.

Untuk belajar, kita tak semestinya perlu berada dalam sekolah, kolej atau universiti sebab belajar tu umum. Semasa saya lepas SPM, memang asyik terbayang bayang bagunan kolej atau kuliah dalam universiti bila sebut sambung belajar. Wahaha.. sedangkan... di luar sekolah, kolej atau universiti pun kita boleh menuntut ilmu meskipun tak ada segulung ijazah.

Cuba lihat sekeliling kita. Kita boleh je belajar dengan apa sahaja. Cuba lihat telatah dan ragam manusia, lihat awam yang biru mahupun kelabu, lihat bangunan yang tinggi, yang baru atau yang lama... malah llihat pada diri sendiri! Kita boleh belajar sesuatu daripada semua tu dengan melihat sudut yang positif dan yang tersirat.

Contohnya, terlihat sepasang suami isteri yang tua di pasar. Mereka berborak dan kadang kadang ternampak mereka tergelak dengan gurau senda sendiri. Apa yang boleh kita belajar dengan mereka berdua? Jadilah yang terbaik untuk pasangan kita. Bercinta, setia dan saling sayang hingga tua.

Contoh lain pula, berada dalam bas, ternampak seorang lelaki. Membawa beras di bahu turun dari bas yang kita naiki. Apa yang kita boleh belajar dari lelaki ni? Walaupun hidup susah, tak ada kereta sendiri tetap berusaha mencari nafkah untuk anak isteri. Malah ia boleh membangkitkan satu tenaga positif agar kita berusaha lebih gigih supaya kita beli kenderaan sendiri. Selain senang bawa beras, boleh laa bawa anak bini jalan jalan. Huhu..sebak pula tulis macam ni..

Selain tu, maksud belajar juga termasuklah dengan diri kita yang dulu, yang sekarang dan yang akan datang. Kalau dulu, kita cuma A,B,C, hari ni...Alhamdulillah sebab pengalaman dan usaha yang dulu.. dah jadi D,E,F. In Shaa Allah.. akan datang melonjak jadi X,Y,Z pula!

Sebenarnya.. nak belajar ni senang je. Tak perlu tempat spesifik. Kita hanya perlu tukarkan cara pemikiran kita. Jadikanlah dunia ni sebagai kampus kita. Maka, kita akan belajar apa sahaja. Inilah hadiah daripada Allah untuk kita semua dalam dunia ni. Penuh dengan ilmu pengetahuan, pengajaran dan mesej tersirat.

Zaman yang serba canggih dengan kemajuan teknologi sekarang ni, penggunaan internet dengan cara yang betul pun boleh dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Banyak sangat perkara boleh explore melalui internet bukan sekadar layan facebook semata-mata. Tu pun, dalam Facebook masih boleh jumpa pelbagai informasi, contohnya ilmu pengetahuan mengenai anak, ilmu berkaitan kulit, malah banyak juga informasi mengenai makanan seperti resipi untuk mereka yang baru nak belajar memasak.

Untuk apa kita belajar semua tu? Terpulanglah kepada kita apa sebab musababnya. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Fatin Shahrizam berkata...

Betul, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita merupakan pelajaran baru untuk hari mendatang.

Sofinah Lamudin berkata...

Hehe..ye Fatin.. semoga kita semua terus belajar dari apa pun yang berlaku dan apa yang ada disekeliling.