SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 22 Disember 2017

1 Foto 1 Cerita : Bila dah Beralih ke Zaman Pekerjaan - Pertama Kali Bekerja

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Semalam saya bagaikan diseru untuk menulis sedikit cerita tentang saya di sekolah menengah. Boleh baca entri bertajuk "1 Foto 1 Cerita : Zaman Sekolah Menengah". Tak banyak. Sikit je. Sebenarnya banyak lagi kisah tapi nantilah saya kongsi kalau diseru lagi Wahaha! Sebenarnya saya memang jenis suka throwback. Tapi bukan jenis yang tak move on. Saya ni optimistik orangnya. Boring laa jadi people yang pesimis ni..Wahahaha! Apalaa..masuk bakul angkat sendiri. 😂😂

HaaahH! Dah lah menipu...puji diri pula...tak baik tau Sofie.

To be honest, kadang kadang saya tak ada la optimistik mana. Sometime, jatuh juga ke jurang pesimis, melankolik, dan macam tak move on macam move on juga...Manusia...Kadang lupa nak melupakan.

Sebenarnya saya dah move on. Cuma ada masa, kalau saya over throwback, saya terlupa saya cuma throwback bukan hidup dalam masa lampau.paling parah kalau dah throwback kenangan manis pun, terselit juga kenangan pahit. Parah! Ada part dalam hidup saya, saya sukar nak lupa. Normal kan? Sebagai hamba Allah yang hidupnya berlegar legar dalam pulau yang sama ni, memang susah sedikit nak lupa, ternampak lokasi jalan jalan zaman sekolah ke apa, boleh je buat saya teringat kenangan zaman kanak kanak atau remaja.



Maksud optimis dan Pesimis ada di entri ni : "Optimis vs Pesimis".

Saya suka throwback sebab ada banyak soalan dalam hidup ni, kadang kadang jawapannya datang bila dah berlalu begitu lama. Betul tak? Lagipun, pengajaran yang ada di masa silam tu penting untuk direcall agar pisang tak berbuah dua kali. Tapi, kadang kadang tu kerap juga saya ingatkan diri sendiri.. kalau terthrowback kenangan pahit tu, mesti dan wajib cool dan terima dengan lapang dada. Benda dah lepas kan, tak baik diingat ingat. Dikenang boleh. Beza kan ingat ingat dan kenang kenang ni. Hhaaah..! Kalau korang ada masalah tak boleh lepaskan masa lampau, boleh baca entri saya bertajuk "Beg Hitam yang Menghantui Kita". Harap boleh memotivasikan diri dan memberi manfaat.

Ada masanya, di part yang tertentu saya pun struggle nak buang masa lampau. Tapi, don't give up... teruskan fight. In Shaa Allah, lama lama walaupun kita ingat, dah tak rasa peritnya atau peritnya dah berkurang. Benda macam ni wajib fight for yourself sebab bahaya untuk kesihatan mental. Orang lain tak rasa tau, kita yang rasa. Jadi, kita wajib self-care.

So, kali ni saya nak kongsi pengalaman dan kisah saya semasa masuk zaman pekerjaan selepas tamat SPM. Banyak sangat kenangan yang BEST sebenarnya walaupun kenangan yang tak best tu bersaing hampir sama rata. Wahaha! Pastikan korang jangan gelak kalau saya cerita ni. Meh~

Selepas tamat SPM, sambil tunggu keputusan SPM tu memang agak bosan juga bila asyik duduk di rumah. Nak keluar rumah selalu bukan boleh sebab...yelaa.. keluar rumah selalu kan kena ada duit. Mommy dan ayah pun bising kalau asyik nak 'berjoli' dengan member. Kalau keluar rumah tu boleh bawa RM5 je tak apa laa.. Wahaha... Kadang keluar rumah ni, dari tak lapar pun jadi lapar bila nampak makanan sedap. Keluar lagi laa duit kan.

Selepas rehat beberapa minggu kat rumah, bosan membelek buku yang sama setiap hari, bosan menulis diari, bosan asyik main SMS dengan kakak angkat dan kawan-kawan (ni pun kes duit juga - Ayah bising asyik reload handphone). Kadang tu, melukis dengan anak buah. Pun boleh bosan juga sebab anak buah belum pandai sangat melukis. Kecik lagi. Banyak mengajar dari melukis yang santai... Wahaha..

Tengok movie Harry Potter dari nombor 1 hingga 5 pun tak tahu laa berapa kali. Sebab masa tu, nombor 6 dan 7 tak release lagi. Tengok laa ulang ulang. So, saya pun pergi la cari kerja untuk mengisi masa lapang dan dalam masa yang sama nak dapatkan pengalaman. Perkara paling bermain main dalam kepala ialah ada duit sendiri. Tehee.

Saya cari kerja kat area bandar Wilayah Persekutuan Labuan tak ada kerja kosong yang saya rasa sesuai dengan saya. Maklumlaa baru 17 tahun. Keputusan SPM pun belum ada lagi. Jadi, ayah saya offer saya masuk kerja kat tempat dia bekerja. Whaaatttt? OMG! No way... Wahahaha. Bukan laa ego atau jual mahal tapi kan.. Uhrmm.. siapa kenal saya, tahu laa  life remaja saya ni macam mana. Kemana sahaja saya pergi ibarat ada CCTV ikut. YyeahhH! Saya ni susah nak dilepaskan dari mommy dan ayah. Disayang ketat ketat sampai tak boleh sambung belajar luar Labuan sebab mommy dan ayah fobia kehilangan anak sejak arwah abang saya meninggal.

Kepada guru dan kawan saya yang tak faham semasa di sekolah, memang salah faham. Dua jenis salah faham. Jenis pertama, perli saya tak boleh hidup berdikari dan berkepit di bawah ketiak mommy dan ayah. Masih ingat juga laa.. ayat ni, "Saya kena lempar mana mana pun boleh hidup..", kata seorang guru yang mengajar saya. Sentap juga laa bila dengar ayat tu masa tu sampai air mata tumpah dalam hati..tapi sekarang, bila dah besar panjang ni, baru saya terfikir, boleh ke dia hidup kalau Tuhan lempar dia ke gurun sahara? Dah laa panas. Ibarat padang jarak padang terkukur. Wahahaha... ehh tak baik tau cakap macam tu...

Jenis salah faham kedua pula, menyalahkan mommy dan ayah saya yang kononnya kuno. Ye laa.. faham sebab kalau nak bertegas dengan anak ni, kena bertempat juga kan. Dalam hati marah juga kat orang yang cakap bukan bukan tu. Ada ke kata macam tuu.. Wahaha.. tapi tak terzahir masa tu sebab saya sendiri pun tak faham kenapa tak boleh belajar luar Labuan. Dah laa Labuan ni cuma ada satu Universiti je.

Malah, bidang saya suka tak ada. Jadi saya diam. Simpan dalam hati. Hhaaah! Macam saya cakap tadi laa. Dah lama berlalu baru akan dapat jawapan untuk setiap persoalan. Orang yang salah faham tu, biasalaa kan.. kalau orang tak faham kita, tak tahu tentang kita memang macam tu. Maaf kan je. Banyak saya belajar untuk ignore benda tak penting. Ignore la kan sebab kalau layan, yang sakit tu bukan dia. Sendiri. Jadi tak adil. Untuk adil pada diri sendiri, ignore je! Be happy. Gembira tu kan pilihan. Lagi pun, setiap kejadian tu akan ada hikmah. In Shaa Allah. Sabar je dulu. Suatu hari akan nampak juga apa yang terbaik dari Allah tu.

Jadi, bila tolak offer ayah tu, cuba juga la bagi alasan munasabah sikit. Lega sangat bila ayah terima dengan hati yang terbuka. Masa ni, ketegasan 360 darjah ayah ada turun 30% juga laa kat anak dara dia ni. Sebab dah 17 tahun. Lepas dah tak jumpa pekerjaan kat area bandar Wilayah Persekutuan Labuan, saya pun mencari kerja di Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan. Ditakdirkan berjumpa dengan seorang kawan. Satu sekolah tapi berlainan kelas. Dia pun bagi laa sedikit tips macam mana nak dapat kerja kat tempat dia kerja tu.

Dengan penuh harapan, saya isi borang kerja tu dan tinggalkan ruang kosong di bahagian yang tertera "JAWATAN DIPOHON". Masa tu bunyi perkataan jawatan tu sahaja sudah agak menakutkan. Budak lepasan SPM kot. Jawatan apa nak letak? Wahaha. So, biarkan je kosong. Tak disangka, tips kawan tu mujarab. Saya dipanggil temuduga. Masa temuduga oleh HR department tu, kebanyakkan jawapan saya cuma "OK" je. Wahahaha.. Yelaa.. kalau cerewet sangat nanti tak diterima bekerja pulaa. Selepas beberapa hari kemudian, saya diberitahu bahawa saya diterima bekerja. Vvaaah! Teruja dan gementar dibuatnya! Paling tak leceh bagi saya, kerja sini tak payah checkup macam kerja kat restoren. Saya ni tak minat jumpa doktor. Tehee..

Pengalaman menjadi Promoter Parkson

Department berkaitan Wanita

Nak tahu tak apa jawatan saya tu? Promoter baju dalam wanita! Deyy!! Itulah pekerjaan pertama saya. Wahaha... Paling tak boleh belah laa.. kena belajar cara ukur payudara orang. Paling mengusutkan fikiran bila saya kena up kan sale dengan cara offer wanita agar beli baju dalam tu lebih dari satu. ToEngg! Saya tebalkan je muka dengan harapan suatu hari nanti dapatlaa kerja lebih baik.

Budak lepasan SPM, memang hal hal baju dalam wanita ni memang ada rasa malu malu sikit. Bila saya dah masuk belia, cerita baju dalam? Astagfirullah... hahahaha... Belum lagi jumpa orang yang obses fashion baju dalam. macam tak nak berhenti pula borak. Hhuhu...

Tiga bulan tak bergaji

Pertama kali bekerja ni memang penat tapi saya tahan. Saya nak buktikan saya boleh. Saya kuatkan diri tambah tambah teringat member kata saya anak manja. Hhahaha... Tercabar rasanya... Teringat juga mommy kata, boleh ke kerja? Kalau kerja ni, bukan macam kat rumah. Vvaaah! Tambah teringat tambah kuat jadinya. Tambah rajin laa saya kerja. Saya boleh saya boleh saya boleh. Setiap hari saya bisik dalam hati. Jadi promoter nampak senang di mata orang yang bekerja bidang lain. Malah promoter ni dipandang rendah bagi sesetengah orang. Tapi, tak ada pekerjaan yang boleh saya mulakan terus berada kat atas. Semua mesti mula dari bawah! Nak sampai di puncak bukit atau gunung, memang kena mendaki dari kaki bukit/kaki gunung kan.. Betul tak?

Jadi promoter kat sini, tak boleh duduk. Dilarang juga berborak. Wajib layan customer yang datang. Mesti juga naik kan sale. Malah... setiap pagi ada product knowledge presentation. Dari sini laa datangnya ilmu dan pembelajaran mengenai produk dan perniagaan. Dari sini laa juga berputiknya minat dalam bidang perniagaan walaupun tak banyak.

Kerja kat sini, peraturan memang ketat. Disebabkan saya lepasan SPM, dan kat sekolah memang dah biasa dengan rules, so, saya tak ada masalah sangat nak follow walaupun ada rules yang buat saya tak suka. Antaranya, handphone pun tak boleh bawa. Mesti simpan dalam loker.

Pada peringkat awal memang resah gelisah juga tanpa telefon bimbit sepanjang hari. Hhaha... maklumlah, masa tu boleh dikatakan saya obses dengan SMS. Tapi tu lah, tak ada beza sangat pun dengan sekolah. Sekolah pun tak boleh bawa telefon bimbit. Mungkin rasa 

Tak sangka pula, first time kerja dah Allah duga. Wahaha.. Bulan pertama, gaji tak masuk. Bos kata, bulan depan masuk. Bulan kedua tak masuk masuk juga. Katanya nanti bulan ketiga. HuwaarrgghhHHHH! Saya nak marah tapi sabar lebih banyak sebab saya takut nanti ayah suruh berhenti kerja dan suruh masuk kerja kat tempat dia. ToEengg! Jadi saya bertahan dan cuba bagi sebanyak alasan yang boleh agar ayah cool down pasal gaji tak masuk masuk tu. Gaji saya masa tu RM400 je bulan pertama. Bulan kedua RM500 sebab sale baju dalam tu ada meningkat kata senior. Nak cari kerja lain macam tak nak sebab saya rasa macam seronok kerja kat Parkson. Yelaa, masa ni saya ada ramai kawan sebaya. Semua lepasan SPM juga. Heaven sangat banding duduk kat rumah. Kalau saya ni mak orang waktu tuu, duduk rumah jaga anak ada juga laa meriahnya kan. Wahahaha..

Ada seorang executive masa tu, dia tolong saya hubungi bos bagi brand baju dalam tu berkenaan gaji saya tak masuk masuk tu. Boleh boleh pula dia nak tangguh lagi ke bulan yang keempat. Uhrmm.. parah sangat! tapi disebabkan hal ni laa saya dapat sesuatu yang lebih baik. Betul laa kata kata pepatah tu, Ada hikmah disebalik kejadian.

Bertukar Brand
Gara gara kejadian gaji tak masuk selama 2 bulan kat brand baju dalam. Executive saya tukarkan saya ke brand lain. Kali ni brand handbag wanita pula. Hhaaah! Gaji saya kat sini ada banyak sikit. Sebulan RM600. Itulaa hikmahnya. Gaji naik RM100. Semasa masuk brand ni, gaji tak sekat sekat. Hujung bulan je gaji terus masuk dalam bank. Jadi maksudnya dah 3 bulan saya kat Parkson. Bulan ketiga ni, semua gaji saya yang tak masuk selama 2 bulan kat brand baju dalam wanita tu, lumsum masuk bank. Terkaya budak lepasan SPM ni sekejap. Waaaahahaaa! Girang tak sudah sebab berpuasa gaji selama 3 bulan! Korang pernah rasa tak perasan macam ni? Tehee.

Tapi kat brand ni saya ada dugaan juga.Dugaan saya lain macam pula. Lebih kepada buli emosi. Senior saya kat sini banyak ambil cuti. Malah suka balik awal. Tak suka overtime. kalau ada barang baru sampai, setiap kali tu laa dia masuk tengahari, saya biasanya terkena shift pagi. Jadi, barang tu semua haruslaa saya uruskan sorang. Tapi kadang ada kawan yang baik hati dari department lain akan tolong. Tu pun dia tolong curi curi waktu ketiadaan pelanggan. Kalau ada supervisor diaa nampak, dia akan kena sound sebab dilarang tinggalkan brand kita tanpa sesiapa yang jaga.

Memang terasa juga kalau terkena macam ni.Malah, kecil hati juga kalau depan kita baik, belakang kita dah jadi lain..tapi, saya twist je jadi positif.Tak mudah tapi apa salahnya ambil peluang ni untuk berlatih dan belajar jadi orang yang sentiasa positif. Alah bisa tegal biasa. In Shaa Allah ada hasil yang baik baik. Saya malas nak layan perasaan negatif. Lagi memenatkan. Tak penting dan membuang masa. So, dalam keadaan ditinggalkan selalu oleh senior, saya ambil kesempatan untuk belajar benda baru bila sendirian. Lama lama saya rasa fun dan enjoy sangat sebab dah banyak benda kita tahu. Lama lama saya tak kisah laa kalau senior saya nak balik awal ke apa. Saya akan terima je sebab...benefitnya, overtime! Dapat overtime dapat duit lebih. Percaya tak percaya, setiap negatif ada sudut positifnya. Banyak keluh kesah itu merugikan!

Begitulaa sedikit kisah dan pengalaman saya jadi promoter. Banyak lagi tapi tak boleh cerita semua kat sini. Gilaa panjang macam novel pula nanti. Lagipun, waktu saya menaip ni dah lewat sangat. Elok tidur dan rehatkan minda. Hhaaah! Sebelum tidur tu, jangan lupa baca doa dan buat beberapa amalan sebelum tidur. OK!... Sampai sini je dulu. Sambungan kat entri bertajuk "1 Foto 1 Cerita : Bila dah Beralih ke Zaman Pekerjaan - Masuk Department Visual sebagai Artist".


Terima kasih baca.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

8 Kata-kata Dari Teman:

azlina ina berkata...

laaa..yeke? ingat keja gomen je yg takde gaji selama 3bulan.Btw,memang best time lumsum tu.. tapi mcm pelik la sofie..3bulan tu takde gaji..sadiss..

noor azlan berkata...

Oh patutlah diaorang beria promote satu-satu jenama kat saya... hihi... Pengalaman yang baik untuk masa hadapan...

Lynda Che Lah berkata...

Pengalaman kan...kalau tak, taktahu benda baru..hehe

Sofinah Lamudin berkata...

Department tu ada problem masa tu. Tu yang jadi macam tu. Kena rajin follow up..

Sofinah Lamudin berkata...

Betul kak lynda.. seronok juga belajar benda baru.

Sofinah Lamudin berkata...

Ha'a.. biasala promoter. hehehe.

Tanpa Nama berkata...

memang gaji 500, 600 je ke kerja kat parkson? btw berapa lama masa kerja dia sehari?

Sofinah Lamudin berkata...

Tu zaman saya. Nowadays mungkin dah lain. 8 jam sehari kalau tak overtime.