Di entri saya yang bertajuk "Pembelian buku di MPH Online", saya ada bercerita mengenai pembelian buku Harry Potter dengan Kumpulan Phoenix di MPH Online. Di entri kali ini, saya nak kongsikan cara membeli buku di MPH Online pula. Walaupun, membuat pembelian secara online ni sudah menjadi fenomena dan diketahui oleh kebanyakkan orang, saya tetap nak kongsikan tutorial ini kepada mereka yang mungkin masih memerlukan. Tak semua orang tinggal di tempat yang mempunyai kedai buku. Malah, jika ada pun kedai buku di tempat tinggalnya, akan wujud situasi buku tertentu yang tidak dijual di kedai buku tersebut. Haa.. Macam saya laa... Saya ada situasi macam ni. Di Wilayah Persekutuan Labuan, kalau tak silap kira, ada 7 buah kedai buku. Walaupun ada 7 buah kedai buku, akan ada buku-buku tertentu yang tidak dijual oleh semua kedai buku tersebut. Jadi, jalan penyelesaiannya adalah, membeli buku secara online. Salah satunya adalah di MPH Online. Jadi, di bawah merupakan cara membeli buku di MPH Online.
Langkah 1 :
Layari laman web MPH Online di www.mphonline.com. Kemudian,untuk yang pertama kali, memang kena "Register" dulu. Klik kat "Register" tu.
Langkah 2 :
Kemudian, di bahagian "New Customer", sila masukkan "User ID" dan "Password" yang korang nak gunakan di MPH Online. Yang ni , jangan lupa pula. Sebab "User ID" dan "Password" ni akan kita gunakan untuk Login nanti. Lepas tu, klik "Sign Up". Lepas klik "Sign Up" , periksa "inbox" emel korang. Sebab biasanya kena "Verify". Kalau tak ada kat "inbox", sila periksa kat "Spam Box".
Langkah 3 :
Kemudian, masukkan maklumat diri dan alamat surat menyurat.
Langkah 4 :
Kalau dah tahu tajuk buku yang sedang dicari, boleh taip nama buku atau nama penulis buku kat bahagian "Search by" seperti di bawah. Tak kisah laa buku apa yang korang cari, buku kimia ke, matematik ke, Novel ke..malah buku sejarah pun pun boleh! Kalau korang adalah ibu bapa yang sedang mencari buku berkenaan anak anak, lagi laa boleh! Banyak buku dijual kan MPH Online ni. OK!, Kemudian, klik kat simbol kanta pembesar tu bila dah siap taip tajuk atau penulis.
Langkah 5 :
Kalau saja saja nak tengok buku apa yang dijual, boleh klik mana mana tab. Contohnya, saya klik pada "Mutiara Minda".
Langkah 6 :
Di bahagian "Mutiara Minda" ni ada beberapa kategori lagi. Contohnya "Membina Diri". Saya klik pada "Membina Diri" untuk melihat buku yang dijual dalam kategori ni.
Langkah 7 :
Salah satunya adalah "Cerita Gagal". Contohnya, nak beli buku "Cerita Gagal" ni, klik pada "Add to Cart".
Langkah 8 :
Selepas klik "Add to cart", akan keluar harga buku termasuk kos penghantaran dan GST. Sekiranya belum ada kos penghantaran, ia akan keluar di langkah yang seterusnya. Jika korang nak beli menggunakan "Maybank2u", jadi..pilih "Maybank2u".OK!
Langkah 9 :
Selepas kita pilih kaedah pembayaran, kita kena pastikan alamat dan maklumat diri betul untuk penghantaran nanti. Kemudian, klik pada "Update".
Langkah 10 :
OK! Kemudian, masukkan nombor depan kad maybank, tarikh luput dan 3 digit keselamatan. Apabila dah selesai masukkan maklumat kad "Maybank2u", klik pada "Continue".
Langkah 11 :
Korang akan diminta untuk masukkan kod yang dihantar melalui nombor telefon korang. Nombor telefon yang korang daftarkan untuk Maybank2u korang.
Selesai.
Laman Web : www.mphonline.com
Facebook Page : www.facebook.com/mphclick
Twitter : twitter.com/mphclick
Hhaaah! Macam tu laa... cara membeli buku di MPH Online ni. Senang je. Lepas tu, tinggal tunggu buku sampai ke alamat yang kita gunakan tu. VvaawaahhHHHH!
Terima kasih baca entri ni.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
8 Kata-kata Dari Teman:
Baru tahu MPH pon ada online. Thanks sharing, lepasni senang cari online lagi cepat :)
ya.. MPH pun ada online. Lama dah.. Betul tu Fatin.. cari online lagi cepat kan..
Sis tumpang tanya...MPH akan guna courier service mana ya untuk delivery tu? Poslaju ke?
Iya MPH guna Pos laju sekarang sis.
hai sis.sy nk tnya kalau beli online ada kenakn caj tk
Hai... biasa caj penghantaran ada sis.
Late reply tapi tq very much :D
Actually kat website MPH ada mention mereka guna courier service apa sis :D hehehe...
Catat Ulasan