SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 1 Disember 2017

Segmen Tamat dan Siapakah Pemenang?

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Tamatlah sudah segmen suai kenal bloggers seluruh Malaysia. Peserta seramai 34 orang. Terima kasih saya ucapkan.

Bila baca entri-entri peserta, ada yang lucu, ada yang comel, ada yang super positif, malah ada yang bercita-cita tinggi. Memang seronok baca entri-entri macam ni sambil mengenal antara bloggers. Malah akan jumpa mereka yang simple, kretif, teliti dan bergaya! Wehehe..

Kira-kira pukul 12.40 pagi, saya periksa emel. Wahh..ada lagi yang sertai segmen ni 24 minit sebelum 12 pagi. Last minit, rushing tapi bersungguh-sungguh. Terima kasih. So this 34 peserta will be my favourite bloggers!

OK. Cukuplaa speak-talk-write-type.

Jadi, siapakah pemenangnya?


MAAF. ESOK TEPAT 12 T/HARI SAYA UMUMKAN
di blog ni. OK! Hikhik...

Berikut senarai peserta :

"Selamat berkenalan dan berkunjung ke blog 34 peserta ini"


💗OPZZ PINKY💗
Nama sha ikut IC, pasti semua orang dah tahu kan, Sharina Binti Saimon, pendek dan ringkas sahaja, senang bakal suami nak lafaz nikah nanti haha, Sha lebih senang bila orang panggil SHA, tapi ada beberapa kawan rapat panggil sha dengan nama CHANG, sebab sha suka tengok Korea, walaupun sha berbangsa Dusun, dengan Korea tidak jauh bezanya haha.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗BEBA IFA💗
Kalau tengok dalam blog aku ni, nama Beba Ifa, ramai kawan panggil Beba...walaupun nama sebenar Nurul Afifah..jauh sangat terpesong nama tu dari nama asal...tapi nama samaran ni ada kisahnya dari mana munculnya...ni zaman cerita Sepanyol kat TV3 tu mula popular masa umur awal 2000...keminatan arwah mama aku juga..hehe..masa tu aku baru darjah berapa..hmm..haaaaa, darjah 4...masa tu famous cerita telenovela Sepanyol..salah satunya cerita Mis Tres Hermanas..Kisah 3 beradik...geng kat kelas dulu pun minat cerita ni, masing2 pilih watak dorang suka, termasuklah aku pilih yang adik bongsu dalam 3 sisters tu nama dia Beba...tau2, melekat sampai hari ni nama tuuuu...adeh..cerita pasal nama saja dah panjang lebar.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗POKUCU💗
Saya merupakan anak kesembilan daripada dua belas adik-beradik dan merupakan anak bongsu lelaki(Kesayangan Ibu), bongsu keladi kan, betul tak? Bongsu keladi masih ada adik lagi... Saya seorang yang pendiam dan tak suka bercakap banyak, nak kena orang tegfur dahulu baru saya layan...Saya mula berjinak-jinak dalam bidang blogger ini seawal umur 12 tahun, ketika itu member saya yang ajak pergi cyber cafe, itulah pertama kali saya mengenali komputer, selepes itu, bila sahaja hujung minggu saya akan pergi bersama member atau seorang diri, waktu itu saya tak tahu sangat tentang blog ini, buat untuk suka-suka, tapi sekarang kalau nak dapatkan balik memang.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗MISS OBSESI💗
Assalamualaikum... Ingat tak masa kita kecik dulu, semua orang ada 'Buku Biodata', hari-hari pass kat kawan suruh isi, kita pun isi buku kawan, siap dengan hiasan warna warni, pantun 2 kerat, quotes, lirik lagu, hahaha, asalkan biodata kita paling menarik sekali. Jadi disebabkan Mai rindu dengan memori tersebut, Mai nak join Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia ini dengan konsep 'BIODATA SAYA'. Hihihiks, harap sudi berkenalan dengan Mai.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗CIK ZA💗
Salam kenal semua. Cikza atau nama penuh NURUL HANIZA MOHMAD mula mencipta nama dalam online atau secara maya sejak 2009 . Sejak lama dulu menulis blog, tetapi tidak aktif. Pada awalnya banyak menimba ilmu blogging daripada adik sendiri, EZADIZZUDDIN yang juga seorang blogger. Kini Cikza.com adalah nama rasmi yang juga di pilih oleh rakan-rakan blogger yang seangkatan dengan Cikza. Cikza suka berkongsi cerita terutama bab resepi dan makanan. Hingga suami pun dah faham perangai puan isterinya.Cikza seorang yang suka gelak, happy go lucky dan jenis mudah mesra dengan orang. Siapa yang tak kenal dengan Cikza orang akan fikir.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗HADIAH BINTANG JATUH💗
Baiklah. Soalan biasa, nama penuh?? Nama penuh, NorNisha Nisrina. Binti tu tak payah lah ya. Tak penting sangat hehe. Umur? Alhamdulillah, umur Nisha genap 17 tahun bulan lepas (5 Ogos). Yup! Nisha salah sorang mangsa SPM! *oh no!!!* Bilangan subjek? Nisha ambil 10 subjek. Aliran pula aliran perdagangan (termasuk subjek prinsip perakaunan, ict &amp; matematik tambahan) Popular tak dekat sekolah? Well, takdalah nak popular sangat. Popular pun di kalangan kawan-kawan ja huhu. Anak ke berapa? Adik beradik? Ehem, saya anak tunggal! Yeayy sape yang anak tunggal tu cer sep sikit!! Hehe.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Hanis Mpabli💗

13 September 1999,aku lahir ke dunia ni. Pada 8 September 2001,aku secara rasminya menjadi kakak kepada seorang adik lelaki yang annoying tahap nak gaban. Sejak aku baby lagi,aku dikenali seluruh keluarga sebagai baby yang tak mesra alam. Asyik nak ummi dia jer. Start umur 5 tahun,sampailah sekarang ni ummi regard aku as seorang yang penakut nak bersosial dan sentiasa menjadi loner di sekolah sampailah zaman asasi ni haa.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Princess Serra💗
Nama saya Maisarah. Ye, memang seketul tu je. Bila tanya ibu kenapa nama sarah seketul je? Ibu kata, bagi panjang-panjang, nama pendek jugak dipanggil nya. Penat je nak tulis nama kat buku sekolah + kertas exam nanti. Betul gak en hahaha.Saya muda lagi hikhik. Belum official 18 lagi sebab ibu beranakkan saya pada 27 disember. Ayah kata ko ni terberanak awal 5 hari je kalau tak ko baru 17 hahaha. So every year birthday i tak pernah tak hambar :')) Sebab cuti lama nak mamposh sampai hari apa tarikh apa semua orang lupa.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Si Hati Merah Jambu💗
Sihatimerahjambu adalah nama pena pilihan Fiza disebabkan Fiza suka warna merah jambu! Mula terjebak dalam dunia blog sejak tahun 2009 dengan link blog sihatimerahjambu.blogspot.com dan bertukar domain pada tahun 2011 dengan link azhafizah.com. Lapan tahun lamanya dah bertapak dan masih kekal dalam dunia blog. Dan masih setia dengan blogspot. Masih belum terbuka hati nak bertukar kepada wordpress.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Star Lavender Luna💗
Nama saya yang sebenar adalah Wan Nur Ashikin Binti Razali a.k.a. Shikin Razali.. Umur saya 35 tahun (tahun 2017), berasal daripada Kuala Terengganu, sekarang menetap di Salak Tinggi, Sepang. Dah berkahwin dengan orang Sungkai, Perak, yang dikenali sebagai Shahril… Anak sulung dari lima beradik dan dua darinya tinggal di Kuala Lumpur, dua lagi tinggal di Kuala Terengganu, bersama-sama dengan ummie tersayang.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Karmizah💗
Pertama sekali, hakak perkenalkan nama sebenar hakak ialah Karmizah jauh dari nama dekat belog hakak Milzah. Jangan ko tanya maksudnya nama sebab hakak tak tahu. Yang tahu hanya emak dan arwah bapa hakak, lagi best bila adik beradik hakak semua bermula dengan huruf K dan nama hakak dan abang sorang lagi hanya berbeza satu huruf sahaja. Sampaikan nama hakak di kad debit bank tersalah taip nama sekali hakak pandang nama abang hakak dia letaknya. Hakak anak ke 7 daripada 10 orang adik beradik. Hakak lahir pada 20 September tahun ???? . Kalau ikut kalendar cina hakak ular.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Najah Mustapa💗
Nama panjang aku Wan Nurnajah Nabilah Wan Mustapa. Disebabkan nama itu panjang, aku memutuskan untuk dipanggil Najah aja. Cuma untuk yang merasa dirinya rapat dengan aku, akan memanggilku 'Jah' atau lagi hipster 'Jod'. Jarang sekali menggunakan nama Nabilah kerana menurutku nama itu sedikit lembut dengan perwatakan aku tambah lagi begitu ramai yang memakai nama Nabilah di tempat aku. (Mohon jangan panggil bella kerana aku takkan menyahutnya).....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Shamilar Yusof💗
Hari ini Sha luang masa sikit sertai segmen yang adik comel kita ni buat iaitu blogger www.sofinahlamudin.com atau lebih mesra disapa sebagai Sofie blogger dari Labuan. Syarat-syarat penyertaan pun tak berat untuk ditunaikan. Tujuan segmen ini amatlah membantu blogger-blogger di Malaysia ini saling mengenali sekali gus membantu menaikkan followers, dan penting juga nak maklumkan segmen ini ada hadiah yang sangat menarik kalau dapat!.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Aisya Ismail💗
Ai dah mula blogging sejak tahun 2008 lagi. Tapi blog ai masa tu childish sangat. More to nak meluahkan perasaan lah kononnya. Masalah boyfriend, masalah kawan, masalah itu masalah ini semua ai nak ceritakan dalam tu. Majoriti followers ai dari kalangan kawan-kawan yang sama-sama blogging. Ai rasa memang trend blogger zaman tu kot. Kalau boleh semua perkara nak diceritakan.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Fareed Foo💗
Bagaimana kita menzahirkan perasaan cinta dan kasih sayang, sekiranya kita tidak mengetahui tentang kewujudan mereka , cuba mengenali dan memahami mereka.?Mencintai dan mengasihi bukanlah hanya untuk pasangan kekasih seperti suami isteri tapi juga untuk saudara, kawan sahabat dan juga sebagai masyarakat.Kasih sayang juga boleh ditunjukkan dengan memberi sokongan dan sentiasa bersangka baik......klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Sis Hawa💗
Bertemu lagi kita di blog aku yang tak seberapa nak glamour ni. Hari ni aku nak bercerita serba ringkas tentang diri aku. Aku harap ualls sudilah baca dari awal sampai akhir ya.Mesti ualls pelik kan? Dah kenapa dengan Awa ni tetiba je nak pot pet pot pet citer tentang perihal diri sendiri? Buang tabiat ke apa ni? Actually, entry ni di tulis demi untuk menyertai sebuah segmen yang di taja oleh seorang blogger iaitu Sofinah Lamudin.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Maria Firdz💗
Maria Firdz, seorang blogger separuh masa. Bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Selatan semenanjung tanah air. Isteri kepada EN. Firdz, iaitu seorang usahawan online dalam perusahaan cetak baju dan perusahaan Sticker kenderaan. Ibu kepada 3 orang cahaya mata perempuan. Itulah serba ringkas latar belakang di sebalik nama Maria Firdz.Maria Firdz mula terlibat dalam dunia blog pada tahun 2010 hasil sokongan dari suami sepenuhnya. Lama kelamaan berblog menjadi hobi utama Maria Firdz dan akhirnya tahun 2012, Maria Firdz mula serius dalam dunia blog......klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Adianiez💗
isteri. ibu kpd 3 org anak yg gojes (nurin, syuhada dan izzat). saya masih ada emak dan abah.now, menetap dan mencari rezeki 8 am to 5 pm tiap hari bekerja di bumi Melaka.kebetulan memang membesar di Melaka. so boleh la kata saya ni org Melaka.now, hingga mei 2019, in shaa Allah, cuti belajar. tambah ilmu di dada.so, ala-ala surirumah la jugak seketika... tu yg ada masa byk update blog.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗MrsPip💗
nama 'Pip' tu pinjam nama panggilan mr.Husband, jadilah Mrs Pip, tapi nama sebenar E-M-P-H-I//Y-A-P ... time sekolah rendah,, nama tu selalu jadi bahan kutukan kawan, dorang pandai2 singkatkan jadi MPKK ... tau tak MPKK tu apa? tu ha lori merah angkat sampah (garbage truck) yang ada sign MPKK (Majlis Perbandaran Kota Kinabalu) besar gedabak kat tepi kiri kanan lori...kawan2 sekolah rendah mrs pip ni ramai budak Cina, so bab nama tu mereka tak kisah sangat, mereka tak tanya pun kenapa nama mcm cina, tapi mrs pip masuk kelas agama ... cuma mereka memang suka kutuk nama jadi MPKK .. hish! nakal kawan2 sekolah rendah mrs pip ni tau.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Mia💗
Dulu Mia dah update some biodata ringkas di About Me (sebelum re-decorate blog) Tapi takpe, dah ada kesempatan ni, baik Mia cerita sekali lagi tentang diri Mia kepada engkorang semua. Nama diberi ialah Putri Amira, berumur 20 tahun pada Novermber 2017. Belajar di Kolej Poly-Tech MARA Semporna Sabah dan akan menjalankan latihan industri sebagai seorang guru Bahasa Inggeris kerana saya adalah seorang penuntut Diploma in Teaching English as a Second Language (TESL). Berasal dari Selangor dan membesar di Negeri Sembilan. Satu Malaysia saya jajah ye :p.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Ibu Zahra💗
Ok, saya perkenalkan diri. Nama diberi Shasratul Ameerah binti Kamaruddin, selesa dipanggil Ee je. Panggilan ni memang keluarga yang panggil. Tapi bila keluar, biasalah. Macam-macam nama ada. Miera, Syaz, Iffat (mana datang tak tau), Shasratul. Tapi macam yang saya cakap awal-awal tadi. Saya selesa dipanggil Ee je. Sebabnya rasa macam keluarga-keluarga je kan. Berumur 28 tahun, asal daripada negeri Terengganu. Sudah berkahwin dengan seorang hamba Allah yang bertanggungjawab dan imam yang mampu pimpinku ke syurga. Ibu kepada puteri comel dan bambam, Ayra Zahra, anak solehah.....klik>>Baca Seterusnya<<klik


--
💗Kasihku Amani💗
Nama penuh Shahida tapi lebih suka dengan panggilan ringkas Sha.. Sebab Sha rasa panggilan itu lebih kena dengan Sha.. Sha bukanlah feminin sangat dan tak juga boyish sangat.. Cuma Sha adalah Sha.. Hehehe.. Mula berblog sebab nak luahkan perasaan, bercerita tentang Nur Amani.. Tapi lama-lama blog ini menjadi tempat Sha berkongsi info, minat dan kerja Sha.. Sha juga seorang isteri dan ibu,, Punya dua orang anak perempuan berusia 4 tahun dan 7 tahun.. Punya kerjaya tetap sebagai Pembantu Pustakawan.. Pernah ambil cuti tanpa gaji 7 bulan dan menjadi suri rumah sepenuh masa.. Sekejap je, itupun rasa macam dah senget.. Heheh.. Punya hobi membaca, menonton filem, drama (pelbagai genre dan Bahasa) serta suka jalan-jalan cari makan.. Sha pernah jatuh terduduk, namun gagah diri untuk bangkit semula.....klik>>Baca Seterusnya<<klik


--
💗Sheila Inspire💗
Saya seorang ibu yang mempunyai tiga orang puteri. Saya juga pelajar sepenuh masa sejak tahun 2012 dan belum habis-habis lagi! (doakan saya ye). Belajar di Universiti Sains Malaysia dalam bidang pengajian skrin di Pusat Pengajian Komunikasi. Minat filem walaupun sekarang memang jarang dah tengok filem atas sebab tertentu. Untuk kajian saya terpaksa juga menonton filem-filem. Kadang-kala saya hanya tengok filem jika ada tugasan atau untuk menulis kertas kerja.  Walau apa pun setiap apa yang dipelajari memang sentiasa menyayi menari di kepala. hehehe.... Saya memang minat dengan produksi penerbitan filem, sangat minat bidang teknikal fotoggrafi, lighting dan editing. Suka bekerja denga kabel. Bekerja di dalam bidang produksi filem dapat mengumpul pengalaman.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Farhanna Jafri💗
Kalau nak sesi berkenalan ni haruslah mula dengan nama and yes as you guys can see on my blog and the link itself, I am Farhana Jafri. Dekat link blog tu ada double N sebab saja letak dua bagi ada sabdu sikit. Hihu...Berumur 26 sejak September tahun ni &amp; seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan tapi kerja sebagai QAQC dengan syarikat pembinaan. Currently working at TUDM Subang. Lari jauh kan dengan kos masa study dulu? I know. Ada orang tanya tak rasa rugi ke belajar lain tapi kerja lain? Tak pun. Rasa ilmu berganda ada lah. Actually tak lah tinggalkan terus dunia kewangan tu sebab ilmu tu digunakan untuk persatuan. Sandang jawatan Ketua Kewangan pulak kena uruskan keluar masuk duit persatuan nak pulak setiap minggu ada aktiviti so yeah I'm juggling two things on my hand. Kinda big but I'm trying to make it less harder. Wish me luck.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Bella Othman💗
Sebelum berkenalan, aku nak explain sikit kenapa blog ini GADIS TUDUNG BUNGA. Heee. Rasa-rasa boleh agak tak? Yup, memang sebab aku ni peminat tudung2 bunga, abstract dan segala corak. Dan baju pulak lagi suka yang plain se plain2 nya. HEHEHE. So, baju aku tak banyak tapi tudung memang macam kat kedai dah banyak dia. HAHA. Tapi tak ada lah tiap2 hari pakai tudung bunga. Cuma orang ramai perasaan, setiap kali sefie je, upload sosial media, mestiiii tudung bunga. Dulu ada jugaklah panggil mek bunga. HEHE....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗NN Izati💗
At first nat just suka baca cerpen kat blog tapi tak ingat sapa punya then ada classmate dulu which is Yaya yang aktif blogging pada masa tu. Dia selalu 'up' kan url blog nya, nampak comel dan best ja design blog tu, start dari tu tertarik dah nak 'sign up' kat blogger ni. Nat bukan jenis yang suka menulis, nak karang ayat yang berbunga-bunga pun tak pandai. Hehe, even nak post 1 entry pun kena ambik masa 1 week untuk buat. Mula ber'blog' masa form 4 and so far ada 3 blog pernah buat tapi blog pertama tu dah delete, 1 tahun ja bertahan. Yang ni blog kedua bertahan sampai sekarang tapi url pernah tukar and blog ketiga just untuk buat preview design blog ja....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Elih Japahar💗
Nama saya Elih Japahar. Selesa dipanggil dengan nama “Elih”. Umur saya 32 tahun pada 24 Mei lepas. Saya merupakan anak jati Sabah dan anak yang keenam daripada lapan adik-beradik. Namun, setelah pemergian abang dan adik yang kelima dan ketujuh kami hanya tinggal enam adik-beradik. Maksudnya, saya ditengah-tengah abang dan adik yang telah lama pergi meninggalkan kami.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Ika💗
Nama penuh Ika, Syafiqah. Tapi, nama yang mudah untuk orang ingat dan panggil is Ika.S. Nama nama lain is, pika fikah fifi kahkah syasya sica, malah ada jugak yang gelar pokok bergerak &amp; proncess fiona masa sekolah dulu sebab ika pengawas. Pakaian seragam ika semua hijau. S stand for my father's name. Lahir dekat Penang. Masih muda. Masih boleh digelar pelajar sebab tak graduate lagi. Student MSU Shah Alam. Course Bach. In International Business. Sekarang, masih gigih nak habiskan intern disebuah company automobile di Autokeen. Another 4 months. InsyaAllah. Ada mak abah, 3 adik lelaki, dan seekor kucing. And ika sorang sahaja perempuan. So, perwatakan a bit kasar. tapi dalam hati berbunga bunga penuh satu taman.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Ibu Dilah💗
Dilah merupakan seorang blogger dari selatan tanahair iaitu dari negeri Johor. Berasal dari Melaka tetapi menetap dan bekerja di Johor. Dilah juga merupakan seorang isteri kepada Ayah Wan (Md Aswan) dan ibu kepada 3 org cahaya mata, seorang puteri dan 2 org putera. Dan kini Dilah sedang hamil 5 bulan untuk anak keempat.. Yeayyy.. ni first time Dilah bagitau mengenai kehamilan Dilah di blog ni.. kira official announcement la jugak ni.. haha.. dan ni jugak salah satu sebab kenapa Dilah jarang update blog 2,3 bulan ni.. sebab pembawakan budak agaknya.. haha.......klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Razanah Anis💗
My first baby, "Chapters" is the platform for me to rant on my life and it's the place of escapism for my thoughts.. Some contains leisure, and most of the of time, it's filled with mixed up emotions either in my realization or not.. It's my drugs to heal my emotions, therefore, I avoid by my best for not mixing up this emotions with random GA and Segment.. Thinking of how I should support other blogger, I decided to create another blog only to support our fellow blogger, as an alter-ego of "Chapters". "Random Chapters" manage to be created.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Unni Anje💗
Nama sebenar Fitriyani Binti Fendi. Nama Pena Unni Anje. Dunia nyata dan maya di kenali dengan panggil Unni. Unni membawa tagline '' Kayu Manis Semanis Hidup'' nak tahu kenapa baca kat SINI. Unni di lahirkan di Hospital Keningau Sabah. Of Course anak jati sabah. I am Sabahan.Unni merupakan anak keempat dalam adik beradik. Kehilangan ayah ketika berumur 21 tahun. Moga ayah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Lea Azleeya💗
Ya aku adalah seorang blogger.. Berasal dari Kuantan, Pahang.. Mula terjun ke dunia blogging ni pada bulan kelahiran aku iaitu bulan Jun tahun 2013.. Rentetan dari kisah hidup aku sebelum dan diketika itu yang penuh dengan liku, tergerak hati aku untuk membuka sebuah akaun blog untuk aku luahkan dan abadikan segala dugaan hidup yang pernah dan akan aku lalui.. Itulah permulaan cerita bagaimana aku boleh ada sebuah blog yang pada hari ini merupakan punca rezeki bagi aku dan keluarga.Sebenarnya tak terluah pun kisah aku diblog ni.. Bila nak menaip kisah hidup, pasti rasa terbantut jari jemari untuk teruskan taipan.. Hehe.. Itu bermakna tuhan tak redha apa yang aku nak buat.. Alhamdulillah, kisah hidup aku masih mampu aku simpan dalam hati sebagai kenangan dan sebagai panduan serta pengajaran untuk aku baiki segala kesilapan yang lalu.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Nieyla Nadia💗
Nama panggilan di alam maya dan dunia blog Nieyl.Baru berusia 29 tahun, telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 dan masih lagi belum ada rezeki untuk memiliki cahaya mata..Merupakan anak yang ke-8 dari 9 adik beradik dan mempunyai seorang suami yang sangat baik,sporting dan sangat memahami nieyl dan tidak penting dia bukan seorang yang cemburu buta.  Mula menulis blog pada tahun 2009 atas sebab ingin menyimpan semua memori dalam bentuk maya ala - ala diari online.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

--
💗Sayidah Napisah💗
Introduction about Sayidah Napisah..
-- nama penuh Sayidah Napisah Mar Ramli
-- biasa orang panggil Sayidah/ kakcik/ kc
-- lahir di Ulu Kinta, Perak
-- menetap di Seremban sekarang.
-- umur 24 tahun tapi biasa disalah anggap sebagai budak sekolah
-- 147 cm
-- 50+ kg
-- lepasan student Ijazah (degree); course Major Matematik di UPM, with CGPA 3.625
-- mengajar tutor Matematik/ Matematik Tambahan di rumah
-- jadi freelancer editor Matematik & Matematik Tambahan under Oxford Fajar
-- an active blogger (sometimes tak aktif hahaha)
-- single & available :P....klik>>Baca Seterusnya<<klik

💗END💗



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

3 Kata-kata Dari Teman:

Sha Mohamed berkata...

Yeah!! Penyertaan ada disitu..

Mrs Pip berkata...

All the best semua.

Shafyqah Azahar berkata...

taksend link entry sbb email masuk kat spam, sedih T.T