SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 20 Disember 2017

Selamat Hari Lahir ke 3 tahun Budak Kecik!

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pada 17 Disember 2017 yang lalu adalah ulang tahun kelahiran anak buah Mr.Bee. Namanya Kimi. Nama penuhnya saya tak ingat pula. Adeehh! Pada hari tersebut, genaplah sudah umur dia 3 tahun. Kebetulan pula masa hari Ahad tu, saya dan Mr.Bee pergi keluar membeli barang dapur. Jadi, kami ambil kesempatan untuk mencari hadiah untuk Kimi.



Semasa kami datang ke rumah adik ipar saya tu, Kimi baru je bangun tido. So, memang monyok laa jawabnya. Wahaha. Kakak dia pun sedang tidur masa kitorang datang tu. Kakak dia sekarang dah sekolah tadika. Dah pandai bergaya. Siap pandai pakai lipstik mak dia. Wahaha...

Dalam semua anak anak buah Mr.Bee, Kimi je mirip gila dengan muka Mr.Bee. Selain tu, Kimi putih sangat dari yang lain. Macam anak Cina la pula. Agak lain dari yang lain laa gituu..Sekejap je dah besar dah dia ni. Semoga jadi budak yang baik, rajin belajar, dan taat pada ibu bapa bila dah besar nanti.

Ni anak kakak ipar. Tak tahu laa diorang sedang bincang apa kat tingkap ni. Wahaha!

Masa kitorang datang rumah dia tu untuk hantar hadiah, dia bahasakan diri dia "abang". Wahaha... Amboi amboi.. semangat dah dia nak adik. Mak dia pregnant sekarang. Anak ketiga. Kimi nampaknya tak sabar sangat nak ada geng main. Tehee.

Semasa kat sana, ada satu kejutan. Tiba-tiba ada kambing duduk kat sebelah motorsikal. Bila ditanya datang dari mana kambing tu, baru tahu diorang nak buat majlis akikah untuk anak adik ipar yang seorang lagi. Tapi nampaknya tarikh akikah tu macam jatuh pada hari yang kitorang tak ada kat Labuan. Kitorang nak pergi melancong hujung tahun! Wahahaha. Just kidding.. nak pergi Kota Kinabalu je.



Pssstt! Bila tengok dua tiga kali kat kambing tu, rasa macam dia sedang senyum je kat kitorang. Wahaha...

Patut laa ada istilah "Senyum Kambing" kan...VvaawaahhHHHH!


Terima kasih baca entri personal yang ringkas ni.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

3 Kata-kata Dari Teman:

Mrs Pip berkata...

semoga kimi membesar mnejadi anak yang soleh dan selalu happy.

riss aziela berkata...

Happy birthday. .=)

ai berkata...

Happy belated birthday kimi.