Follow Instagram @sofinahlamudin

Tuesday, July 23, 2013

Kenapa nak kahwin? | Ganjaran Dari Tuhan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers, :)

Saya baru saja jumpa entry ni kat Facebook. Nak share kat blog saya. Kenapa nak kahwin? Ganjaran Allah - Even tengok wajah isteri/suami pun dah dapat pahala!

Dari tengok dan puja-puja GF/BF kan, kalau dah jadi isteri/suami, benda kecil pun dapat pahala. :) apatah lagi yang besar-besar kan..DAN paling mahal, "Ajal bila-bila boleh datang"..kalau time-time banyak maksiat ngan GF/BF, tetiba "ajal" huhu.. Tak sempat nak dapat nikmat rumahtangga suami isteri. Tak sempat nak dapat pahala yang sewajarnya - RUGI sedang kita selalu buat benda yang sepatutnya dapat pahala kalau sebagai suami dan isteri. Renung-renung untuk bloggers, readers dan saya sendiri.




Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:

"Kenapa sibuk nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi pakcik 10 alasan kenapa. Kalau 10 banyak sangat, kasi 8 alasan pun jadilah."

"Ok macam ni ayah. Eh pakcik!"

1. Dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith).
2. Nak jaga mata, hati dan kemaluan.
3. Nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila-bila masa sahaja.
4. Nak ada zuriat yang dapat bahagia dan doakan kami, mati bila-bila masa aje kan ayah? eh pakcik!
5. Dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala.
6. Dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yang lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga.
7. Nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama.
8. Saya sayang dan cintakan anak pakcik .

"Sobsob. Ok kahwinlah dengan anak pakcik. Moga anak mampu membahagiakan dia lebih dari apa yang termampu pakcik lakukan."

Psst! Kepada yang punya perancangan untuk mengakhiri zaman solo yang membosankan, tanamkan 8 perkara ini dalam hati ya. Mudah-mudahan yang terbaik untuk kita semua.


AMIN.


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~ With Love,

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.