SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 26 Disember 2017

Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

26 Disember 2017 merupakan ulang tahun perkahwinan saya dan Mr.Bee. Alhamdulillah tahun ni masuk tahun ke 3. Disebabkan hari ni anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun, saya nak cerita macam mana kitorang kenal. Semuanya ada sangkut paut dengan blog sebenarnya.

Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun - Sofinah Lamudin
Gambar majlis bersanding. Belakang saya tu mama tua saya (Mak angkat masa kecil). Baru biru tu adik ipar saya.

Pada 28 Ogos 2010, saya dan Mr.Bee, kawan kat Facebook. Tapi sekadar kawan dalam Facebook je laa.. Add approve add approve je. Tak pernah tegur malah saya pun tak perasan dia dalam friendlist. Saya dapat tahu bila kitorang kawan kat Facebook pun sebab Facebook ada function yang boleh tengok kita kawan since bila..Wahaha... Dulu, Facebook tu medan saya main game je. Terutamanya Game Cafe Worlds.Balik kerja je main Cafe Worlds.. Kalau part kawan kawan tu, tegur dan komen kawan kawan yang kenal je laa dalam Facebook.

Kira kira pada awal bulan Ogos, 2012, saya perasan ada satu mamat ni kerap like foto atau status saya. Mohd Nasyit nama dia. Tehee. Profile foto dia penyanyi Kpop. Wahaha... Saya abaikan je sebab saya tak minat sangat dengan Kpop. Tiba tiba, Mr.Bee kerap drop komen kat status saya. Dari situ laa saya klik profile dia. Ohh.. rupanya dia ni ada blog juga. 1 blog personal, 1 lagi blog bisnes.

Saya curi curi tengok je profile dia tu. Tak tegur lagi. Pada suatu hari, dia inbox. Tanya tentang bisnes Elken. Hhaaah! Time ni la saya terpancing! Wahahaha. Masa ni saya aktif buat bisnes Elken. Aktiviti dan event Elken hampir semua saya sertai. Saya selalu post gambar saya pasal Elken dulu. Dah dia tanya pasal Elken kan, memang laju laa saya reply. Lepas tu senyap.. tiba tiba lain pula topik borak. Banyak borak pasal blog pula.

Saya ingat lagi.. saya tanya dia, macam mana nama blog dia jadi "www.mohdnasyit.com" tu..sedangkan nama blog saya "sofinahlamudin.blogspot.my". Dia kata tu domain namanya. Oohhh... Hhaaah! dari dia la saya banyak belajar tentang blog juga. Kebanyakkannya ilmu blog yang saya belajar masa tu asas asas je. Sebab masa tu memang masih tahap noob. Kelasik gila template masa tu. Wehehe...

Selain dari belajar blog dengan dia secara online, saya ada juga belajar sedikit asas mengenai Forex. Di sini la bermulanya saya terdedah dengan dunia pertukaran mata wang. Kemudian, hubungan kitorang menjadi lebih serius padahal tak pernah jumpa pun lagi. Tehee... Beginilaa dunia internet ni. Tak munasabah tapi begitu laa hakikatnya. Ramai juga kenalan saya berpunca dari Facebook dan blog.

Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun - Sofinah Lamudin
Gambar kat Diamoney tempat saya kerja April hingga Disember 2012

Waktu ni saya kerja kat Diamoney, Lapangan terbang Labuan. Kat lapangan terbang Labuan ada McDonalds. Jadi..kali pertama berjumpa dengan Mr.Bee kat McD,Lapangan Terbang. Lawak siot bila dia malu malu gila. Kalah perempuan. Wahaha...  Saya memang gila bergambar jadi, dia bertambah la malu malu kucing. Sejak kenal saya, perangai suka ambil gambar dah jangkit kat dia. Malah, dia pun suka ajak ambil gambar tapi tetap saya yang paling over laa.. ToEeng!

Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun - Sofinah Lamudin
Header blog Mr.Bee tahun 2012

Mr.Bee rajin juga tulis pasal saya dalam blog dia. Kelakar dan manis orangnya.. Tu yang sangkut kat dia. Tehee. Sejak kenalkan Mr.Bee kat mommy dan ayah, kami semakin serius dan nak bertunang. Jadi memang gigih laa cari pendapatan. Bisness kami dah jadi sailang. Saya sertai pertukaran mata wang dan Mr.Bee pula sertai Elken. Bila saya ada peningkatan dalam dunia pertukaran mata wang pada tahun 2012, saya berhenti kerja dan sertai bisness Mr.Bee di Kota Kinabalu. Jadi, selain dari Wilayah Persektuan Labuan, Kota Kinabalu juga menjadi tempat yang bermakna dalam hubungan kami.

Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun - Sofinah Lamudin
Belajar pertukaran mata wang di Kota Kinabalu, Sabah.

Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun - Sofinah Lamudin
Aktiviti Elken di Kota Kinabalu, Sabah.

Selepas terjadi perkara yang tak diingini antara Mr.Bee dan rakan kongsinya di Kota Kinabalu, kami pun kembali ke Labuan dan meneruskan bisnes di Labuan secara online. Di Labuan, saya banyak menghadiri event Elken. Banyak juga pengalaman kami kat Elken tapi selepas bertunang meluangkan masa untuk Elken dah semakin berkurang.

Saya pilih bisnes internet berbanding Elken atas sebab minat lebih mendalam dalam dunia internet. Lagipun susah betul nak fokus kedua-duanya dalam satu masa. Wahaha. Pening kepala otak sebab Elken banyak aktiviti outdoor. Internet pula indoor. Alhamdulillah bisnes online ni walaupun tak kaya, cukup untuk kami menjayakan majlis perkahwinan sederhana.

Masa bertunang, banyak aktiviti yang dikongsi bersama. Malah, ada juga aktiviti yang tak masuk di akal kitorang buat.Buang tebiat sikit laa part ni. Pernah sekali tu, kami jadi pekerja part time satu malam kat Manikar Beach Resort. Semasa Mr.Bee lepasan SPM, dia pernah ada pengalaman kerja kat sebuah hotel. Kalau saya, tak pernah. Masa ni, baru lah saya tahu apa rasanya jadi pekerja hotel. Kami jadi part time ni untuk event majlis makan malam Petronas Methanol je. 1 malam je sebenarnya. Join sebab konon nak tahu apa rasa kerja macam ni. Wahahahaha! Penat gilaaa malam tu. Kami berdua ni kalau bosan memang jadi macam ni laa..Tak patut kot jadi macam ni. Budak part time kat situ majoriti muda muda belaka. Lepasan sekolah.

Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun - Sofinah Lamudin
Pakai Bow Tie. Wahahaha!

Tapi yang bestnya kami dapat kenalan baru. Semua spoting dan peramah.. Malah ada laa juga pengalaman walaupun 1 malam je. Meh~ Masa ni juga kitorang berkesempatan berjumpa dengan artist Maharaja Lawak Shiro sebab Petronas Methanol jemput diorang ni. Tapi, sumpah saya tak tahu menahu pun pasal Shiro ni. Kami join part time ni tak ada kena mengena pun dengan Shiro. Termasuklah tentang majlis makan malam Petronas ni. Saya pernah kerja kat Petronas Methanol jadi mustahil la saya nak ambil part time untuk majlis makan malam tersebut kat resort ni kalau dari awal lagi saya tahu bahawa event ni untuk Petronas Methanol.. Kawan saya nampak kot saya jadi waitress kalau macam ni.. Wahahahaha.. Tapi dah terlajak kan.. Teruskan je laa. Siap hidang makanan untuk diorang lagi. Bukan apa sangat pun. Comel je pun saya pakai bow tie tuu..Wahaha...Malah ada rezeki pula menang berlakon jadi "Budak Sedih" sebab Shiro suruh. Menang tempat kedua tu pun sebab Shiro panggil 3 orang je. Memang la semua dapat hadiah..Saya bukan pandai berlakon. Disuruh sedih, saya gelak ada laa.. Lepas je turun pentas, bos panggil dan marah. Wahahaha. Katanya, orang suruh kutip pinggan yang orang dah siap makan atas meja, awak naik pentas pula..

Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun - Sofinah Lamudin


Lepas je malam tu tamat, beberapa minggu kemudian, ada juga pihak resort hubungi kami semula. Katanya, "Korang ada kuliah tak hujung minggu ni? Ada event majlis kahwin laa..boleh datang tak?" Saya dan Mr.Bee tolak sebab kes penat.Dari pagi sampai ke tengah malam..memang merasa segala otot otot badan.. Wahaha. Tapi yang paling lawak sangat tu, dia kata "Kuliah".  Wahahaha... Dia ingat kitorang student. Tehee. Dia tak tahu sebab tak ada sesi temuduga langsung. Main ambil je sapa nak jadi part time kat situ. Nanti laa cerita panjang pasal Resort ni untuk 1 foto 1 cerita.

Dalam setahun bertunang tu, memang kami buat banyak perkara sama sama. Melukis, memasak, main game dan paling saya tak boleh lupa, saya terdedah dengan berniaga di Bazaar Ramadhan. Mama Mr.Bee suka berniaga semasa bulan Ramadhan. Time ni laa saya belajar buat donut. Tak menjadi pula tu! Haishh! Jadi.. terpaksa belanja duit beli lagi dan lagi dan lagi bahan bahan donut tu buat praktis. Kelakar gilooss. Sebut tentang memasak ni, saya dan Mr.Bee ni terbalik. Mr.Bee lagi pandai masak. Jadi, saya memang banyak belajar dari dia kalau bab masak.

Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun - Sofinah Lamudin


Selepas setahun bertunang, Alhamdulillah sah jadi suami isteri pada 26 Disember 2014. Nikah kat Masjid berhampiran dengan rumah. 28 Disember 2014 pula, bersanding. Lepas tu settle. Lega gila dengan task wedding ni. Semua orang pun mesti faham juga. Fasa ni memang agak mencabar bila ramai yang mula bertanya, "Bila nak kahwin". Wehehehe...

Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun - Sofinah Lamudin


Bila dah kahwin, semakin banyak aktiviti kitorang buat bersama. Susah senang bersama.

Anniversary tahun pertama saya ada buat satu video. Kat bawah ni videonya..



Anniversary tahun kedua pun ada buat video juga. Tapi, tak sempat siap..baru separuh video tiba tiba folder dipadam oleh antivirus komputer. Nangis tak berlagu dibuatnya. Dah laa tak pakar buat video. R.I.P video tersebut..sampai laa anniversary tahun ke 3 saya tak buat semula. Wahahaha... Kalau ada kekuatan semula edit video, In Shaa Allah saya buat. Sebab, edit video ni ambil masa sangat tak macam menulis..

Syukur Alhamdulillah.. 3 tahun yang bermakna. Semoga tahun seterusnya lebih banyak moment yang indah indah belaka. In Shaa Allah nak bersama hingga ke tua, susah senang bersama, sakit sihat bersama, gelak nangis bersama...

Mr.Bee laa best friend susah senang saya paling saya sayang dalam dunia ni. Suami yang Allah anugerahkan untuk saya pinjam di dunia yang sementara ni. Semoga kekal berkasih sayang hingga syurga dan Bahagia forever more.. Terima kasih Mr.Bee menjadi suami yang terbaik dan sempurna di mata saya. Semoga kita murah rezeki dan semua impian dan cita cita bersama menjadi kenyataan.

Jap.

Tak dilupakan mommy dan ayah sertai mama yang merestui hubungan kami sejak tahun 2012.Dan...terima kasih kepada semua ahli keluarga yang menjayakan majlis perkahwinan kami secara langsung dan tak langsung. VvaavaahhHHHH!

Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun - Sofinah Lamudin
Bersama Mommy dan Ayah...

Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun - Sofinah Lamudin
Bersama Mommy dan Mama...


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

14 Kata-kata Dari Teman:

Sha Mohamed berkata...

Alhamdulillah.. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.. Aamiin..

Nurul Syahirah berkata...

Alhamdulillah.. :D

Izyan Balqis berkata...

lebih kurang kisah perkenalan sofie dan suami dengan kisah perkenalan IQ dan arwah suami, semuanya bermula dari facebook, tahun 2012 dan kahwin 2014. IQ pun bulan 12, tapi awal bulan.

selamat menyambut anniversary sofie!

a berkata...

Tahniah sofi. Happy anniversary.

PERMATABIRU berkata...

tarikh kawen tu mcm ada typo sikit part tahun nt check balik hehe..btw tahniah & happy anniversary

Mrs Pip berkata...

Semoga kekal hingga ke jannah sofie...
Cute la cerita sofie ni...

Sofinah Lamudin berkata...

Amiinn...hehe..

Sofinah Lamudin berkata...

Alhamdulillah.. :)

Sofinah Lamudin berkata...

Lebih kurang pula tahun tu ngan IQ... terima kasih ucapannya IQ. Semoga arwah suami IQ bersama mereka yang beriman..

Sofinah Lamudin berkata...

Erkk.. siapa A ni.. ehehehehe... terima kasih..

Sofinah Lamudin berkata...

eh ye ke? hahahaha... typo lak. terima kasih tegur.. hehe..

Sofinah Lamudin berkata...

Ahaha.. tq kak pip..Amiinn..

Nurjuwaini berkata...

Alhamdulillah. Moga kekal ke Jannah :)

Sofinah Lamudin berkata...

Amiinn...