Khamis, 28 Disember 2017

Giveaway Bulan Cinta By Dilah

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Saya nampak Dilah buat "Giveaway Bulan Cinta By Dilah" sempena bulan anniversary perkahwinan Dilah dan suaminya yang ke 8 tahun.Kebetulan pula 26 Disember 2017 tu adalah Anniversary perkahwinan saya dan Mr.Bee ke 3 tahun. Vvaaah! Betul kata Dilah.. bulan Disember ni bulan yang meriah dengan anniversary pasangan suami isteri sebab bulan Disember merupakan bulan terakhir dalam satu tahun yang menjadi bulan "Cuti-Cuti" Seluruh Malaysia. Oleh itu, ramai pasangan yang memilih bulan Disember sebagai bulan meraikan Cinta ; Nikah, bersanding malah bertunang pun ada.



Selain tu, bulan Disember juga merupakan bulan kelahiran Dilah. Tehee... Boleh laa Dilah menyambut Anniversary dan Birthday dalam satu masa. Jadi, saya nak menyelam sambil minum air dengan mengucapkan selamat hari lahir dan happy anniversary kepada Dilah, ibu kepada 3 orang anak ni sambil menyertai giveaway bulan cinta by Dilah. Semoga Dilah, suami dan anak anak mendapat rezeki yang banyak dan bahagia selalu hingga ke akhir hayat. Semoga sentiasa berbunga bunga cinta dengan suami hingga syurga.

Menurut Dilah, tarikh tamat untuk Giveaway ni adalah 31 Disember 2017. Vvaaah! Tak lama lagi nak tamat. Nasib baik saya nampak lalu lalang depan mata. Wehehe... kalau tak, tak sempat la saya support Dilah.

Korang yang ada masa terluang, support dan meriahkan lah lagi Giveaway Bulan Cinta By Dilah. OK! Sila klik pada gambar kat atas untuk sertai Giveaway ni dan baca syarat penyertaan dulu ye. Selamat ber-Giveaway! VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. Thanks ya sis join giveaway ni.. Happy anniversary juga to you.. good luck tau.. Boleh check senarai nama peserta di sini ya..
    http://www.ceriteraibu.com/2017/12/peserta-giveaway-bulan-cinta-by-dilah.html

    Nantikan keputusannya tak lama lagi..

    BalasPadam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.