Rabu, 27 Disember 2017

Hampir Setahun Menggunakan Skin Care Botanical Effect

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pada awal tahun 2017 iaitu bulan Februari 2017, saya dan Mr.Bee mula berjinak jinak menggunakan produk penjagaan kulit Botanical Effect.Jadi, dah hampir setahun menggunakan Skin Care Botanical Effect ni.. Antara saya dan Mr.Bee, Mr.Bee laa yang pernah guna Skin Care sebelum pakai Botanical Effect ni. Saya tak pernah. Tak reti laa semua ni.. Masa sertai bisnes MLM dulu pun, walaupun ada produk skin care, saya tak ambil port sangat. Walaupun hampir setahun menggunakan Skin Care Botanical Effect ni, saya tak pernah kongsikan informasi mengenai Skin Care Botanical Effect dalam blog saya ni kecuali sekali! Bulan Februari lalu. Wehehe...tajuknya, "Pengguna Mary Kay dan Beauty Consultant Mary Kay". Amboi tajuukk tuu.. Wahahaha.. Masa order Skin Care Botanical Effect tu, rasa lebih berbaloi kalau ambil pakej Beauty Consultant sekali. Sebab.. lebih murah dan jimat!

Hampir Setahun Menggunakan Skin Care Botanical Effect - Sofinah Lamudin


Ni pertama kali saya guna skin care jadi, tak banyak ilmu Skin Care sangat tu yang tak banyak informasi kecantikan kulit dalam blog ni. Tapi hari ni saya nak tulis serba sedikit pengalaman menggunakan Skin Care Botanical Effect dan cara menggunakannya dengan betul.

Skin Care Botanikal Effect

Majoriti pun memang dah tahu, Skin Care Botanical Effect ni adalah dari jenama Mary Kay dan Botanical Effect ni adalah Skin Care asas untuk sesiapa sahaja yang baru nak bermula menggunakan mana mana produk penjagaan kulit dari Mary Kay. Kepada yang baru nak bertukar ke produk Mary Kay, memang wajib bermula dengan Botanical Effect ni untuk membuat 'healing process'. Terutamanya bagi mereka yang pernah menggunakan produk yang mengandungi kimia. So, Botanical Effect ni akan meneutralisasikan kulit dari bahan bahan tu semua. Bila sebut mengenai 'healing process' ni, tempoh masa adalah bergantung dengan individu.

Kalau saya, saya tak pernah ada sejarah menggunakan mana mana produk penjagaan kulit sebelum ni jadi, proses saya agak senang dan tak ambil masa yang lama sangat.

Botanical Effect ni, ada tiga jenis, iaitu :

1. Botanical Effect Formula 1
2. Botanical Effect Formula 2
3. Botanical Effect Formula 3

Botanical Effect Formula 1 merupakan skin care untuk jenis kulit yang kering. Kulit kering ni biasanya kelihatan kusam dan kelihatan seperti bersisik. Malah, pori pori juga akan mengecil hampir tak kelihatan. Kulit jenis kering ni biasanya akan cepat mengalami masalah berkedut dan mempunyai garis garis halus yang tipis walaupun belum berusia. Kadang kadang ada situasi, kulit akan mengelupas selepas mencuci muka terutamanya menggunakan sabun mandi atau pencuci muka yang biasa. Kulit kering ni, boleh buat kulit kita menjadi iritasi dan merah merah akibat keradangan kulit.

Jadi, Botanical Effect formula 1 ni adalah skin care asas untuk pengguna Mary Kay yang baru dan mempunyai masalah kulit kering.

Botanical Effect Formula 2 pula merupakan skin care untuk jenis kulit normal. Tak juga terlalu kering, tak juga terlalu berminyak. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak di area zon T pun boleh menggunakan Botanical Effect Formula 2 ni jika minyak tidak keterlaluan.

Botanical Effect Formula 3 pula merupakan skin care untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak berlebihan. Kulit yang berminyak berlebihan biasanya kulit muka akan kelihatan berkilau dan berkilat. Wehehe.. Pori pori pula besar dan sangat mudah berjerawat! Jerawat pula mungkin bukan sedikit. Part paling tak seronok adalah ketika menggunakan makeup, kerana make up agak kurang menempel di muka.

Set Botanical Effect

Tidak kira Formula 1 atau 2 atau 3, set Botanical Effect merangkumi 4 produk, iaitu :

1. Clease - Pencuci muka
2. Freshen - Penyegar dan menghilangkan kotoran degil
3. Mask - Membuang Black Head dan Sel Kulit Mati
4. Hydrate - Melembabkan Kulit

Pengalaman kami menggunakan Skin Care Botanical Effect

Pada mulanya, Mr.Bee cuma membeli Skin Care Botanical Effect Formula 2 untuk kegunaan saya sahaja. Tapi, pada hari lahir Mr.Bee, saya hadiahkan pula kat dia Botanical effect Formula 3 bila ada rezeki lebih sikit pada Februari 2017. Wahahaha! Pusing pusing pun sama je sebenarnya. Sebab saya rasa penjagaan kulit bukanlah hanya untuk wanita, lelaki pun boleh! Kulit Mr.Bee agak berminyak setiap kali kami bersiar siar di kawasan yang panas. Saya kata kat kat Mr.Bee, muka dia macam cermin kalau berminyak, jadi pakai lah skin care juga. Bukan saya je kena pakai.

Jadi, kami ada dua jenis Botanical Effect. Formula 2 dan juga Formula 3.

Pengalaman saya menggunakan Botanical Effect Formula 2

Paling ketara yang saya perasan adalah selepas memakai Mask selama 15 minit. Kulit terasa segar dan kulit kelihatan lebih cerah dan bersih. Selepas beberapa minggu, black head di hidung mula berkurang.

Saya menggunakan Hydrate dua kali sehari. Waktu pagi dan sebelum tidur. Agar kulit sentiasa lembab. Paling best apabila kita bangun tidur, muka tetap kellihatan segar dan lembab.

Apabila menggunakan hydrate sebelum memakai makeup, makeup nampak lebih menarik dan meresap. Tak bertompok. Ton kulit lebih kemas dan sama rata. Bila keluar rumah walaupun hanya pergi keluar jogging, saya tetap akan memakai skin care terutamanya CC Cream Mary Kay. CC Cream Mary Kay ni saya dapat percuma semasa pembelian Set Botanical Effect Formula 2.

Sekarang, selepas hampir setahun, kulit muka nampak lebih segar dan bersih walaupun tak menggunakan makeup.

Adakah semasa saya menggunakan Botanical Effect tidak ada sebarang healing process? Mestilaa ada! Masa bulan pertama guna Botanical Effect, saya ada rasa gatal gatal sikit kat bahagian tertentu di muka. Terutamanya di pipi dan hidung. Tapi bukan gatal yang teruk. Ia cuma gatal yang seperti ada seranggan tiba tiba hinggap je. Bukan seperti serangga gigit. Tak juga gatal semacam nyamuk gigit. Wahaha... Gatal sikit je.

Tak lama lepas tu, gatal tu dah hilang hingga laa ke hari ni. Alhamdulillah ada perubahan kulit wajah. Dah tak kusam macam dulu.

Hampir Setahun Menggunakan Skin Care Botanical Effect - Sofinah Lamudin

Gambar di atas merupakan testimonial saya menggunakan Botanical Effect Mary Kay. Kenapa guna gambar tahun 2012 untuk kat before? Sebab gambar tu gambar tak pakai foundation. Saya pakai bedak kompak je. Jarang saya bergambar muka tak pakai foundation sebab tak lawa. Tak kemas. Tak seumpama dengannya.. Mehh~

Gambar kat After tu, gambar tak pakai makeup tapi pakai CC Cream dan gambar bukan guna filter face beauty. Wahaha...Zaman sekarang canggih guys! Gambar kat bawah ni guna face beauty.

Hampir Setahun Menggunakan Skin Care Botanical Effect - Sofinah Lamudin

Pakai filter kamera, muka lawa siot. Macam anime pun ada juga. Wehehehe... So, kenapa tak letak muka tanpa CC Cream? Nanti ye saya letak kat entri lain. Saya tak ada gambar tanpa CC cream buat masa ni. Mehh~

Tapi, point saya sekarang ni, pakai CC cream nipis nipis je pun saya boleh keluar rumah. Kalau dulu, keluar rumah juga tanpa pakai make up tapi kalau nak saya ambil gambar muka, jangan harap laa... Level konfiden automatik jatuh! Tehee...

Pengalaman Mr.Bee menggunakan Botanical Effect Formula 3

Pengalaman Mr.Bee agak berbeza dengan saya. Semasa Mr.Bee menggunakan Hydrate Botanical Effect Formula 3, Mr.Bee rasa pedih pedih di antara area bawah lingkaran mata dan atas pipi. Begitu juga di bahagian tertentu. Tapi, yang pedih banyak di bahagian yang saya sebutkan tadi. Ini berlaku sebab kulit Mr.Bee nipis. Mungkin sebab sejarah penggunaan Skin Care yang sebelum sebelum ni.

Saya ada mencuba juga menggunakan hydrate Botanical Effect Formula 3 tetapi tak pedih pun. Malah lebih selesa menggunakan Hydrate Formula 3 berbanding Formula 2.

Apabila kulit Mr.Bee pedih macam ni, maksudnya kena gunakan Hydrate Formula 2 untuk memulihkan kulit yang menipis tu. Guna hingga seminggu atau lebih atau sehingga rasa pedih hilang apabila menggunakan Hydrate Formula 3 semula.

Alhamdulillah, setelah beberapa lama kemudian..kulit Mr.Bee semakin pulih dan tidak mengalami sebarang kepedihan lagi selepas menggunakan Hydrate Formula 3. Malah, Mr.Bee suka menggunakan Hydrate Formula 3 berbanding Hydrate Formula 2 apabila keluar rumah.

Cara kami menggunakan Skin Care Botanical Effect gabungan Formula 2 dan 3

Setelah beberapa minggu mengalami healing process (Mr.Bee mengambil masa lebih sebulan), kulit kami pun sudah semakin selesa dan semakin baik menggunakan Botanical Effect dan kami mempunyai jadual mengikut kesesuaian kulit kami dalam pemakaian Botanical Effect Mary Kay ni.

Jadual saya

Bangun tidur, saya akan cuci muka menggunakan Cleanse Formula 2. Selepas itu, saya akan menggunakan Freshen Formula 2 diikuti dengan Hydrate Formula 2 jika dirumah.

Jika keluar rumah, selepas mencuci muka dengan Cleanse Formula 2, saya akan menggunakan Freshen Formula 2 diikuti dengan Hydrate Formula 3.Kemudian, saya akan menggunakan CC Cream kerana mempunyai SPF 15 dan boleh menutup cacat cela yang ada di muka. Kemudian, diikuti dengan makeup yang lain lain.

Waktu malam pula,sebelum masuk tidur.. saya akan mencuci muka lagi menggunakan Cleanse Formula 2, diikuti dengan Mask Formula 2 selama 15 minit sahaja. Kemudian, Hydrate Formula 2. (Mask 2 kali seminggu sahaja. Waktu sesuai adalah waktu malam sebelum masuk tidur).

Jika saya baru balik dari mana mana, muka saya penuh dengan makeup dan kulit mula terdapat CC cream. Jadi, selepas membuang kesan makeup, saya akan mencuci muka menggunakan Cleanse Formula 3. Lalu diikuti dengan menggunakan Freshen Formula 2 dan terus ke Hydrate Formula 2.

Sekiranya jerawat timbul di muka, saya akan menggunakan Mask Formula 3 di bahagian jerawat tersebut kerana..Mask Formula 3 lebih kuat dan menyerap minyak lebih cepat. Sebab tu laa kalau kulit kita jenis normal atau kering, tidak boleh menggunakan Mask Formula 3. Tapi jika untuk mempercepatkan jerawat mengecut, Mask Formula 3 adalah terbaik!

Jadual Mr.Bee

Penggunaan Skin Care Botanical Effect oleh Mr.Bee adalah fixed sepanjang masa. Tak macam saya. Wehehe..

Bangun tidur, Mr.Bee akan mencuci muka menggunakan Cleanse Formula 3. Kemudian, dia akan menggunakan Freshen Formula 3 lalu diikuti pula dengan Hydrate Formula 3. Kalau nak keluar rumah, selepas menggunakan Hydrate Formula 3, Mr.Bee akan menggunakan Sunscreen.

Pada waktu malam, Mr.Bee akan mencuci muka menggunakan Cleanse Formula 3, diikuti dengan Mask Formula 3 selama 10 minit (2 Kali seminggu). Kemudian, Mr.Bee akan menggunakan Freshen Formula 3 lalu diikuti dengan Hydrate Formula 2.

Penambahan produk penjagaan kulit Mary Kay

Selepas 6 bulan kami menggunakan Botanical Effect dan kami merasa kulit sudah semakin baik dan sihat, kami mula menambah produk penjagaan kulit dari Mary Kay iaitu Melacep Plus Ultimate Serum.

Untuk permulaan, kami mencuba Melacep Plus Ultimate Serum dulu. Bila dah dirasakan sesuai nanti, mungkin tahun depan, barulaa mencuba pula set Melacep atau Timewise dan produk Mary Kay untuk mata dan sebagainya.

Tak boleh nak cuba sesuatu produk kulit semua sekaligus. Pastikan dulu kulit sesuai atapun tidak. Kadang kadang, yang sesuai dengan kulit kita pun ambil masa. Perlu bersabar.Kalau kesan yang cepat sangat tu, risau kulit terkejut. Lain pula jadinya.

P/S : Produk Mary Kay termasuklah Skin Care Botanical Effect ni adalah berasaskan dari botanikal dan mineral (Semulajadi) sebab tu laa ia sesuai untuk dijadikan produk permulaan bagi memulihkan kulit sebelum menggunakan produk Mary Kay yang lain agar kulit tak terkejut. Lagipun, jika nak lebih berkesan ketika menggunakan produk Mary Kay yang lain, seperti TimeWise dan Melacep, kena singkirkan dulu bahan atau kotoran daripada produk lain yang pernah kita digunakan sebelum ni. Lagipun, ia juga mengelakkan kita dari berlakunya pembaziran lantaran keberkesanan yang terlalu lambat.

In Shaa Allah, saya akan kongsikan lagi mengenai produk kecantikkan Mary Kay di entri yang lain.

Untuk sebarang pertanyaan :
Sophee Beauty Consultant
019.851.7652


Terima kasih sebab membaca.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

10 ulasan:

  1. wah wah.. husband pun pandai jaga muka yer. k. azni pernah try juga mary kay. consultant tu kebetulan cousin kak azni. tapi sbb stok skin care masih ada .. so kena tunggu abis baru nak beli
    mmg dengar byk orang kata bagus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Husband yang rajin sebenarnya cerita skin care K.Azni.. saya terjangkit. hehehe. Best gak Mary Kay ni k.Azni..

      Padam
  2. skincare dari bahan semulajadi memang elok kan!takde chemical berbahaya untuk kulit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sis Gee... sebab tu berani pakai. hehe.

      Padam
  3. Pernah cuba yang makcik punya sebab dia ahli mary kay. Memang best kesan, walaupun guna kejap jeaa. Paling suka yg mcm pobling tu!

    BalasPadam
  4. betullah, nampak ketara perbezaannya ....

    BalasPadam
  5. Cik akak memang pengguna tegar mary kay..hihi..sekarang akak guna timewise je..ada rezeki nak tambahkan produk malacep lak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi cik Akak... terima kasih singgah blog saya. Selalu juga nampak Cik Akak posting berkenaan MK di facebook. hehehe.

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.con tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.